BAB 32

3.8K 124 24
                                    

Rayyan yang baru sahaja sampai terus meletakkan keretanya di garaj milik keluarganya.

Dia baru sahaja pulang dari Penang atas urusan kerja, baru sahaja I gin pulang ke rumah sendiri Rayden sudah menelefon untuk pulang ke rumah mummy kerana katanya ada hal mustahak yang ingin dibincang. Dia hanya menurut.

Keluar dari kereta dia terus menapak masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum" ucap Rayyan. Masuk sahaja di melihat adik-adiknya muka suram sahaja tak gembira seperti selalu.

"Waalaikumsalam Yan, sini duduk" panggil Tan Sri Harris tegas. Puan Sri Catrina hanya membatu, langsung tak dihirau anak lelakinya itu.

Rayyan hanya menurut dia mengambil tempat disofa satu tempat duduk itu dan menatap wajah mummy dan daddynya.

"Why suruh Yan balik?" soal Rayyan.

Puan Sri Catrina tidak mahu membuang masa lagi, hatinya tersangat sakit atas kehadiran Sara untuk memutuskan pertunangan pagi tadi. Dia terus menolak kasar cincin yang terletak elok di dalam bekas itu di hadapan Rayyan.

Rayyan bingung.

" Cincin? Why nak kasi dekat Sara untuk nikah nanti ke?" soal Rayyan. Cincin itu seperti cincin yang dibelinya kepada Sara sewaktu pertunangan mereka tapi kenapa mummy mahu beri corak yang sama?.

Puan Sri Catrina tersenyum sinis.

"Nikah? In your dream young man!" bidas Puan Sri Catrina.

Yang lain hanya diam tanpa bersuara. Takut mereka bila mummy mereka sudah naik hantu, boleh gempa bumi nanti!.

Rayyan terkejut.

"What? Apa mummy cakap ni, Yan dengan Sara lagi dua bulan nak nikah kan?!" sakit pula hati bila dikata sedemikian. Mengapa pula dia tidak bernikah dengan Sara? Sara tunang dia bukan, mummynya sendiri yang pergi melamar.

"Cukup Rayyan. Tak ada siapa akan bernikah pada dua bulan lagi" ucap Tan Sri Harris pula.

Membulat mata Rayyan.

"Wait, what tak ada siapa? Habis tu Sara dan Rayyan itu apa!" marah Rayyan.

"Sara dah putuskan pertunangan ni! Tu cincin dia serahkan balik pada Rayyan!. Puas? Puas dapat hancurkan segala-galanya?" jerkah Puan Sri Catrina.

Tergetar tubuh Rayyan mendengar kenyataan dari mummynya.

"Pu.. Put.. Putus?" gagap Rayyan dan menatap tajam wajah mummynya.

"Yes. Tahniah Rayyan Eskandar you buktikan seperti mana you cakap pada mummy dulu. Tahniah dah hancurkan permata kerana perempuan sihir!" marah Puan Sri Catrina.

"No! This is not true, right?!" soal Rayyan tidak berpuas hati.

Puan Sri Catrine berpaling.

"Pergilah Rayyan, pergi pada wanita yang Rayyan cakap mampu bahagiakan Rayyan. Mummy dah tak nak masuk campur lagi. Mummy restu hubungan Yan dan Nadia, kahwin lah tapi cari pasangan kahwin yang lain untuk menjadi ibu dan bapa angkat Rayyan bagi masuk meminang Nadia sebab mummy tak akan pernah buat perkara itu" lirih suara Puan Sri Catrina dan dia terus beredar dari situ.

Yang lain sudah terkejut mendengar apa yang disampaikan Puan Sri Catrina. Sampai begitu sekali sayangnya pada seorang Sara Aleaya.

Rayyan terduduk lemah.

"Daddy please tell me this is not true kan? Please daddy!" paksa Rayyan.

Tan Sri Harris menepuk-nepuk baju anaknya.

"Cukup Rayyan, lepaskan Sara dia sudah banyak terluka. Jangan buat dia terseksa lagi Rayyan" pesan Tan Sri Harris dan mengikuti langkah isterinya.

Makin lebat air mata Rayyan. Tak pernah seteruk ini dia menangis, hanya disebabkan seorang wanita bukan Nadia tapi Sara Aleaya Dato Nazri.

Riyad menghampiri Rayyan.

"Sabar long, semua ini dah tertulis buat kau" peluk Riyad memberi sokongan.

"Aku tak kuat Yad, aku nak Sara! Aku sayang dia. Tolong aku Yad, tolong aku dapat kan Sara balik" pinta Rayyan.

Riyanna sudah tak mampu melihat lagi dia mengalihkan wajah. Sudah banyak kali dia menghubungi Sara sejak dari tengah hari tadi sehingga sekarang sudah malam langsung tidak diangkat. Benarkah Sara sudah benci akan dia dan keluarga?. Jika benar Ya Allah aku kejam dengan Sara selama ini!

Rayyan sudah tidak mahu berlengah lagi dia terus bangun dan menuju ke kereta. Dia perlu mencari Sara sekarang. Dia tidak mahu biarkan wanita itu pergi lagi! Dia tidak mahu, dia sayang pada wanita itu. Sebelum ini dia bodoh, bodoh kerana ego dengan perasaan sendiri dan sekarang wanita itu sudah pergi dari dia.

Rayyan sudah tidak kisah lagi akan lampu merah dia hanya memecut laju.

Sampai sahaja di hadapan rumah Sara dia terus menekan loceng.

Ting tong..

Ting tong..

Ting tong...

"Please Sara" tak Cukup dengan itu berulang kali dia menelefon Sara.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi".

"Ish aku bukan nak dengar suara kau la bodoh!" marah Rayyan.

Dia terus menerpa ke arah pintu pagar dan menggoncang kuat.

"Sara keluar Sara! Kita bincang sayang please!" jerit Rayyan.

Tidak dihirau lagi keadaan sekeliling.

Masih tak Putus asa dia menghubungi Aiman pula. Tidak dapat Arfan pula. Itu sahaja dia buat.

Akhirnya selepas dua jam menunggu dia terduduk lemah.

"Mana kau Sara" lemah Rayyan.













"Sapa tu Ar dari tadi berbunyi telefon?" soal Dato Nazri.

"Scammer bah" jawab Arfan.

Aiman tahu tapi dia menghiraukan. Dia takkan biar kakaknya berjumpa dengan Rayyan lagi!.














Ha amacam? Puas tak kita dah balas dendam dekat Rayyan.

Best la tengok korang Komen marah Rayyan HAHAHHA. Keep going geng!.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now