"Pak long mama panggil makan!" jerit seorang budak lelaki.
Rayyan yang sedang enak menghayati angin laut itu tersentak mendengar jeritan anak buahnya. Terus melebar senyuman Rayyan apabila melihat kanak-kanak lelaki itu berjalan mendekati dirinya.
Terus sahaja Rayyan duduk mencangkung bagi menyamai kedudukan dengan anak buahnya Afiq Rihal anak kepada Riyanna dan Aiman. Siapa sangka cinta yang sekerat jalan dulunya berakhir di jinjang pelamin.
"Iya? Kejap la pak long nak ambil angin" balas Rayyan sambil menggosok kepala Afiq.
"No! Mama cakap kalau pak long tak nak ikut Fiq boleh gigit pak long" petah kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu bercakap.
Terlepas tawa Rayyan. Mak dan anak sama saja sengal!.
"Baik tuan mari kita pergi nanti tak pasal mama awak tu jadi harimau pulak ye" ajak Rayyan dan terus menyambut tangan kecil itu menuju ke arah tempat BBQ yang ditempah mereka sekeluarga.
Belum sempat kaki mencecah lantai chalet Rayyan sudah mendengar jeritan nyaring memanggilnya.
"Daddy!!" jerit Safinas.
Terus sahaja anak gadis itu berlari menuju ke arah Rayyan dan memeluk erat tubuh sasa itu, tidak ketinggalan Safinas meletakkan kepalanya di leher Rayyan sambil teresak-esak menangis pakej dengan hingus meleleh lagi!.
Rayyan terus membalas pelukan anak gadisnya sambil ketawa kecil.
"Sapa buat anak daddy ni hm? Bagitahu daddy biar daddy cepuk dia! Biasa dia kacau anak dara daddy ni" pujuk Rayyan. Safinas anak ayah yang manjanya terlampau sangat! Baru sahaja melakukan suara keras sudah tercebik gadis itu belum sempat mahu memujuk sudah meraung.
"Aba.. Aban.. Abang Ajik tak kasi I as main laut huarghhhhh" makin kuat ruangan Safinas terkenang nasib diri dihalau ketika mahu mandi laut bersama pak ngah dan abang sepupunya yang lain.
Alahai anak itu pun drama lebih ke?.
"La Inas kata nak mandi dengan daddy petang nanti" ujar Rayyan berpura-pura merajuk.
Terus Safinas mengangkat muka dan menatap wajah si ayah dengan wajah yang comot dengan hingus.
"Alah tapi tu kan petang? Inas nak mandi sekarang" balas Safinas dengan pelat. Baru umur 4 tahun pelat la cakapnya.
"Hmm ingat dah tak mau mandi dengan daddy" sengaja dia membuat suara seperti marah untuk melihat reaksi si anak.
"Eh no la daddy Inas nak mandi ngan daddy! Tapi mama cakap boleh mandi dulu dengan Pak Ngah" pujuk Inas. Mahu si Inas ni mahu melawan Rayyan nanti siapa mahu menyokong dirinya apabila dibahan Ajik dan Afiq? Tak boleh, tak boleh!.
"Iyalah sayang daddy jom pergi dekat Tok My" ajak Rayyan.
Safinas mengangguk laju.
"Ha mengadu apa pula kali ni?" Tanya Puan Sri Catrina.
"Ajik tak kasi dia mandi laut sekali" cerita Rayyan sambil tergelak kecil mengingat wajah si anak ketika mengadu tadi.
Tergeleng-geleng kepala Puan Sri Catrina.
"Manja betul cucu Tok My ni ya" geram dengan pipi tembam si cucu terus sahaja dia mencubit.
"Tok My cannot!" marah Safinas.
Tergelak Puan Sri Catrina.
"Baik lah tuan Puteri" balas Puan Sri Catrina.
Tercari cari Rayyan Kelibat si isteri, dari mula dia keluar sehingga sekarang sudah pulang juga tidak kelihatan.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...