"SELAMAT pagi, Cik Hani." Aleeya menyambut kedatanganku awal pagi ini. Dia nampak cantik dengan sepasang kebaya bersulam dan seutas rantai mutiara di lehernya.
"Selamat pagi Aleeya. Awak dah sihat?"
"Alhamdulillah... dah sihat sekarang, terima kasih." Aleeya tersenyum manis.
Minggu lepas, dua hari Aleeya mengambil cuti sakit selepas diserang demam panas. Semalam pula, seharian aku tak masuk ke pejabat kerana terpaksa ke Melaka berurusan dengan sebuah syarikat semiconductor di kawasan perkilangan Batu Berendam.
"Dalam bilik Cik Hani ada jambangan bunga. Saya pun tak pasti samada masih lagi elok ataupun dah layu. Ada orang hantar semalam."
"Thanks Aleeya. Dah tahu saya outstation semalam, kenapa awak tak ambil je bawak balik?"
"Mana boleh macam tu, Cik Hani?. Barang orang, berdosa kalau ambil tanpa izin."
Aku ketawa kecil dan minta diri masuk ke bilik. Berdebar-debar juga aku. Tak pernah lagi semenjak bekerja ini aku menerima jambangan bunga. Dari Ady Farhan rupanya. Kad kecil di dalam sampul aku buka.
"Those flowers are beautiful like you."
Love you sweetheart,
Ady Farhan
Ada-ada sajalah si Ady Farhan ni? Membazir! Nak kata hari ini hari jadiku, tarikhnya lambat lagi. Aku mula membuka fail dan larut dalam kerja yang menimbun diatas meja.
Tok! Tok! Pintu bilik diselak dan Hazlin menjenguk ke dalam.
"Hani... dah lunch time ni, tak nak makan ke?"
"Oh.... tak perasan pulak. Five minutes!" aku tergesa-gesa menutup notebook dan mengambil dompet. Laju aku menapak ke pintu dan mengikut Hazlin dari belakang.
"You berdua nak pergi makan ke?"
"Ya Encik Shafiq, nak makan dekat gerai biasa. Encik Shafiq nak join sekali ke?"
"Boleh juga tapi, apa kata kita pergi makan jauh sikit. Aleeya, awak nak ikut?"
"Saya ada janji nak makan dengan abang angkat saya dan Encik Zaid. Terima kasih sajalah Encik Shafiq."
"Ok... kalau begitu tak apalah,"
Aku dan Hazlin mengekori Encik Shafiq ke keretanya. Hazlin seperti sudah biasa menumpang kereta Encik Shafiq. Malah kelihatan tak canggung menaiki kereta bosnya itu.
"Hani.. tak payahlah nak tunjuk segan naik kereta I. Ni kereta company, bukan I punya pun."
Hazlin tergelak dengan teguran Encik Shafiq. Aku tersipu-sipu menjadi bahan hari ini.
Encik Shafiq membawa kami agak jauh dari pejabat A.M.R. Hampir setengam jam, barulah kami masuk ke Restoran Cemara yang sudah dipenuhi dengan pelanggan. Meja panjang kami tuju setelah tiada lagi meja kosong di situ. Laju sahaja pelayan mengambil pesanan. Sungguh pantas dan efficient! Patutlah pelanggannya ramai.
"Nasi Ayam Hainan kat sini sedap, you nak cuba?" tanya Encik Shafiq kepadaku. Hazlin buat-buat tak tahu sahaja sibuk membelek menu di tangan.
"Boleh juga kalau Encik Shafiq cakap macam tu. I tak biasa makan kat area sini."
"Hazlin? You nak order apa?"
"I nak set tomyam seafood dengan nasi ni lah,"
Pelayan mengambil pesanan. Aku dan Encik Shafiq sama-sama meminta set nasi ayam Hainan seperti yang disyorkan olehnya.
