Perkhabaran yang disampaikan oleh mak ngah dan pak ngah sebentar tadi benar-benar mengejutkan kami, lebih-lebih lagi pada diriku sendiri. Rombongan peminangan keluarga Ady Farhan akan berkunjung hujung minggu ini. Memang sungguh di luar jangkaan.
Ibu menegur aku yang duduk termenung di beranda selepas kereta pak ngah beransur dari halaman rumah kami.
"Kenapa tiba-tiba? Kenapa Ady tak bincang dengan Hani dulu?"
"Sebab Ady dah mintak izin dari ibu. Dia tahu kalau cakap dengan Hani sekalipun, Hani tak mungkin suka."
"Dah tu, ibu setuju terus?" aku gelisah. Tentu ada sesuatu yang ibu selindungkan dari pengetahuanku.
"Yelah! Walau belum cukup setahun tempoh yang Hani beri, tapi ibu tak boleh tunggu lama. Lebih-lebih lagi, Hani dah berkawan dengan Halique. Ibu tak suka."
Ha..... benarlah telahanku sebentar tadi. Mesti ada sebab kenapa ibu terburu-buru menerima hajat Ady.
"Ibu nak Hani terikat dengan Ady cepat-cepat, pasal Halique? Ibu takut Hani jatuh cinta pada Halique?"
Ibu terdiam. Lama anak matanya merenung wajahku.
"Tak ada siapa lagi yang boleh jaga Hani selain Ady. Ibu berharap sangat pada Ady lepas Hani tolak Syamsul. Dosa arwah Alin, sampai mati pun keluarga kita tanggung. Tak semua orang boleh terima yang kita besarkan anak luar nikah, Hani. Ibu bersyukur sangat bila ada lelaki yang luhur hatinya nak ambil Hani sebagai isteri."
Aku terus bangkit dari kerusi lalu memeluk ibu dengan erat. Aku kalah juga dengan air mata seorang ibu yang membesarkan aku sehingga dewasa.
"Maafkan Hani, ibu. Maafkan Hani. Hani ikut cakap ibu, Hani akan kahwin dengan Ady." Aku turut menangis sama. Mendayu-dayu esakanku.
Aku berdosa kerana menyusahkan hati ibu selama ini. Maafkan anakmu, ibu!
Telefon bimbit aku capai lalu menelefon Ady Farhan. Tak tahulah samada dia masih berjaga atau sudah lama diulit mimpi memandangkan sekarang sudah hampir jam 2.00 pagi. Aku yang sejak siang tadi cukup rungsing hingga aku langsung tak boleh lelapkan mata. Bukannya aku tak boleh hubungi Ady sejak awal, tapi tercari-cari aku apakah yang harus aku luahkan padanya.
"Assalamualaikum!" suara Ady kedengaran serak di sebelah sana.
"Ady dah tidur ke? Maaf! Hani ganggu....."
"No harm! Kenapa Hani tak tidur lagi?"
"Hani..... er... Hani tak boleh tidur." Sungguh! Aku tak menipu.
"Kenapa? Hani tak sihat ke? Perut Hani ada apa-apa kompilasi ke?"
Ady cukup mengambil berat dengan kesihatanku. Mengapa aku masih ragu dengan keikhlasan lelaki ini?
"Tak..... tak! Hani rasa sihat dah! Hati rasa tak tenteram sekarang ni."
"What's wrong? Pasal rombongan peminangan hujung minggu ni ke?"
"Ehemm.... baguslah kalau Ady dah faham. Masalahnya, kenapa Ady tak bincang dengan Hani dulu?"
"Sebenarnya, ibu Hani yang mintak Ady masuk meminang. Katanya, dia takut Hani ada orang lain. Ady pun, ada juga soalan nak tanya pada Hani. Siapa lelaki tu? Halique ke?"
"Halique tak ada mengena dalam soal kita." Aku menafikan tapi seolah menipu diri sendiri. Sejak pertemuan terakhir di pekan Tangkak, hatiku mula goyah. Aku mula tertarik pada lelaki itu.
"Hani marah ke?"
"Tak marah, tapi terkilan."
"I love you so much, Hani. Susah sangat ke, Hani nak balas cinta Ady? Setahun, cukup ke tempoh setahun tu untuk Hani bukakan hati untuk terima Ady?"
Aku tergumpal-gumpal.
"I....., I don't know," jawabku lirih.
"See, Ady dah agak dah jawapan Hani."
"Habis tu, Ady sanggup nak hidup sebumbung dengan Hani tanpa cinta? I don't think so....."
"Ady akan pastikan yang Hani akan jatuh cinta lepas kita nikah." Cukup yakin dengan perancangannya.
"Are you sure?"
"Off course I do."
Aku mengeluh. Bercinta lepas nikah? Apa betul tindakanku ini?"
"Hani.... you still there?"
Tercantas lamunanku.
"Hani berserah pada jodoh. Hani harap, Ady tak akan sia-siakan Hani lepas Hani dah serahkan jiwa raga Hani pada Ady."
"InsyaALLAH, Ady akan jaga Hani baik-baik."
Tanpa ucapan 'bye' aku matikan terus pangiilan begitu saja. Kembali merebahkan kepala ke bantal. Mata aku pejamkan rapat-rapat. Moga-moga aku boleh tidur lena dengan pengakuan tulus Ady farhan.
