Danisya's dream.
"Terima kasih, ada rezeki kita jumpa lagi" ucap Nadhirah sambil tersenyum manis pada pelanggan.
Selepas menghantar pelanggan sehingga ke pintu utama, Nadhirah terus menyambung kerjanya yang tergendala.
"Wahai baju masih banyak mahu aku siapkan, siapa mahu dia disiapkan dulu" ujar Nadhirah sambil melihat kain yang berada diatas meja menjahit.
Sedang melayan perasaan datang tetamu yang tak diundang.
"Gila ke cakap sorang-sorang" sergah Danish.
"Opocot aku cantik!" latah Nadhirah.
Danish sudah ketawa kuat mendengar latah gadis itu.
"Ish encik dah kenapa, Islam kan? Lain kali bagi la Salam!" marah Nadhirah.
"Suka hati aku la sibuk" cebik Danish dan terus menarik kerusi berdekatan meja menjahit itu dan duduk.
"Erghh kerek" kutuk Nadhirah perlahan.
"Kerek ni la yang akan jadi suami kau baby" usik Danish sambil menatap wajah putih mulus Nadhirah.
"Eh, maaf ya saya rasa silap orang kot encik nak mengaku bakal bini. Mungkin bakal bini encik tu silap bagi alamat kan tiba-tiba datang sini cakap awak akan jadi suami saya" sindir Nadhirah.
Danish tersenyum sinis.
"Ouh ya? Emm kalau macam tu aku minta ibu percepatkanlah perkahwinan kita tak payah tunang. Ya la takut orang lain sambar aku pulak kan, kesian kau nanti tak dapat laki hot macam aku" Danish bangun dan berjalan mengelilingi Nadhirah.
Nadhirah membuat muka jelik.
"YA Allah harap je muka helok perangai nauzubillah!" kutuk Nadhirah lagi.
Danish yang sakit hati dikutuk terus mengepung Nadhirah didinding dan meletakkan kedua tangan disebelah mahu Nadhirah.
"Eh, eh apa ni?! Tepi la. Awak ingat saya ni macam scandal awak yang lain ke boleh yang dekat-dekat macam ni" Nadhirah yang sudah menggelabah itu terjerit kecil. Tak pernah seumur hidup dekat dengan lelaki lain selain abinya, tiba-tiba harini berada dekat yang teramat sangat!.
"Eleh aku baru buat macam ni kau dah takut. Nanti kalau lepas kahwin aku buat lebih mahu meraung kot" sindir Danish sambil tertawa sinis.
Nadhirah yang geram terus menolak kuat Danish ke belakang.
"Eh ingat sampai bila-bila saya Nadhirah Aisya tak akan kahwin dengan awak Danish Firdaus!. Awak sendiri cakap awak dah ada teman wanita kan jadi pergi bawak dia pada aunty Sya cakap yang dia bakal isteri awak dan bukan saya!" sembur Nadhirah yang terus berlari keluar meninggalkan Danish sendiri. Apa yang dia rasa sekarang hanya mahu menangis semahunya. Dia benci Danish lelaki itu seperti meremehkan maruahnya! Dia benci!.
Pekerja Datin Danisya yang mendengar pertengkaran itu hanya mampu diam Dan memerhati sahaja,tidak berani mahu masuk campur. Nadhirah yang baik itu memang tidak padan dengan Danish yang jahat!.
Danish tersenyum sinis.
"Sorry girl, you already get my attention. No metter where you go I will find you my Nadhirah" bisik Danish sambil teringat wajah Nadhirah yang dibasahi air Mata tadi.
Hanya dia Danish Firdaus yang boleh membuat kan gadis itu Menangis.
***
Seronok aku melihat Bella dan Ruhaikal sedang bergelak tawa di kafe tanpa menghiraukan orang lain. Aku tahu mereka sudah menjalinkan hubungan percintaan tapi sengaja aku mahu beriak biasa seolah aku masih tidak tahu.
Bagaimana aku dapat tahu? Heh mereka tak pandai nak sembunyi apa-apa dari aku.
"Assalamualaikum wahai penduduk bumi" sergah aku.
Bella dan Ruhaikal tersentak dan terus menutup wajah gemuruh mereka dengan senyuman.
"Waalaikumsalam, eh kau bila sampai" soal Bella gagap.
Aku tersengih.
"Tahun lepas lagi" seloroh aku dan mengambil tempat di hadapan mereka.
Bella menjulingkan Mata ke atas.
"Lea nak apa Haikal pergi beli" pelawa Haikal.
"Em teh o ais satu dan roti sosej please" pesan aku. Haikal mengangguk Dan terus bangun menuju ke kaunter.
"Eh kau aku tanya dari mana tadi" sampuk Bella.
"Jumpa Dr Syed" balas aku.
"Buat apa dating?" soal Bella.
"Ish mulut memang tak ada insurance eh?. Aku pergi jumpa Dr Syed sebab nak Tanya pasal assignment sikit tadi sebab ada yang tak faham" balas aku sambil melihat ipad Bella.
Bella mengouhkan sahaja.
"Tapi kan tadi ada perempuan cantik" bisik aku.
"Biar la mana tahu awek dia. Apasal kau jeles?" usik Bella.
Aku menggeleng.
"Cakap je, ye la mana pernah tengok dia rapat dengan perempuan selama ni" ujar aku.
"Eh aku pernah" sangkal Bella.
"Siapa?" soal aku ingin tahu.
"Kau".
"Ish dah aku student dia" marah aku.
Dia tersengih.
"Korang borak apa?" soal Haikal yang baru datang sambil membawa makanan yang dipesan aku.
"Eh thanks, tak ada apa la Haikal. Bella dia cakap dia jumpa hot guy baru" usik aku mahu melihat reaksi mereka.
Serentak itu mereka tersedak.
"Woi mana ada" marah Bella dan me oleh kearah Ruhaikal Dan membuat isyarat apa yang diucap aku tidak betul sama sekali.
Ruhaikal sudah cemberut muka.
Aku geli hati melihat lakonan mereka.
Tok tok
Pintu pejabat milik Rayyan diketuk dari luar.
Rayyan mengangkat wajah dan melihat susuk tubuh milik pembantunya dipintu.
"Ya Anis why" soal Rayyan.
"Maaf ganggu tuan, tapi ada orang nak jumpa" beritahu Anis.
"Siapa?" Tanya Rayyan lagi.
"Tak tahu la tuan".
"Bagi dia masuk" suruh Rayyan.
Anis mengangguk.
Setelah beberapa saat akhirnya orang mahu berjumpa dengannya masuk.
"Yes ada apa nak jum......" termati soalan Rayyan melihat wajah itu.
"Hai sayang" tegur Nadia dengan wajah yang manis.
"Nad" bisik Rayyan.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...