Bab 33

56 6 5
                                        

HANIM tiba di rumahku seperti yang dijanjikan. Dia bergaya cantik dengan seluar panjang dan blaus chiffon berwarna hijau lembut. Aku pasti dia mahu menampilkan yang terbaik untuk memikat Halique. Sayangnya, aku yakin setelah dia tahu siapa Halique, Hanim tentu akan rasa kecewa dengan keterampilannya hari ini.

"Kak Hanim dah siap ke? Achik mana?" Hanim ceria sekali seolah tak sabar mahu bergerak ke Pekan Tangkak.

"Ibu ada dekat atas, solat agaknya. Tak apalah, kita terus pergi. Ibu kak Hani dah tahu kita nak keluar."

MyVi putih milik Hanim meluncur laju ke pekan Tangkak. Aku teringat alamat Taska Anak Didik yang dikirimkan Syamsul pagi tadi

"Hanim, kita pergi ambil Ijad dulu kat Taska?"

"Kenapa nak bawak Ijad sekali?"

"Rindulah dekat dia. Nanti sebelum balik, kita hantarlah Ijad semula."

"Kak Hani tahu ke kat mana Taska tu?"

"Tahu, kak Hani ada alamat dia. Pagi tadi, kak Hani dah called Syam."

"Hah? Kak Hani masih berhubung dengan abang Syamsul?"

"Kak Hani telefon Syam kalau ada kaitan dengan Ijad. Kalau tak ada apa hal, jangan harap kak Hani nak telefon dia."

"Ermm, satu kampung dah tahu yang kak Hani tolak Abang Syamsul mentah-mentah. Dengar kabar, ada sorang cikgu sekolah dekat kampung kita mula rapat dengan dia."

"Alhamdulillah! kak Hani pun bersyukur kalau dia dah ada orang lain."

"Keras betul hati kak Hani. Kadang-kadang Hanim fikir kak Hani ni kejam. Kalau ingat balik cerita mak pasal arwah kak Alin, Hanim pun tak boleh nak salahkan kak Hani. Kita orang perempuan, berhak pilih suami yang baik untuk kita."

Aku senyum tipis dengan kata-kata Hanim. Sekejap lagi, kalau Hanim tahu siapa Halique, macamana agaknya ya?

"Hanim... masuk Taman Sentosa. Alamat Taska tu, nombor 47, Jalan Hassan."

Hanim patuh pada arahanku. Tak susah mahu mencari satu-satunya taska di Taman Sentosa ini. Dari simpang tiga, sudah ada papan tanda menunjukkan arah ke Taska Anak Didik bagi tujuan promosi.

********************

20 minit kemudian, kami tiba di Sri Ledang Hotel. Dadaku berdebar-debar. Ijad di tempat duduk belakang leka dengan patung Ninja Turtle yang aku hadiahkan beberapa bulan lepas. Segera aku menghantar pesanan pada Halique menyatakan kami sudah hampir sampai ke tempatnya.

"Kak Hani, Hanim nampak cantik tak?" Hanim membetulkan shawl di kepala dan mengintai imbasan dirinya di cermin kereta.

"Cantik! Berseri-seri kak Hani tengok. Maklumlah, nak jumpa lelaki pujaan hati. Ijad, jom! kita makan dulu."

"Makan kat sini ke, mama?"

"Iya, makan kat ini. Ada ayam goreng, ada ais krim, tentu Ijad suka." Pujuk Hanim dengan lembutnya.

"Aiskrim?" Ijad bertanya kembali dan matanya yang galak bersinar-sinar.

"Haah..... macam-macam ada. Uncle hensem pun ada," Hanim menambah dengan selamba mengundang tawaku. Itu pula dia umpankan pada anak buah kami.

"Hanim nih, manalah budak ni nak faham."

"Saja je kak Hani... tengah berdebar ni."

Kalau Hanim terasa debar, aku lagilah gementarnya. Susah mahu membayangkan apa yang bakal terjadi sekejap lagi.

Coffeehouse yang sederhana besar kami tuju. Halique sudahpun menunggu di sana tanpa mengetahui yang aku membawa satu kejutan padanya.

"Assalamualaikum!" benar telahanku. Halique sangat-sangat terkejut bila mengangkat muka. Dia langsung tak menyedari kedatangan kami kerana sedang tekun menguis skrin telefon bimbitnya. Bibirnya bergerak-gerak dan akhirnya salamku disambut perlahan.

"Hani........" Matanya berkaca bila terpandangkan Ijad. Aku tahu dia sedang berperang dengan diri. Mahu terus memeluk Ijad, dia terpaksa menahan kehendak hatinya kerana Hanim juga berada di sisiku.

"Hai Halique, ingat saya lagi tak?"

"Hanim, right?"

Hanim mengangguk dan tersenyum lebar. Hatinya kembang kerana Halique masih ingat akan namanya.

"Er, duduklah! Awak berdua dah makan ke belum?"

"Dah! Kami dah makan kat rumah tadi, terima kasih. Ijad, salam uncle, sayang?"

Ijad ikut arahanku. Dia bergerak ke sisi kerusi Halique dan hulurkan tangannya.

"Not uncle. Daddy sayang.... daddy," tubuh kecil Ijad dipeluk erat dan diraih ke atas pangkuannya.

Aku sebak dan air mata mula bergenang. Mulut aku tutup dengan tapak tangan menahan tangis.

"Daddy? Kak Hani... eh kenapa Kak Hani menangis? Hanim tak faham," Hanim keliru dengan aksi Halique dan melihat kelainan sikapku kini.

"Kak Hani mintak maaf. Sebenarnya..."

"Hani, let me explain to her," Halique mencari anak mataku.

Aku angguk lalu tisu di atas meja aku capai dan kesat air mataku.

"Ijad anak aku. Aku yang menyebabkan arwah Putri mengandung,"

"What? Kau....bapak Ijad? Kau yang rogol Hazlin?" hampir terjerit Hanim di situ. Aku sentuh lengannya minta dia bersabar. Mujurlah sekarang ini, coffeehouse agak lengang. Mintak-mintaklah tiada siapa yang mendengar perbualan kami.

BIAR BULAN BERBICARACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang