2008
''kita nak pergi mana umi?''soal gadis kecil itu.
''Kita nak pergi rumah daddy Harris sayang''jawab Puan Suria.
Bersinar mata gadis kecil itu mendengarkan jawapan itu.
''Huwa! kita nak pergi jumpa abng hensem ke Umi?soalnya teruja.
Puan Suria menganggukkan kepala dan tersenyum manis melihat keletah anakgadisnya yang cukup teruja mahu berjumpa ''abang hensem'' anak kepada Harris rakan kepada suaminya.
Yeay! jumpa abang hensem! Babah cepat la kakak dah tak sabar nak jumpa abang hensem ni!''jerit gadis kecil itu kepada babahnya yang sedang mengunci pintu rumah.
Encik Nazri terkejut dengan jeritan anak gadis kesayangannya itu hanya mampu menggelengkan kepala.
''Anak babah ni kalau nak jumpa abang hensem laju je,bila babah mintak kiss lari sampai kutub untara''protes Encik Nazri.
''Mestilah! Kiss kakak hanya untuk abang hensem sebab babah dah ada umi babah kiss la umi, kaka kiss abang hensem pula''petah gadis kecil itu bercakap.
Membulat mata pasangan itu mendengar ucapan anak gadis mereka yang berusia empat tahun.
''Amboi kecik-kecik dah demand la anak babah ni.Sapa ajar jadi gatal sangat ni?soal Encik Nazri geram.
''Babah la''jawabnya selamba dan terus menuju ke arah kereta.
Sekali lagi mata Encik Nazri membulat mendengar jawapan anak daranya.
''Ayang tengok tu anak ayang dah tak sayang babah dia agaknya!Dia tak sedar ke kita yang hasilkan dia? boleh pulak pilih lelaki lain dari bapa sendiri''adu Encik Nazri kepada Puan Suria yang sedang mendukung anak kembar lelaki mereka.
''Abang la ajar. Tunjuk lagi benda tak elok depan anak kan dah mendapat''Puan Suria memberikan seorang anak lelakinya kepada suaminya dan terus menuju ke arah kereta.
Ternganga mulut Encik Nazri dengan layanan isterinya.
''Mak dengan anak sama je''bebelnya sendiri dan menuju ke arah kereta.
***
''Assalamualaikum''laung Encik Nazri.
Anak daranya di sebelah sudah mengemaskan pakaian untuk kelihatan cantik di pandangan abang hensemnya.Melihatkan itu Encik Nazri hanya mencebikan muka tanda meluat.Bukan benci ya! Tetapi cemburu anaknya lebihkan lelaki lain dari dirinya.
Puan Suria hanya tersenyum.
''Waalaikumsalam Naz!''balas Encik Harris tuan rumah kepada banglo dua tingkat itu.
''My brother awal gila kau sampai''ucap Encik Harris lagi.
Encik Nazri mencebik,dia tahu itu bukan soalan biasa tapi sindiran buat dirinya.
''Mana tak lambatnya Harris kawan awak tu merajuk dengan anak dara dia''balas Puan Suria.
''Kenapa pulak kali ni Ria?''soal Encik Harris.
''Sara cakap tak sabar nak jumpa abang hensem dia,Naz apa lagi merajuk la dia siap mengungkit lagi Sara sekarang susah nak bagi dia kiss''balas Puan Suria sambil melangkah masuk ke dalam banglo itu.
Encik Harris yang mendengarkan itu ketawa terbahak-bahak dengan perangai gedik sahabatnya itu
''Gelak la gelak kau tak ada anak perempuan lagi kau tak tahu la. Nanti kau ada anak perempuan kau tahu la betapa sakitnya di kecewakan oleh anak sendiri sebab pilih lelaki lain daripada bapa sendiri''balas Encik Nazri pura-pura sedih.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...