Harini keluarga aku dan keluarga daddy Harris akan pergi becuti ke Pulau Redang.Hampir dua minggu keluarga kami merancang akhirnya hari ini tiba.Dapat la jugak aku bercuti sebelum semester baru bermula.
''Kakak dah siap belum?''soal Dato Nazri.
Aku yang sedang bersiap itu gelabah mendengar laungan babah dari bawah.
''Kejap akak dah nak turun!''balas aku dan terus mengambil barang-barang yang hendak dibawa.
Seusai aku turun ke bawah aku melihat babah sudah siap dan sedang memanaskan enjin di luar rumah.Umi pula sedang menyuruh Pak Latif untuk menyusun barang ke dalam kereta.Kembar itu masih sempat bermain PUBG di ruang tamu.
''Aiman,Arfan barang korang dah letak dalam kereta ke?''soal aku.
Mereka mengangguk tanpa melihat ke arah aku.
Malas mahu kesah aku terus menarik beg pakaian aku dan terus menuju ke arah babah.
Selepas aku meletakkan beg pakaian, aku terus masuk ke dalam kereta sambil menunggu umi menghabiskan kerjanya.
''Hmm dia ikut ke tak eh? Kalau dia ikut agak-agak dia masih layan aku macam dulu tak?''soal aku sendiri.
''Mesti dia masih benci dekat aku kan? Jahat sangat ke aku?''.
''Kak kau gila ke cakap sorang-sorang?''sergah Aiman.
Aku terkejut dengan sergahan tiba-tiba itu.
''Sibuk la kau''marah aku.
''Eleh tak sabar la tu nak jumpa buah hati''usik Aiman lagi.
Arfan dan Aiman ketawa.
''Mesti la kakak kamu tak sabar dah lapan tahun tak jumpa''usik Umi pula.
Merah muka aku menahan malu.
''Mana ada la umi.Tah-tah dia pun tak nak jumpa akak''balas aku berjauh hati.
Hanya aku sahaja yang tahu situasi diantara aku dan Abang Rayyan.
''Dah-dah jom nanti lambat pulak kita nak sampai sana''celah Babah.
Kami meneruskan perjalanan kami ke Pulau Redang.
***
Setelah hampir 5 jam perjalanan akhirnya kami sampai di destinasi percutian kami.
Aku terus mengambil langkah untuk mengambil tempat sementara menunggu babah untuk mendaftar masuk ke bilik yang ditempah.
"Akak petang ni kita mandi pantai nak" soal Aiman sambil menempel ditepi aku seperti kucing parsi.
"Kalau tak nak?" saja aku menduga.
"Kalau akak tak nak Man ajak Arfan tak payah tolong akak apa-apa lagi bila akak mintak tolong" ugut Aiman.
Aku menjuling Mata ke atas.
"Gedik eh tak padan dengan lelaki tahu nak ugut je" terus aku cubit pipinya.
"Ala kak jom la bukan selalu kita datang sini, nanti akak dah balik kolej kita orang dah sibuk susah nak jumpa tolong la" ujar Arfan pula.
Aku terus berfikir, malas sebenarnya tetapi ikutkan sahaja ka lagipun sudah lama kami tidak bercuti sejak kami mula melanjutkan pelajaran dengan babah yang sibuk dengan syarikat.
"Boleh la" balas aku.
"kakak, Aiman, Arfan sini!" panggil babah.
Kami terus menuju ke arah babah dan melihat keluarga daddy Harris sudah berada disitu.
Kami terus menyalam mereka Dan Kembali diam di tempat kami di sebelah Umi.
"Aku dah dapat kunci, ni kunci bilik kau Dan anak-anak ada apa-apa bagi tau aku la ye?" ujar Babah.
Mereka mengangguk Dan kami mengambil langkah ke bilik masing-masing.
Aku terpaksa sebilik dengan Riyanna atas arahan daddy Harris dan babah. Muka Riyanna tersangatlah tak suka bila mendengarkan itu tetapi aku tenang saja asalkan ada katil untuk tidur aku dah bersyukur dari tak ada apa apa tempat untuk aku melepaskan penat.
Masuk sahaja ke dalam bilik aku terus menuju ke arah katil.
"Ana ada masalah ke sebilik dengan akak?" akhirnya aku menyoal.
"Akak rasa?" Balasnya sinis.
" kalau ada kenapa mind to share with me?" Lembut aku balas. Kalau balas kasar memang tak jalan.
Dia berdecit.
"Mind your own business akak" terus dia mengambil langkah ke bilik air selepas mengungkap kata yang agak menyakitkan itu.
Aku tersentap.
"Adik dengan abang memang mulut tak ada insurance eh? nasib la aku jenis penyabar jugak kalau tak lima jari melekat kat pipi putih tu" bebel aku sendirian Dan terus tidur malas mahu memanjangkan cerita.
Selepas asar aku turun ke bawah untuk mandi pantai bersama adik kembarku seperti yang dijanjikan. Riyanna? Entah dah selamat masuk kandang harimau kot jumpa kawan dia opss.
"Arfanku..." panggil aku manja.
Arfan yang mendengarkan itu terus berpaling Dan tersenyum manis sambil mendepakan tangan untuk menyambut pelukan aku.
"Mana Man? Kata nak mandi" soal aku sambil memeluk badannya erat.
"Ada teman Umi dengan Umi angkat barang untuk bbq malam ni" balas Arfan.
Aku mengangguk.
Tiba-tiba ada yang mencelah di tengah.
"Nak peluk ingat la adik yang lain you ada dua adik lelaki tau" sampuk Aiman yang entah dari mana datang.
"Eleh over betul kau bila akak nak peluk selalu taknak ni tiba-tiba nak peluk dah kenapa nak mati eh" balas aku sarkastik.
Terbeliak Mata Aiman mendengar kata kakaknya. Arfan sudah tertawa.
"Jahat betul" terus muncung mulut lelaki itu.
Aku tersenyum dan memeluknya erat.
"Ala akak gurau je my handsome boy" pujuk aku.
Akhirnya tersenyum juga.
"Ehem"
Kami berpaling.
Rayden Ervan adik lelaki kepada Rayyan Eskandar datang menyapa kami.
"Kalau kita orang join sekali boleh?" solanya.
"Siapa lagi? Soal Arfan.
" Aku, Yad Dan Yana. Abang Yan ada hal so boleh kan?.
Kami mengangguk tanda setuju.
Kami gembira bermain air hubungan aku dan adik kembar abang Ray jugak semakin rapat kecuali Yana.
Aku perasan jugak abang Ray sedang memandang kami bermain tanpa datang menyapa. Mungkin sebab aku ada sekali mungkin biarlah aku tidak mahu membangkitkan kemarahannya.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...