9 tahun kemudian
''Lea!''jerit Bella
Aku yang sedang mengelamun sambil menghayati angin sepoi-sepoi pada petang itu tersentak mendengar jeritan itu.
''Iya cik Bella kenapa ni jerit jerit panggil elok-elok tak boleh ke? aku belum pekak lagi''marahku.
Dia tersengih seperti beruk mendapat makanan.
''Mana aku tak jerit kalau kawan aku ni kalau dah termenung gempa bumi belum tentu sedar''balasnya geram
Aku pula yang tersengih.
''Kenapa?''soal aku.
''Jom jogging sambil-sambil tu boleh usya hot guy''ajaknya tergedik-gedik.
''Hot guy? sorry not interested''tolakku sombong.
''Ah over la kau perempuan dah jom aku tak kira kau kena ikut aku''ujar Bella dan terus menarik aku mengikutinya.
''Wah seronoknya dapat ambil angin! Nyaman je rasa''ujar aku gembira.
''We babe, apasal lelaki dekat sini tengok kita lain macam?aku tahu la aku cantik tak payah la nak tengok macam tu''ujar Bella riak.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala mendengar celoteh sahabat baik aku seorang ini.
''Iya iya la tu perasan cantik tah-tah kau bocor tak sebab tu diorang pandang kau tak lepas dari tadi''usik aku.
Jangan risau kami dah biasa gurau kasar macam ni.
''Ala aku tahu la aku tak cantik tak payah la nak sindir aku macam tu''balas Bella pura pura mengesat mata.
''Hahaha sengal la kau!''tolakku lembut.
Kami mengambil tempat di kerusi kosong yang menempatkan di kawasan padang universiti kami.
Tahun ini masuk tahun ketiga kami sebagai pelajar disini.Aku mula berkawan dengan Bella dari tingkatan satu lagi sebab itu kami tidak terasa hati sangat bila bergurau kasar seperti itu dah biasa la orang katakan.
Aku melihat sekeliling.
''Ramai jugak eh orang petang ni?selalu beberapa kerat je yang jogging petang-petang kenapa tiba-tiba hari ni ramai?''soal aku kepada Bella.
''Hari ni kan ada tournament bola sepak antara kolej kita dengan fakulti business dengan medik'' balas Bella sambil mata tertumpu di tengah padang, lebih tepat lagi kepada mr crush dia.
Mengguling mata aku melihat karenah gedik perempuan sebelah aku ni haih nasib kawan kalau tak dah lama kena sepak haha.
''Babe tu! Weh hensemnya mr crush aku!''jeritnya teruja.
Aku layankan sahaja malas nak cakap banyak sebenarnya.
Ramai gadis yang datang harini untuk melihat perlawanan bola itu.Yang jarang bersenam jadi rajin bersenam hanya kerana mahu melihat mr crush masing-masing menunjukkan bakat.Aku? memang tak la.
''Babe, tu senior Ruhaikal kau dah cari kau tu dari tadi tak lepas dok pandang kau''usik Bella.
''Bila masanya dia padang aku kan dia tengah main bola tu.Agak-agak la Bell nak tipu pun''balas aku selamba.
''Betul la kau tak tengok dia mana kau nak perasan ,aku yang dok tengok dari tadi aku tahu la''geram Bella membalas.
Aku hanya membiarkan walaupun aku perasan akan perkara itu.
''Babe nak balik dulu ke nak singgah mana-mana dulu''soal Bella
Aku menggeleng.
''Jom la balik dah le..''
''Lea!''jerit seseorang.
Kami terus berpaling untuk melihat gerangan yang memanggil namaku.
''Senior Haikal''panggil aku.
''Dah nak balik ke?''soalnya.
''Tak lah nak berkemah dekat sini senior''balas Bella selamba.
Aku ternganga dengan sikap selamba sahabat aku itu.
''Pandai awak buat lawak Nabella Insyirah''balasnya sambil ketawa kecil.
''Err senior jangan ambik hati kan perangai dia memang macam tu sejak azali lagi''balas aku tersenyum janggal.
Bella mencebik.
''Takpa dah biasa orang dah tak suka kan''jawab Haikal berjauh hati.
''Kami dah nak balik bye!''ucap Bella dan terus menarik lengan aku.
Belum sempat berkata aku sudah ditarik menjauh dari Ruhaikal.
Ruhaikal sebenarnya suka pada Bella ya bukan pada aku jadi jangan salah faham bila Bella usik aku dengan dia tadi. Bella jual mahal orang nak dekat dia biasala gedik hahaha.Aku sebagai sahabat yang baik jadilah perantara antara mereka untuk Senior Ruhaikal berhubung dengan kekasih hati.
Jangan risau aku masih setia pada yang satu,tapi dia?
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...