Rayyan melangkah masuk ke dalam wad yang ditempatkan Sara. Dalam hati sudah bergelora teruk takut akan penerimaan Sara.
"Sara" panggil Rayyan.
Aku hanya diam tidak membalas, mata masih lagi melihat ke arah tingkap memerhati keindahan ciptaan Allah.
Rayyan mengambil tempat di kerusi di sebelah aku. Aku tahu dia merenung aku tapi aku hanya diam tanpa menoleh ke arahnya.
"I'm sorry" ucap Rayyan.
"I'm sorry for everything sayang" pinta Rayyan.
"Balik Rayyan. Saya tak perlu kan awak dekat sini" aku tidak mahu perasaan aku berpatah balik untuk menerimanya takut pendirian aku tidak tetap jika menatap wajah itu.
"But I need you. Walaupon Sara tak perlu kan Ray tapi Ray perlukan Sara sangat. Tiga minggu Sara hilang tanpa pesan buat kan Ray sesak sangat. Hari-hari tanpa gelak tawa dan loyar buruk Sara buat kan Ray kosong" sungguh itu apa yang dirasa Rayyan selama kehilangan Sara. Yang menemani kesunyiannya hanya la sebutik cincin yang dihadiahkan Sara ketika di Genting.
"Cukup la berlakon Rayyan, lakonan awak dah tak valid dekat sini" sindir aku.
"Sumpah! Demi Allah Ray sunyi tanpa Sara. Tak ada satu saat pun Ray tak ingat Sara! Percaya lah" ucap Rayyan yakin.
Aku menoleh.
"Betul?" Tanya aku.
Rayyan mengangguk laju.
"Jadi dah jumpa saya kan? Boleh pergi tak?" walau kedengaran kejam hanya itu dia mampu lakukan supaya dia masih kuat untuk menegakkan tembuk yang aku bina dalam diri ini kerananya.
"Tak boleh dan tak akan!" tekad Rayyan.
"Cakap la apa Sara nak cakap I only will stay until everything was under control. Cukup la Sara dah pergi dari Ray tiga minggu yang sangat menyeksakan tapi bukan lagi selepas ini. Itu janji Ray!" pesan Rayyan.
Aku mengeluh. Rayyan Eskandar keras kepala dah kembali.
" Really? So awak rasa saya terima la kehadiran awak macam tu? "provok aku pula.
Rayyan hanya memekakkan telinga dan menukar tempat di sofa membaringkan badan.
" Ughh selesanya.... "
" Rayyan!" aku menjerit kecil.
" Shuhh sayang jangan buang tenaga nanti sakit abang Ray susah" ingat Rayyan.
Ya Allah menyampahnya! Kalau aku tak sakit sekarang juga aku lunyaikan seorang Rayyan Eskandar.
"Stupid" maki aku dan terus menyelubung di dalam selimut.
"Maaf Rina bukan aku tak nak bagi tahu tapi Sara halang" Datin Suria memohon maaf.
"Aku faham mesti dia takut jadi macam dulu lagi" Puan Sri Catrina mengusap tangan sahabatnya.
Mereka tersenyum.
"Baguslah dah berbaik" ucap Tan Sri Harris.
"Hmm apa yang penting kesihatan Sara sekarang aku tak sanggup tengok keadaan anak aku macam tu lagi" balas Dato Nazri.
Mereka mengangguk.
Aku keluar ke taman bawah sekejap ditemani Arfan. Saja mahu ambik angin bosan juga asyik terperap di dalam wad itu boleh sesak dada dan otak!.
"Akak Ar pegi kafe jap lapar" beritahu Arfan.
"Pergilah akak nak air milo satu" pesan aku.
Arfan menurut dan terus melangkah meninggalkan tempat itu.
Seronok mengambil angin disini rupanya, nyaman sahaja.
"Sara?".
Mata dibuka.
"Dr?" tegur aku.
Syed tersenyum.
"So betul awak sakit?" duga Syed.
Aku tersentak. Bella bagitahu dia ke? Tak silap aku sudah tak ada kelas Dr Syed.
"Stop overthingking" balas Syed.
Aku sudah mengerut kan dahi.
"Tempoh hari awak pernah tanya saya kan kalau saya ada partner yang sakit adakah saya akan stay dengan dia" beritahu Syed.
Ouh haah la! Apa la kau ni Sara muda lagi dah lupa!.
"Sakit biasa je Dr" malas mahu mengulas lebih lanjut tentang sakit aku.
"Biasa atau tak tetap awak menderita menahan sakit kan?" Syed mengambil tempat di batu tempat pokok ditanam.
"Hmm perit juga la" balas aku dan termenung sendiri.
"How about you and your fiance?" tanya Syed.
"Dah putu......"
"Still together" sampuk Rayyan.
Aku dan Dr Syed menoleh.
"Yan?" terkejut Syed melihat rakan ya berada disitu.
Aku sudah hairan mereka kenal ke?.
"Wasap bro" Rayyan terus menghulur tangan untuk bersalaman dengan Syed.
Syed membalas.
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Syed.
Mucung mulut Rayyan menunjuk ke arah aku.
"Meet my fiancé" Rayyan memperkenalkan aku pada Syed.
Hancur hati Syed mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Rayyan. Jadi selama ini Sara bertunang dengan kawannya sendiri? Sungguh tidak sangka!.
Kelat wajah yang Syed pamerkan.
"Ouh tahniah" ucap Syed.
"Thanks" balas Rayyan.
"Nanti jemput la datang majlis kami inshaallah kalau tak ada apa - apa" ajak Rayyan.
Aku sudah panas hati. Bila aku mahu berkahwin dengan dia? Hilang ingatan agaknya lelaki yang bernama Rayyan ini. Tak tahu malu betul dia aku nak kahwin dengan dia selepas dah buat aku sedemikian rupa?!.
"Inshaallah, aku minta diri dulu ibu aku dah tunggu dekat atas" pamit Syed.
Aku dan Rayyan tersenyum.
Hilang sahaja kelibat Dr Syed aku terus menumbuk perlahan perut Rayyan.
"Auuuuu" adu Rayyan.
"Tak payah nak auuu sangat la. Dengar sini jangan nak memandai cakap kita nak kahwin faham?!" tegas aku. Dengan lelaki ini perlu menggunakan nada yang betul jika tidak di salah tafsir!.
"Tak faham" geleng Rayyan sambil membuat muka nakal.
"Tepi!" terus aku menolak dia ketepi untuk naik ke atas.
"Let me help" ujar Rayyan.
"No need!" tolak aku.
"Ar tak ada dia dah naik atas Ray suruh. Jangan nak acah kuat kalau dah tahu tak mampu" marah Rayyan.
Dan aku pasrah lagi di pangkuan lelaki itu. Urghh hati tolong la sambung kan pada otak untuk buang memori dan menolak pelawaan lelaki ini aku tak nak menaruh hati lagi!.
Esok pulak saya sambung. Maaf agak pendek dan kurang best. Terima kasih sudi baca dan terima kasih untuk waktu awak semua ❤️❤️
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...