Part 20

69 6 1
                                        


TENGAHARI panas terik, jalan pula sesak. Mujurlah kereta Encik Zaid yang aku tumpangi ini berhawa dingin dan bertinted gelap. Cahaya matahari yang terik tak terasa bahangya. Berada di jalan raya dengan kereta yang bergerak seperti kura-kura buat mataku sedikit layu setelah kenyang makan tengahari tadi.

"You mengantuk ke?" Encik Zaid mengerling sekilas kepadaku dan tersenyum kecil. Gelihati agaknya melihat aku yang tersengguk-sengguk.

"Sikit. Menyesal pulak makan nasi tadi."

"Kesian nasi yang dipersalahakan. Entah-entah malam tadi, you yang lambat tidur. Maklumlah orang tengah bercinta." Giat Encik Zaid.

Aku menjelingnya sekilas.

"Mana ada I tengah bercinta?" aku segera menyangkal. Jika Ady Farhan yang Encik Zaid maksudkan, tentu sekalilah tak betul kerana aku belum 'masuk' ke dalam frasa itu. Lagipun sekarang ini Ady Farhan berada di luar negara.

"You jugak yang mengaku yang you dah ada teman istimewa hari tu, kan? Ady Farhan.... Ermm....... not bad taste you. Bukan calang-calang orang, anak Tan Sri."

"Kenapa ya, kalau perempuan yang berkawan dengan anak Tan Sri, mesti orang akan beri perpeksi yang dia mahu kikis harta lelaki tu?"

"I tak cakap macam tu pun. I saja gurau tadi, please don't take it seriously. Sorrylah kalau you terasa."

"For you information Enck Zaid, Ady Farhan tu anak saudara mak ngah I sebelah suami dia."

"Oh.. maknanya you dah kenal dia lama?"

"Tak juga. Selama ni, dia tak pernah datang kampung kami. Tiba-tiba dia muncul masa kenduri arwah kat rumah I sebelum I start kerja hari tu."

"Oooo.... macam tu ceritanya. Patutlah Datuk Ammar suka sangat dekat you. Rupanya ada kepentingan dengan Tan Sri Rahman."

"Secara kebetulan je kot. I pun tak tahu yang Tan Sri Rahman one of our valuable client."

"Untung jadi orang cantik macam you."

"I biasa-biasa je Encik Zaid. I rasa.. your wife pun mesti lagi cantik dari I."

"My wife cantik. Senantiasa cantik di mata I," Encik Zaid tersenyum lebar. Alhamdulillah! Tak ramai lelaki yang mampu memuji isteri sampai sebegitu. Kalaulah isterinya mendengar ketika ini, tentu sekali dia akan merasa cukup bahagia. Aku juga berangan suatu hari nant aku juga mahu bersuamikan lelaki seperti Encik Zaid.

Di Kishan Holdings, aku dan Encik Zaid sekali lagi disambut oleh penolong pengarahnya, Encik Danial. Sedikit hairan melihat Encik Zaid yang datang bersamaku, bukannya Encik Shafiq.

"Kenapa Encik Shafiq tak datang?"

Er.. maaf, Encik Shafiq ada hal kecemasan. Encik Zaid yang gantikan beliau,"

Encik Danial mengangguk dan persilakan kami duduk.

Hampir 2 jam di bilik mesyuarat, segala persetujuan telah dimeterai. Fail dan proposal yang aku serahkan minggu lepas kini berada di tanganku lengkap ditandatangani oleh Pengarah Kishan Holdings. Syukur.... Aku boleh menarik nafas lega. Juga, amat berterima kasih pada Encik Zaid yang membantuku hari ini. Dengan pengalaman yang ada, Encik Zaid berjaya menyakinkan Encik Danial prospek kerjasama yang kami tawarkan.

"Okey Cik Hani... bulan depan lawatan kita bermula ke Tulsa. I harap you dapat siapkan diri you dari segi fizikal dan mental. First time juga I kena bawak consultant perempuan."

"Insya-ALLAH Encik Danial. I akan cuba buat yang terbaik. Jumpa lagi."

########

Seminggu di Tulsa menjadi wakil Kishan Holding berurusan dengan sebuah syarikat besar yang membekalkan barangan 'petrochemical industry' ditemani ketua operasi industri, Cik Dayana adik kepada Encik Danial yang mudah mesra dengan sesiapa pun. Dalam sekelip mata kami menjadi akrab, apatah lagi dia sering ke U.S., jadi secara tak langsung dia menjadi pemandu pelancong buatku. Setiap hari selepas urusan di pejabat selesai, dia mengheretku ke tempat-tempat menarik di bandar bersejarah itu. Tak cukup dengan Tulsa, Dayana mengajak aku ke Oklahama City untuk berlibur dan mengambil penerbangan dari sana untuk pulang ke tanah air. 

BIAR BULAN BERBICARACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang