BAB 8

1.9K 87 2
                                    

Sudah seminggu aku menunggu Jawapan dari abang Rayyan. Dan seminggu itu jugalah dia hanya mendiamkan diri.

Tuk tuk

Aku melihat ke arah pintu bilikku.

"Kakak turun mummy Rina datang" ujar Datin Suria.

Aku mengangguk Dan terus menyalin pakaian yang lebih sesuai Dan turun ke bawah. Semasa aku turun aku melihat mummy Rina Dan Ana sahaja yang datang.

"Assalamualaikum mummy" sapa aku sopan Dan terus menyalaminya.

"Waalaikumsalam sayang" balas Puan Sri Catrina sambil tersenyum manis. Riyanna di sebelah hanya menjeling perilaku mummy nya.Aku terus mengambil tempat di sebelah Umi.

"Aku datang sini untuk sampai kan hajat aku dan keluarga" Puan Sri Catrina memulakan bicara.

"Rayyan dah setuju untuk langsung kan pertunangan" ujarnya lagi dengan nada yang cukup gembira.

Aku yang mendengar itu terus terkaku. Aku tak salah dengar kan? Abang Ray setuju untuk bertunang dengan aku kan?.

"Alhamdulullah kami ingat dah tak jadi untuk satukan mereka" balas Datin Suria gembira. Siapa yang tak gembira kalau dapat berbesan dengan kawan baik sendiri.

"Mesti jadi Ria" yakin Puan Sri Catrina.

Sedang mereka menyambut kegembiraan itu aku hanya diam tanpa mencelah.

"Sara tak suka ke?" soal Puan Sri Catrina.

Aku terus melihat ke arah mummy Rina dan tersenyum manis.

"Sara suka! Terima kasih mummy, Umi restu hubungan Sara" ucap aku ikhlas.

Mereka tersenyum gembira Dan terus menetapkan Tarikh pertunangan dalam masa yang terdekat.

***












" Okay itu sahaja untuk mesyuarat kita kali ini. Saya harap dah tak ada lagi yang buat kerja sambil lewa yang boleh buat kita kerugian besar. And And I hate traitor!" tegas Rayyan.

Pekerja yang mendengarkan perkataan traitor itu sahaja sudah kecut perut. Walaupun baru sebulan Rayyan pulang sudah ramai yang dipecat olehnya hanya kerana perkara remeh.

Rayyan terus melangkah keluar Dan menuju ke biliknya. Dia duduk di kerusi empuk miliknya Dan terus melelapkan Mata. Dia terlalu penat memikir banyak perkara.

Flashback..

"Mummy tak boleh paksa Yan untuk kahwin dengan dia! Yan dah besar dah 28 tahun I can handle myself dan Yan ada gak untuk tentukan dengan siapa Yan nak kahwin. Ini soal hidup Dan mati Yan!" amuk Rayyan

Adik-adiknya hanya diam mendengar pertengkaran antara abang Dan ibu bapa mereka.

" Mummy tahu apa mummy buat Yan! Jangan naikkan darah mummy dengan perangai budak-budak Yan tu. Mummy dah cukup bersabar dengan Yan"Marah Puan Sri Catrina.

"Heh, Yan budak-budak?. Habis tu mummy tak rasa yang diri mummy tu budak-budak juga ke? Paksa anak untuk kahwin dengan pilihan mummy?" sinis Rayyan.

"Bagus lagi pilihan mummy dari pilihan Yan yang tak tahu malu tu!" balas Puan Sri Catrina tak kurang juga sinisnya.

Mencanak tinggi amarah Rayyan mendengar kata mummynya.

"Apa kurangnya Nadia? dia baik, selalu  ada dengan Yan bila Yan perlu kan seseorang Dan paling penting Yan cinta kan dia Dan dia cinta kan Yan!" tegas Rayyan menuturkan ayatnya.

"Betul dia cinta kan Yan? Kalau betul mana dia sekarang? Kenapa dia tak ada bila sekarang Yan perlu kan dia?. Cukuplah Rayyan Eskandar jadi bodoh sebab perempuan macam tu!" bidas Puan Sri Catrina.

"Dia tinggal kan Yan sebab mummy! Mummy ugut dia untuk tinggal kan Yan! Mummy mungkin ingat mummy berjaya pisah kan kami tapi sampai mati pun cinta Yan pada dia tak akan pudar! Mummy nak Yan kahwin dengan budak tak guna tu kan? Fine I did! But once she entered into my life don't regret that she always suffered when  she me with!. Until her last breath she will never happy her choise! Mark my word Puan Sri CATRINA! " Rayyan terus pergi meninggalkan keluarganya selepas menuturkan kata yang kejam itu.

Riyad Dan Rayden saling berpandangan Dan mereka menelan Air liur. Sampai begitu sekali abang mereka membenci Sara Aleaya. Apa yang wanita itu lakukan sampai dibenci sedemikian Rupa.

"Kenapa Yan? Kenapa susah sangat untuk kamu terima. Jangan satu hari nanti kamu menyesal dengan kata-kata kamu. Waktu tu dah tak ada apa yang kamu dapat pertahankan lagi!" Puan Sri Catrina kecewa dengan sikap anak lelaki sulungnya itu.

"Apa yang bagus sangat perempuan tu" bisik Riyanna.

End Flashback
***
















Selepas sahaja menunaikan solat isyak Sara berzikir bagi menenangkan hati yang gusar.

"Ya Allah, betul ke keputusan aku untuk menjadi pendampingnya?. Kenapa susah sangat ujian yang Engkau beri pada ku?. Aku tahu tak sepatutnya aku menyoal ujian Dan perkara yang Engkau tetapkan tapi ujian ini terlalu berat Ya Allah. Aku tak mampu, aku tak kuat. Jika benar dia bukan jodohku Ya Allah aku mohon beri petunjuk pada diri ku Ya Allah tetapi jika benar dia jodohku lembutkan lah hatinya untuk menerima Takdir Yang telah Engkau tetapkan buat kami berdua" air mataku terlalu murah jatuh apabila memikirkan tenang dia.

Aku termenung sendiri selepas mengaminkan doaku tadi.

Betul ke keputusan aku untuk berkahwin dengan nya?.

"Kalau lah aku dapat putarkan masa, aku berharap sangat hati ini tak pernah terpaut pada dia. Iya aku tahu ini Takdir Dan ujian buatku. Berdosa menidakkan qada Dan qadar Allah tapi apa pilihan yang aku ada selain berharap dia tidak muncul dalam diri ku" bisikku sendiri.

"Ya Allah aku mohon moga hari esok aku masih dapat tersenyum tanpa memikirkan perkara yang menyakitkan" aku mengusap dada yang terasa amat perit. Sakit yang tidak dapat aku gambar kan, tetapi hanya mampu aku tuturkan bahawa aku sakit. Sakit yang tidak mampu siapa pun menyembuhkan selain Dia. Sang pencipta.

Akhirnya aku terlena di tikar sejadah. Tidur dengan air Mata yang tak akan pernah kering.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now