BAB 18

2.1K 84 4
                                    

Harini seperti biasa aku memulakan hariku dengan solat subuh dan bersiap untuk ke kelas. Jika aku ada kelas aku akan tinggal di rumah sewa aku dan Bella, tetapi dulu jika hujung minggu aku jarang juga balik rumah Umi kerana aku lebih suka menghabiskan masa di rumah sewa untuk menyiapkan assigment yang diberi oleh pensyarah. Tetapi sekarang aku sudah bertunang jadi aku lebih kerap pulang ke rumah Umi untuk menyiapkan persediaan pernikahan aku yang tinggal lagi tiga bulan dari sekarang.

Masuk sahaja ke dalam dewan kuliah itu aku sudah melihat sahabat baik aku yang sedang tersengih sendiri sambil menatap telefon.

"Hoi tersengih-sengih wasap boyfriend ke!" sergah aku dan terus mengambil tempat disebelahnya.

"Opocot aku kahwin esok!" latah Bella.

Aku ketawa.

"Ish kau ni! Nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak meratap la kau tak ada pengapit kahwin nanti" marah Bella.

"Alolo jangan la marah nanti tak cantik. Kalau aku tak ada pengapit tak apa, kalau tak ada kau hidup aku sunyi" pujuk aku.

"Tahu pun, buat lagi lain kali" sindir Bella.

Aku tersenyum melihat wajah cemberutnya.

"Ha kau tak jawab lagi soalan aku, kau wasap sapa boyfriend? Ruhaikal ke?" soal aku.

Kejung badan Bella.

"Alamak dah kantoi ke?" bisik hati Bella.

"Eeee mana ada! Aku nak. Wasap si Ruhaikal tu? Dalam mimpi" cemuh Bella.

"I'm sorry baby boo" bisik Bella sedih.

"Hek eleh kerek betul kau kahwin betul-betul dengan dia mahu tak lepas nanti kot. Tah-tah kau tak bagi si  Haikal tu kawan dengan perempuan langsung sebab angau!" usik aku.

Bella buat tak dengar apa yang diucapkan aku tadi.

"Dah la Dr hottie aku dah masuk, shuh shuh" halau Bella.

Aku memincingkan mata ke arahnya dan terus menoleh ke depan untuk menumpu pembelajaran harini. Saat menoleh mata aku dan Dr Syed bertemu. Aku tersenyum Dan dia membalas.

"Harini saya nak buat test" ujar Syed.

Ramai yang mengeluh kerana tiba-tiba test dibuat tanpa diberitahu dulu. Mana tak mengeluh kalau ada yang tak study pon sebelum kelas, salah satunya mestilah aku! Hehe hehe.

"Kamu semua ada tiga jam untuk siapkan. Siapa yang tak dapat siapkan dalam tempoh tu jangan tanya saya kenapa markah dia kosong" beritahu Syed.

"Okay boleh mula sekarang".

Aku dan yang lain terus memulakan test. Soalan satu pun aku dah mengeluh macam mana aku nak hadap soalan yang kebelakang? Haih tu la orang suruh study tak nak!.

Syed melihat semua pelajarnya yang tekun melakukan kerja, dia ketawa kecil melihat karenah sesetengah pelajar. Ada yang sampai terkerut-kerut muka membaca soalan, ada yang membaca bismillah untuk memilih jawapan haih macam-macam!.

Tapi matanya tertancap ke arah wajah putih mulus seseorang. Wajah yang sekejap tenang sekejap berkerut membuatkan dia tersenyum sendiri.

Syed pernah menaruh perasaan pada Sara dari mula perjumpaan mereka sewaktu di kafe pada hari pertama dia melapor diri disini.  Bak kata orang jatuh cinta pandang pertama gituww. Tetapi setelah dia mendengar pengakuan Sara tentang dirinya sudah bertunang rasa itu sakit untuk menerima kenyataan. Nak buat macam mana tak ada jodoh dia terima ketentuan itu.

Setelah hampir dua jam lebih masa yang diberi akhirnya sudah hampir di penghujung. Ramai juga pelajar yang sudah menghantar dan masih ramai yang berjuang.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now