Nadia dari tadi tidak berhenti tersengih kerana Rayyan menghantar mesej mahu berjumpa dengannya semalam. Sempat dia berbelanja baju baru hanya untuk berjumpa kekasih hati.
Turun sahaja dari kereta di terus masuk ke dalam restoran mewah tempat yang dijanji Rayyan. Di dalam otak sudah memikir macam perkara. Adakah Rayyan mahu melamarnya? Mummy Rayyan sudah setuju? Atau Rayyan mahu ajak dia berbelanja untuk perkahwinan mereka?. Wahh tak sabarnya!.
Nadia melihat sekeliling kosong sahaja restoran itu. Nampak sahaja tubuh Rayyan yang membelakanginya dia terus melajukan gerakan.
"Baby" meleret Nadia memanggil.
Rayyan hanya diam tanpa membalas.
Nadia terus duduk dihapan Rayyan dengan senyuman yang Palin manis.
"Kenapa you ajak I? And kenapa restoran ni kosong?" Tanya Nadia.
Rayyan menatap tajam wajah itu.
"Saja I sewa restoran ni sebab nak jumpa you" ya sengaja dia menyewa keseluruhan restoran ini kerana mudah baginya nanti mahu melakukan apa sahaja tanpa ditonton orang lain. Pekerja disitu juga diminta duduk di dapur tanpa mengganggu urusan yang bakal berlaku pada malam itu.
"Aaaa, you ni sweet la sayang sanggup tempat satu restoran ni untuk date dengan I?" balas Nadia manja.
Rayyan tersengih sinis.
Apa Rayyan sweet? Selepas dia mengetahui kebenaran dia masih mahu melayan wanita di hadapannya dengan baik? Huh dalam mimpi! Itu pun kalau masuk la.
" Haah I sengaja tempah restoran ni sebab I nak privacy untuk kita. Senang la kalau apa-apa jadi tak ada siapa yang malu" balas Rayyan atau lebih tepat lagi menyindir.
Lagi lebar senyuman Nadia. What privacy? Aaaa nak propose pon nak privacy? No need! Nadia mahu orang lain melihat kekasih hatinya melamar di hadapan manusia lain barulah dia dapat menunjuk sebab apa? Sebab akhirnya dia dapat memiliki Rayyan!.
"So boleh kita mula?" Tanya Rayyan.
Laju Nadia mengangguk.
Rayyan terus meletakkan kertas yang berisi berita tentang pembulian yang berlaku tujuh tahun lepas dan kes yang hampir meragut nyawa seorang remaja 15 tahun di hadapan Nadia. Mana dia dapat? Thanks to his mummy sebab masih simpan semua ni.
Nadia sudah mengerut kan dahi. Kertas akhbar? Kenapa ada lekat cincin ke dekat situ?. Dia terus mengambil kertas itu dan membaca isi yang ditulis.
Terbeliak matanya melihat tajuk yang terpampang besar.
Rayyan hanya ketawa kecil melihat reaksi Nadia.
"So how? You boleh cam tak kes tu?. Iyala waktu tu you balik Malaysia kan? So I nak juga tahu apa yang jadi sebenarnya tujuh tahun lepas. Can explain?" provok Rayyan.
Terlepas kertas itu dari tangan Nadia.
"No I tak tahu!" balas Nadia kasar.
"Cit, takkan you tak cam kot? Bukan you ke rancang semua ni?!" Tanya Rayyan kasar.
"Buat apa I nak buat semua ni? Apa I dapat kalau buat" masih lagi Nadia mahu menafikan.
"Eh you sedar tak you hampir bunuh orang?! Then you masih nak nafikan apa yang you buat tujuh tahun lepas!!" jerkah Rayyan kuat. Ya ini la tujuan dia menempah restoran itu.
Terkejut Nadia.
"Apa... Apa you cakap ni Yan?" tergagap-gagap Nadia menjawab.
"Hey sepuluh tahun you bodohkan I? Tak cukup ke?" soal Rayyan kasar.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...