BAB 24

2.2K 94 6
                                    

Kehidupan aku tidak lagi seceria dulu. Kini aku lebih menyendiri dari pandangan orang lain kerana aku tidak mahu mereka melihat keadaan aku sekarang.

"Akak jom keluar" ajak Aiman.

"Malas la Man" tolak aku lembut.

"Ala kak kita dah lama tak spend time sama-sama tak kan la kau nak sia-siakan!" pujuk Aiman lagi.

Aku diam sejenak.

"Hmm boleh la, tapi jangan lewat sangat akak tak larat" setuju aku.

"Cun! Jap aku ajak Ar siap" terus Aiman berlari naik ke bilik selepas mendengar persetujuan aku.

Aku hanya tersenyum kecil.

Tiada siapa yang tahu tentang penyakitku. Bagi aku sekarang bukan waktu yang tepat untuk aku cerita kan pada mereka, biarlah rahsia ini terbongkar dengan sendiri. Tidak tahu lebih baik mungkin?.



Selepas bersiap aku turun ke bawah dan menuju ke arah dua lelaki yang segak berpakaian t-shirt polo bewarna hitam dikengkapi topi di kepala.

"Hai boys jom" ajak aku.

"Kejap!" halang Aiman.

Aku berhenti dari berjalan Dan menoleh ke arah mereka berdua Dan mengangkat kening tanda mengapa.

"Akak are you okay? Kenapa pucat sangat muka ni" risau Arfan melihat wajah kakaknya yang dulu sentiasa manis ditemani senyuman manis kini hanya putih pucat.

Aku hanya tersenyum nipis menutup rasa gugup aku pada mereka.

"Tak ada apa la. Akak cuma tak sihat sikit selsema, tak payah risau la" pujuk aku.

"Betul?" soal Arfan lagi.

Aku mengangguk.

Aiman yang memerhati juga berasa was-was dengan sikap pelik kakaknya sejak akhir-akhir ini. Entah mengapa dia merasa kakaknya sedang sedaya upaya menyembunyikan sesuatu perkara yang amat penting dari mereka semua.

" Eh boys, akak nak pergi mana?" sampuk Dato Nazri.

Kami berpaling.

"Keluar date babah" balas Aiman.

"Amboi dah tak ingat Umi dengan babah nampak" tambah Datin Suria sambil menarik muncung mulutnya kerana anaknya menghiraukannya.

Kami tertawa kecil.

"Kami nak pergi main bowling la Umi. Kalau ajak Umi sah Umi tak nak pergi sebab susah la, lama la, apa la" bebel Aiman lagi.

Panas hati Datin Suria mendengar sindiran anaknya.

Aku tercuit melihat Umi merajuk. Aku menuju ke arah Umi dan memeluk lengannya.

"Umi nak pergi ke? Jom kita lawan bowling dengan Aiman. Dia kalah dia belanja Umi beg Gucci" ajak aku.

"Umi on! Aiman ingat Umi tak pandai main kot asyik nak remehkan Umi" laju Datin Suria setuju kerana dia mahu membalas dendam pada anaknya.

Dato Nazri ketawa kuat melihat Karenah manja isterinya.

"Amboi yang dah lupa suami nampak" sindir Dato Nazri.

"Ala abang patut sokong saya!" marah Datin Suria.

"Iya la jom kita join diorang, kita kalah kan anak teruna awak tu" pujuk Dato Nazri.

Terus tersengih Datin Suria dan dia terus melangkah kebilik untuk mengambil beg tetapi sempat menjeling anak terunanya.

"Mampus aku!" ujar Aiman perlahan.

Aku dan Arfan ketawa kuat melihat wajah takut Aiman.
























THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now