Bab 25

63 6 3
                                        


SEPANJANG perjalanan ke HUKM erangan perlahanku masih belum berkurangan. Setiap kali kereta Ady melalui bonggol jalan, semakin perutku terasa pedih akibat terhentak. Beransur surut seketika dan kembali memulas-mulas dalam beberapa minit. Aku tarik lutut ke perut bagi meredakan kesakitan yang aku alami.

"Sabar Hani.. sekejap lagi kita sampai. Mengucap banyak-banyak!" dalam kalut Naemah sempat mengajarku doa da ayat-ayat ringkas bagi mengurangkan sakit.

Kereta Ady Farhan terus menuju ke depan balai kecemasan HUKM. Berlari anak dia mendapatkan petugas yang sedia menunggu di situ.

"Maaf, saya kena angkat Hani."

"Buatlah Ady, dah dalam keadaan darurat macam ni, nak buat mcam mana?"

"Ady minta izin cempung Hani, ya?"

Aku hanya mengangguk. Terasa tubuhku melayang dan aku dibaringkan ke atas strecher. Dengan pantas aku ditolak ke bilik rawatan. Naemah mengekoriku sementara Ady Farhan uruskan hal pendaftaran di kaunter.

Naemah diminta menunggu di luar. Aku diperiksa seorang doktor perempuan yag masih muda. Bila sebelah kanan perut yang aku tunjukkan tadi ditekan dengan jarinya, aku mengaduh lagi.

"Ada bonjolan di perut awak. Buat masa ni, saya suspect awak kena appendiks. Untuk pengesahan lanjut, saya akan buat ujian ultrasound dulu. Buat sementara waktu, saya beri awak ubat tahan sakit."

Ubat yang diberikan, bisa mengurangkan sakit yang aku tanggung. Selepas ujian ultrasound dijalankan, doktor mengesahkan usus perutku diserang radang appendiks. Ya ALLAH! bermakna, aku akan dibedah dengan kadar segera sebelum ianya pecah dan bakteria akan merebak di dalam perutku. Gerun mendengar yang aku akan menjalani pembedahan sekejap lagi. Selama aku hidup, inilah kali pertama aku bakal dibawa ke dewan bedah. Jururawat bertugas menyerahkan borang persetujuan pembedahan untuk aku tandatangani. Terketar-ketar tanganku, segala perasaan takut dan bimbang mula meguasai.

Naemah dan Ady Farhan dibenarkan masuk menemuiku sebentar. Nampak sahaja Naemah, aku terus menangis. Aku tak peduli pada Ady yang memerhati. Malu aku buang jauh-jauh.

"Syhh! kenapa ni? kau takut kena bedah ke?"

Aku pasti Doktor Syuhada sudah memaklumkan tentang penyakit yang aku alami kepada Ady Farhan dan Naemah.

"Hani mintak maaf sebab susahkan Ady." Aku terbatuk. Kesakitan di perutku semakin berganda menyebabkan aku berasa mahu muntah dan dengan pantas Ady menunduk ambil bekas di bawah katil. Segala Nestum yang sudah kuhadamkan pagi tadi semuanya aku luahkan ke dalam dalam bekas. Ady Farhan tak sedikitpun merasa jijik.

"Jangan banyak bercakap, rehatlah!" saran Ady Farhan.

Naemah kembali membaringkan aku ke bantal. Ady beredar mencuci tangannya di singki. Doktor Syuhada datang kembali memaklumkan segala prosedur pembedahan sedang disediakan hanya menunggu masa untuk aku ditolak masuk ke dewan bedah. Menurut penerangannya, sebahagian dari usus yang dijangkiti radang akan dipotong. Doktor Syuhada meminta diri selepas itu.

"Hani takut, Ady. Macamana kalau Hani......." Aku menangis semula.

"Jangan bimbang, pembedahan kecil je. Doktor kata tak sampai dua jam. InsyaALLAH, Hani akan selamat." Ady Frahan memujukku lantas mengesat air mata di pipi kiri dan kananku.

Jururawat menghampiri kami dan meminta Ady berserta Naemah menuggu di luar semula. Pakaianku ditukar, serkup disarungkan ke kepala. Beberapa minit kemudian, katilku ditolak keluar dari wad kecemasan. Naemah dan Ady mengiringiku hingga ke 'clean Area' dewan bedah. Naemah memegang tanganku erat dan memberi laluan pada Ady pula mendekatiku.

"Mengucap banyak-banyak. Ingat Allah!" Ady membisik ditelingaku. Tak semena-mena dahiku dikucup hangat tanpa sempat aku mengelak.

Menitis air mataku. Teringat kucupan arwah abah yang sering hinggap di dahiku. Ya Tuhan, aku sungguh rindukan arwah abah sekarang!.

Dalam kiraan sepuluh ubat bius yang disuntik terus melalui tiub lenganku mula bertindak-balas. Lama-lama mataku terpejam rapat dan pandanganku kelam-sekelamnya.


BIAR BULAN BERBICARACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang