"Ish tak guna betul la jantan tu!" maki Bella.
"Bell words" tegur Haikal.
"Ish bie you patut sokong I marah jantan tu, dia dah duakan my best friend! My one and only bestfriend. Hou could he did that to her" air Mata Bella mulai turun.
"I tahu sayang, I pun sakit hati bila dia buat macam tu tapi apa yang kita boleh buat? pergi bunuh dia macam tu?. It's not how we solve the problem love" pujuk Haikal.
Sedih pulak dia melihat Bella yang tidak berhenti menangis sejak mereka keluar dari kedai pakaian di pusat membeli belah tadi. Kini dia yakin Bella sangat sayang pada Sara sanggup lakukan apa sahaja demi melihat orang yang kita sayang gembira.
"I know but.... dia kalau dah ada orang lain kenapa dia mesti setuju untuk kahwin dengan Sara? Why?!. Dia tak fikir ke kalau dia buat macam tu akan buat Sara bencikan dia? akan lukakan Sara" lirih suara Bella terkenang wajah manis sahabat baiknya itu. Wanita itu terlalu polos untuk disakiti dan tersakiti. Dia dah terlalu banyak merana!.
"Walau apa pun kita jangan putus doa untuk kebahagian mereka, sebab senjata umat Islam adalah doa kan? Jadi awak doa kebahagian Sara okay love?" pesan Haikal.
Bella mengangguk. Ini sebab dia jatuh sayang pada Ruhaikal lelaki itu terlalu sopan dan lemah lembut. Ditambah perangai gilanya itu Ruhaikal tetap sabar melayan walaupon masih ramai gadis yang layak berdamping dengannya.
" Selalu ada dengan I okay bie, I sayang you" ucap Bella sambil menatap wajah kacak Ruhaikal.
"Inshaallah love, selagi Allah izinkan" balas Ruhaikal tersenyum manis.
***
Sejak akhir-akhir ini sakit aku makin menjadi-jadi. Disebabkan hal ini aku kerap menyendiri dari keluarga dan rakan-rakan yang lain. Ini sangat bukan diriku!. Aku benci terlihat lemah sebegini, aku mahukan Sara Aleaya yang dulu.... Sara Aleaya yang mampu bergurau senda bersama keluarga tanpa menyembunyikan apa - apa dari pengetahuan semua. Aku mahukan itu...
"Sakit ini sebagai penghapus dosa. Disebabkan ini aku kuat Ya Allah, kerana aku tahu Engkau tidak akan menghantar sesuatu ujian jika aku tidak mampu menghadapinya" aku bersandar di tepi katil dan memeluk kedua lutut aku sambil menghayati angin petang dari balkoni bilikku.
Aku ada menghubungi Ray dua hari ini kerana kali terakhir kami berhubung adalah ketika kami bercuti di Genting Highlands minggu lepas.
Tapi panggilan sering kali ditolak selalunya laju sahaja dia membalas tetapi kini hanya tinggal voice mell. Mesej aku jugak hanya dibaca jika aku bertuah dia akan membalas tetapi hanya satu atau dua perkataan sahaja.
"Dia sudah berubah hati ke sebab aku tanya soalan itu padanya?" bisik aku pada diri sendiri.
Flashback.....
"Ray..." panggil aku kepada Rayyan yang sedang memandu itu.
"Hmm" balas Rayyan acuh tak acuh.
"Sara tanya jangan marah eh" soal aku takut-takut.
"Hmm" masih itu yang dibalas.
"Kalau la kan.... Kalau ditakdirkan kekasih hati Ray balik pada Ray semula.. Ray akan terima dia balik tak?" soal aku I gin tahu. Aku tertanya-tanya sebenarnya, ialah sejak dia dan keluarga pindah dari Melbourne tak pernah pun aku rasa dia bersama perempuan lain lebih tempat kekasih hati ketika di majlis hari jadinya 17 tahun lepas.
" Mungkin aku terima dia balik" ringkas Rayyan menjawab.
Aku tersentak.
"Habistu kita?" Tanya aku.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...