Aku yakin dengan keputusan aku. Aku mahu memutuskan hubungan ini, aku tidak mahu ada hubungan lagi dengan Rayyan.
Keluarga aku juga sudah setuju dengan keputusan aku. Umi dan babah hanya menurut tanpa menyoal begitu juga Aiman dan Arfan walaupon pada mulanya mereka agak hairan.
Flashback...
Aku duduk di hadapan Umi dan babah dan kedua adik kembar aku.
Aku meletakkan kertas laporan kesihatan di hadapan mereka. Sudah tiba masa untuk aku bongkarkan semua, tiada lagi rahsia antara kami.
"Apa ni kakak?" soal Datin Suria.
"Laporan.... laporan kesihatan akak" gementar, itu yang aku rasa sekarang.
Dato Nazri terus mengambil kertas itu dan membaca dengan penuh teliti
"Kanser?" luruh hati tuanya membaca laporan itu.
Aku mengangguk perlahan.
Membulat Mata semua.
Datin Suria terus merampas kertas itu dari tangan suami. Dia tak percaya, tak mungkin anaknya sakit!.
"Bila lagi?" soal Dato Nazri lagi.
"Dari lima bulan lepas akak dapat tahu" jawab aku perlahan.
"YA Allah!" jerit Datin Suria.
Luluh hati Dato Nazri mengetahui perkara ini. Dia merasa seperti bapa yang tak guna! Anak sendiri sakit dia tidak tahu.
Aiman dan Arfan terus bangun dan merapati kakak mereka.
"Why kak kau tak bagi tahu kami awal?! Kau tak sayang kami ke? Kau memang suka seksa diri kau sendiri ke?!" geram Aiman. Perkara penting macam ni Sara boleh diamkan sendiri tanpa memberitahu keluarga.
"Akak tak.. Takut. Akak tak kuat untuk kongsi dengan semua orang" bergetar badan aku menahan tangis.
Semakin lebat air mata keluarga Sara mendengar suara sayu itu.
Datin Suria terus bangun dan memeluk erat tubuh anak perempuannya.
"Shhh, Umi ada. Umi kakak kuat, tak apa sayang kakak kalau sakit bagitahu Umi, babah and twins. We here for you. Jangan pendam sendiri lagi ye? Tolong" pujuk Datin Suria.
Aku mengangguk dan membalas pelukan Umi. Erat.
Lega, terlepas satu bebanan.
"Kakak ada permintaan" ujar aku.
Mereka memandang ke arah aku.
"Akak nak putus tunang" pinta aku.
"Babah setuju" Dato Nazri hanya menurut. Dia tahu anaknya terseksa dalam hubungan itu, cukuplah dia biarkan lagi.
"Umi pon. Buat lah apa yang akak rasa baik. Putuskan baik-baik seperti mana mereka datang untuk melamar" pesan Datin Suria.
Aku tersenyum nipis.
Aiman dan Arfan hanya mengikut tanpa membantah. Apa pun kebahagian kakak mereka menjadi keutamaan sekarang.
End Flashback.
Ya kini aku berada di hadapan banglo milik daddy Harris. Seperti mana Umi katakan putus secara baik seperti mereka melamar dengan cara baik.
Ting tong...
Selepas tiga minit menunggu akhirnya pintu pagar dibuka. Aku masuk selepas dipelawa oleh bibik ijah.
"Assalamualaikum" ucap aku.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...