Sejak hubungan Nadia dan Rayyan sudah pulih semakin kerap Nadia datang ke pejabat Rayyan hampir semua pekerja tertanya-tanya siapa Nadia dan kenapa bukan Sara tunang Rayyan yang perlu ada di tempat itu dan bukan Nadia. Ramai juga tidak gemar dengan sikap angkuh wanita itu kerana selalu memandang rendah pada yang lain.
"Wau wau look whose here!. So betul la gosip pekerja dekat sini yang Rayyan didekati wanita" sindir Aiden yang baru datang untuk melihat apa betul khabar angin yang diperkatakan oleh pekerja disini diikuti Danish di belakang.
Nadia berpaling apabila mendengar sindiran itu.
"Eh Aiden, Danish how are you? Lama kita tak jumpa kan, I guess about five years?" balas Nadia ceria.
Danish dan Aiden tersenyum sinis.
"Kau ni memang kan perempuan tak cukup apa yang Aunty Rina buat sampai kau sanggup datang balik mengemis cinta Rayyan. Tak serik eh" soal Danish sangat sinis.
Nadia hanya menayang wajah ceria.
"Ofkos I datang balik Rayyan hak I, he will be mine forever so kenapa I nak kena pergi dari dia kan?. You cakap I serik dengan apa mummy Rayyan buat? Hello I dengan Rayyan tak pernah pun sakit kan hati dia so apa hak dia nak halang I dengan Rayyan!" Nadia Kembali membalas dengan kata-kata yang tak kurang sinisnya juga.
" Eh perempuan kau cakap kau tak buat apa-apa? Kau bodoh ke setan!. Kau jangan ingat kami tak tahu apa yang kau buat pada Sara tujuh tahun lepas! "marah Aiden.
Nadia terkekeh.
" What? I buat apa?. Tak payah nak buat cerita boleh tak" balas Nadia bosan.
"Eh kau....."
"Den, Nish? Korang bila sampai" soal Rayyan. Selepas sahaja pulang dari tandas dan pulang ke biliknya dia melihat dua sahabat itu ada disini.
Mereka berpaling ke arah Rayyan.
Nadia sudah mengangkat punggung dan terus bangun menuju ke arah Rayyan memeluk lengan sasa lelaki itu. Rayyan hanya membiarkan.
Danish dan Aiden melopong melihat itu.
"Kau dengan perempuan ni?" tiada lagi ucapan yang baik mahupun lembut keluar dari mulut Aiden. Dia sangat benci perangai setan wanita di sebelah Rayyan itu. Kalau Rayyan tahu tentang kebenaran yang sebenar belum tentu pegangan itu dibalas.
"Dia ada nama Aiden!" tegur Rayyan. Geram kekasih hati dipanggil sedemikian rupa.
Aiden tersenyum sinis mendengar Rayyan membela Nadia.
"Heh, dah berubah hati pulak sekarang? Mana janji kau dulu nak cinta kan Sara dah lupa" soal Aiden.
Rayyan diam tetapi Mata tajam menatap wajah kacak sahabat baiknya itu.
"Kenapa diam? Jawab la kau dah janji kan! Ke kau ni Jenis memang suka mempermainkan perempuan? "soal Aiden lagi.
Danish hanya membiarkan. Dia sendiri mendengar janji Rayyan untuk mula mencintai Sara dan lupakan Nadia tapi sekarang apa? Memang tak guna punya sahabat!.
Masih Rayyan diam. Dia tidak tahu bagaimana untuk ucapkan.
" Eh bodoh kau ni kan!. Mentang-mentang la Sara tu suka kan kau, layan kau baik maafkan kau bila kau buat salah ini bukan balasannya!. Kau ni memang tak ada hati perut ke? Kalau kau tak sayangkan dia jangan bagi dia harapan! Jangan pernah sakit kan dia!. Kalau tak suka sangat lepaskan biar aku yang jaga. " kerana geram yang teramat selepas mengucapkan kata itu Aiden melepaskan tumbukan di wajah Rayyan.
Terduduk Rayyan mendapat tumbukan padu dari Aiden tadi.
" Aiden what the hell is wrong with you! "jerit Nadia selepas kekasih hati ditumbuk di depan Mata.
" Kau diam! " tegas Aiden.
" Aiden aku boleh explain " ujar Rayyan perlahan kerana menahan sakit pipi yang ditumbuk tadi.
" Explain? "terkekeh sinis mendengar ucapan explain dari mulut Rayyan.
" Rayyan kau nak explain apa? Explain yang kau dah ubah keputusan kau yang kau masih cinta kan perempuan hati busuk ni? "soal Danish pula selepas lama berdiam.
" Apa masalah Korang ni. Apa yang benci sangat dengan Nadia, dia buat apa sampai Korang benci kan dia?! "marah Rayyan pulak. Sakit hati asyik Nadia dipersalahkan.
"Huh, satu je la aku nak cakap Yan, sekarang kau memang buta sebab pilih perempuan ni dari Sara. Tapi disaat kau dah tahu kebenaran dan waktu tu Sara dah buat keputusan untuk pergi dari hidup kau, aku mohon sangat kau biarkan dia bahagia dengan pilihan dia. Tolong Yan aku dah tak sanggup nak tengok Sara menderita" lirih Aiden mengungkap kata.
Aiden terus pergi meninggalkan bilik Rayyan. Dia sudah tak mampu melihat rakannya lebih membela perempuan itu dan langsung tak rasa bersalah mempermainkan Sara.
"Aku pun harap seperti apa yang Aiden katakan. Dan lepas kebenaran terbongkar aku harap Korang berbahagia" sempat Danish melihat ke arah Nadia yang sudah seperti cacing kepanasan di sebelah Rayyan selepas rahsia besarnya hampir terbongkar tadi. Dia terus berjalan mengikut Aiden yang sudah hilang.
Ramai pekerja melihat adegan tadi. Tak pernah lagi mereka melihat sahabat bertiga itu bergaduh seteruk ini sampai bertumbuk bagai. Paling teruk pun cuma tak bertegur sapa selama beberapa hari.
Nadia terus bangun dan menutup pintu.
"Apa tengok-tengok?! Dah sikit sangat ke kerja tu sampai boleh sibuk dengan hal orang lain?" marah Nadia dan menutup kasar pintu kaca itu.
Dia terus menuju ke arah Rayyan dan memeluk lengan Rayyan untuk membantu lelaki itu bangun.
"It's okay I boleh bangun sendiri" Rayyan menepis tangan Nadia.
"Tak apa la I tolong mesti sakit kan" manja suara Nadia.
"I cakap I boleh buat sendiri kan? Apa yang susah sangat you nak faham?!" jerkah Rayyan.
Nadia terkejut.
"Rayyan..." tergagap Nadia.
"Balik" ringkas arahan Rayyan dan terus menuju kebilik rehat di pejabatnya.
Rayyan sudah la runsing memikirkan apa yang dikatakan oleh Aiden tadi tapi di Nadia ni boleh pulak buat perangai tadi.
Apa yang dimaksudkan Aiden Dan Danish tadi? Apa kaitan dengan Sara.
Ha apa rahsia yang diorang tahu tapi Rayyan tak tahu?!.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...