Hari yang dimana kami telah janji kan untuk melihat baju pernikahan kami telah tiba. Orang yang paling gembira mestilah mummy dan Umi, sampai sahaja tak berhenti mereka berbual tentang tema lah baju tak alter elok lah. Macam-macam.
Aku hanya membelek buku pakaian yang diletakkan diatas meja kedai Naura's wedding itu.
"Kau dah pilih ke baju" soal Rayyan yang entah dari mana datang.
Aku menoleh.
"Dah, aunty Naura tengah ambil kan kejap lagi nak Cuba" balas aku.
Rayyan mengangguk.
"Baju apa?" soal Rayyan lagi.
"Baju nikah" balas aku malas.
"Cit, aku tahu la baju nikah takkan la kain kafan pulak. Tak nak aku kahwin dengan mayat" sindir Rayyan.
Aku hanya memekakkan telinga.
"Sara?!" marah Rayyan.
"Ish awak ni kejap lagi tengok la, Sara pun tak tengok lagi" balas aku geram.
"Cakap la ni tak diam je. Saja nak aku marah kan" Rayyan terus pergi meninggalkan Sara sendiri.
Aku mengeluh.
"Sara come Cuba baju" panggil Datin Suria.
Aku menurut. Ambil sahaja baju aku terus masuk kedalam ruangan mencuba.
"Cantik" bisik aku sendiri selepas melihat baju kurung pahang yang berwarna kuning air yang tersarung dibadan.
"Macam bidadari tak?" soal aku sendiri dan ketawa kecil. Selepas siap aku terus keluar.
"Mummy, Umi" panggil aku.
Ketiga pasang Mata menoleh ke arah aku. Terpaku mereka.
"Ya Alla cantiknya!" jerit Puan Sri Catrina teruja.
Aku ketawa kecil.
"Cantiknya anak Umi, macam Princess" puji Datin Suria.
Rayyan yang melihat itu terpaku.
"Cantik" bisik Rayyan.
"Ha Yan bila nak tukar baju" sergah Puan Sri Catrina.
Rayyan tersentak.
"Kejap".
Rayyan mengambil masa selama lima minit itu akhirnya keluar dengan sepasang baju Melayu kuning air ditubuh.
"Wau ni baru bagai pinang dibelah dua cantik betul!" teruja Puan Sri Catrina dan terus menolak anak terunanya kesebelah Sara.
Aku hanya berdiri statik apabila Rayyan ditolak disebelah aku.
"Kejap mummy ambil gambar hantar daddy" ujar Puan Sri Catrina.
Sedang yang lain sibuk Rayyan mengambil peluang itu berborak.
"Cantik" bisik Rayyan di telinga aku.
"Thanks" balas aku.
"Maaf aku marah kau tadi. Aku geram dekat staff aku buat kerja macam apa lagi" ujar Rayyan.
Aku menoleh ke arahnya.
"Senyum" ujar aku tiba-tiba.
"Untuk?" hairan Rayyan tiba-tiba disuruh senyum.
"Senyum" ujar aku lagi tanpa membalas soalannya.
Rayyan menurut.
"Okay saya maafkan" balas aku selamba.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...