Dengan langkah berat, aku bangun dari kerusi dan menutup suis Tv dan seterusnya menuju ke bilik. Lemah longlai rasa segala sendi dan aku baringkan tubuh di atas katil. Telefon bimbit yang berkelip-kelip menandakan ada kiriman text di whatsapp.
<<Hani.... Is everthing going well?
Hope to see you fisrtly in the morning>>
Kirimannya setengah jam tadi. Aku mendail nombor Halique dan dengan pantas panggillanku disambut Halique.
"Assalamualaikum Halique,"
"Yes Hani, macamana? Aku on the way ke kampung kau sekarang."
"Halique, awak jangan datang rumah saya dulu. Ibu saya tak dapat terima awak."
"Hani... tolonglah! Aku datang dari jauh semata-mata nak jumpa anak aku."
Aku telan liur sebentar dan cuba mencari idea.
"Macam ni lah, esok saya jumpa awak dekat bandar Tangkak. Awak menginap dulu dekat mana-mana hotel. Please...... jangan tunjukkan muka depan ibu saya. Bagi saya sikit masa dulu. Saya akan cuba pujuk ibu lagi,"
"Pukul berapa kau nak datang jumpa aku?"
"Lepas makan tengahari. O.k. tak?"
"O.k.... set! Kau jangan tak datang pulak,"
"InsyaALLAH! awak bawak sabarlah sikit," aku sebenarnya geram dengan Halique. Tak menyempat-nyempat. Tak boleh ke tunggu sehingga minggu depan ke? Sekarang tengok apa dah jadi? Mana aku nak fikirkan cara-cara mahu memujuk ibu? Siapa yang harus aku dahulukan?
Ibu atau Halique?
************
Tak Berputus asa, aku hubungi Hanim setelah agak yakin ibu tak akan bersetuju mahu menerima kunjungan Halique ke sini.
"Apa? Halique kawan kak Hani tu nak datang sini?" terujanya Hanim dengan berita yang aku sampaikan. Seharusnyalah dia gembira kerana semenjak kali pertama berjumpa dengan Halique di wad Carnation, Hanim sudah menunjukkan dia amat tertarik pada lelaki kacak itu.
"Iya, betul! Tu yang Kak Hanim called. Esok, boleh tak Hanim datang jemput kak Hani lepas Zohor. Dia menginap dekat Sri Ledang Hotel. Kalau Hanim tak boleh pergi, kak Hani nak pinjam kereta Hanim."
"Eh... mana boleh tak pergi? Rugi! Hanim nak tengok muka handsome Halique. Nanti kak Hani tolonglah Hanim kenal dia lebih rapat. Kak Hani kan, dah ada Abang Ady?"
Aku diam sebentar. Susah juga permintaan Hanim. Semasa di wad hari itu aku berjanji mahu buat begitu tanpa fikirkan kesan dan akibatnya. Kalaulah Hanim tahu siapa Halique yang sebenar? Kalaulah Hanim tahu yang Halique pernah menodai arwah Hazlin, mampukah Hanim menerimanya? Apakah aku bakal dikecam kelak?
"O.k. lah! Cuma satu je yang kak Hani nak mintak tolong. Kalau ibu kak Hani tanya, Hanim bagitau kita nak ke Tangkak sebab nak cari kain ela untuk Hari Raya nanti." Aku cuba mereka cerita. Mujur Hanim faham dan bersetuju menerima alasanku untuk aku persembahkan pada ibu.
