BAB 33

3.7K 115 5
                                    

Danish dan Aiden melangkah masuk ke dalam butik milik ibu Danish dengan penuh bergaya tapi muka ketat sahaja. Tiada lagi wajah nakal Aiden pamerkan setelah insiden menumbuk Rayyan tempoh hari.

"Assalamualaikum ibu" Danish menyapa dan menyalam tangan lembut milik Puan Danisha.

"Waalaikumsalam, tak bagitahu Aiden ikut sekali" ramah Puan Danisha.

Aiden hanya tersengih.

"Rindu ibu la" Aiden memang rapat dengan ibu Danish kerana ibu Danish sempat menjadi ibu susuannya untuk tempoh sebulan.

"Eleh nak bodek la tu" usik Puan Danisha.

Mereka ketawa.

Puan Danisha terus berjalan menuju ke ruang duduk diikuti Aiden dan Danish.

"Danial cakap nak datang mana?" soal Danish.

"Hantar kawan dulu katanya" balas Puan Danisha.

Senyap antara ketiga orang itu selepas balasan Puan Danisha tadi. Danial adik dongsu Danish, mereka hanya dua beradik tak ada rezeki mempunyai anak perempuan tapi itu pun Puan Danisha sudah bersyukur.

"Aunty Sha... Ouh maaf Irah tak tahu ada tetamu" terkejut Nadhirah melihat dua jejaka itu di butik.

"No Irah come. Ada apa" panggil Puan Danisha.

"Ermm Tengku Izam dah datang Aunty" jawab Nadhirah.

Puan Danisha mengangguk.

"Kamu berdua duduk dulu nanti ibu datang balik. Irah buat kan air buat Danish dan Aiden ye" pinta Puan Danisha.

Nadhirah menurut.

Selepas siap membuat air Nadhirah terus membawa dulang itu keruangan yang diduduki Danish dan Aiden.

"Jemput minum" tegur Nadhirah.

"Thanks Nadhirah" ucap Aiden tersenyum manis.

Nadhirah membalas dengan senyuman.

"Tak payah nak berbalas senyum sangat aku karate nanti!" sindir Danish.

"Suka hati saya la muka saya awak sibuk apahal!" bidas Nadhirah dan terus beredar.

Aiden ketawa kuat.

"Tu pun nak jeles bro?" geli hati melihat wajah cemberut Danish.

"Diam kau aku sepak nanti" ugut Danish.

"Uuuu tacod kite wak" provok Aiden.

Danish menendang kecil belakang Aiden.

"Ish kita lepak ni nak cakap pasal semalam bukan nak main!" marah Danish.

Aiden tersengih.

"Biarla la dia terseksa dulu Nish, Biar dia rasa sakit yang Sara rasa dulu" malas Aiden mahu membahas soal Rayyan. Kalau tak diberi pengajaran masih disanjung ego tu!.

Semalam Riyad menelefon Danish selepas Aiden tidak mengangkat panggilannya. Boleh pula mereka lepak di mamak semalam jadi dapat lah Aiden dengar sekali apa yang jadi.

Riyad menceritakan semua apa yang jadi semalam, mereka juga turut merasa simpati tapi mereka hanya diam tanpa menolong mahu melihat kesungguhan Rayyan mencari Sara terlebih dahulu.

***










Sudah tiga hari Sara tidak sedarkan diri sejak pulang dari rumah Puan Sri Catrina. Tiga hari itu juga keluarga Dato Nazri berkampung di wad kecemasan itu.

Aiman dan Arfan hanya diam memerhati tubuh kaku di atas katil itu. Air mata usah dia tanya sudah banyak berkurang kerana tiga hari tanpa henti menangis. Ditambah Umi mereka dari hari pertama Sara dimasukkan ke hospital tidak mahu makan selagi Sara tidak bangun.

"Suria pergi solat dulu lepas tu datang balik OK?" pujuk Dato Nazri.

Datin Suria mengangguk.

"Tengokkan kakak, kalau ada apa-apa cepat panggil Umi dan babah" pesan Datin Suria.

Kembar itu mengangguk. Mereka terus mengambil tempat disofa yang disediakan di wad vip itu.

"Rayyan dah tak call kau Ar?" soal Aiman sambil menatap tubuh kaku di atas katil itu.

"Ada pagi tadi tapi aku dah block" senada Arfan membalas.

"Tak sangka kan dia terpaksa terima akak" perit hatinya mendapat tahu kakaknya dipermainkan.

Bagaimana mereka tahu? Nadia menghantar rakaman itu sekali lagi pada Sara untuk tujuan 'bukti' pada keluarga Sara. Huh dasar perempuan sihir!.

"Nasib aku tengok fon akak kalau tak sampai bila-bila akak tak bagi tahu. Yang kita tahu dia putus sebab sakit" sinis Aiman.

Kalau boleh sekarang juga dia mahu pergi berjumpa Rayyan dan menumbuk seteruk-teruknya wajah Rayyan. Tapi dia menahan diri kerana dia tidak mahu Rayyan atau keluarga Rayyan tahu tentang keberadaan mereka sekeluarga.

Keluarga Tan Sri Harris belum tahu tentang sakit Sara kecuali Riyanna. Disebabkan oleh itu Aiman, Arfan sudah bersepakat dengan Dato Nazri untuk merahsiakan dari mereka. Cukuplah berurusan dengan mereka, jika Sara sedar pun dia tidak mahu keluarga itu tahu.

Sedang masing-masing melayan perasaan tiba-tiba mesin yang menyambung dibadan Sara berbunyi nyaring.

Aiman terus sahaja berlari keluar untuk memanggil dokter.

Keadaan menjadi kelam kabut. Badan Sara tiba-tiba mengeletar teruk, dokter Dan nurse terus masuk untuk memeriksa keadaan Sara.

"Tunggu di luar ya Encik" pinta Nurse.

Aiman dan Arfan sekali lagi mengalirkan air mata.

Datin Suria dan Dato Nazri yang melihat anak lelaki mereka berada di luar terus berlari ke arah mereka.

"Man, Ar kenapa dengan kakak?" soal Datin Suria takut.

"Tak tahu, tiba-tiba akak mengeletar teruk Umi" teresak-esak Arfan memberitahu.

"Allah Sara" jatuh tubuh tua wanita itu tapi sempat disambut sang suami.

"Shhh inshaallah tak ada apa Ria?" bisik Dato Nazri sambil menggosok tubuh isterinya.

Dia juga tidak kuat tapi apakan daya? Isteri dan anaknya perlu kan dia sebagai bapa. Apa yang mampu dia lakukan hanya berdoa kesembuhan anak perempuan satu-satunya itu sembuh dari sang pencipta.






















Ha apa jadi? Sara MATI dah ke?



















THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now