BAB 37

3.7K 112 4
                                    

Aku sudah keluar dari hospital tapi tidak pulang ke rumah lama babah cakap biarlah untuk sementara waktu ini kami tinggal di Johor di rumah Pak lang yang di tinggal kerana sudah behijrah ke Kedah.

"Kakak nak makan tak?" Tanya Arfan.

Aku menggeleng.

Begitu rutin harian si kembar itu. Kejap-kejap nak makan tak? Kejap nak minum? Nak pergi ambik angin tak? Akak nak pergi mana tu jalan sorang-sorang?. Urghh boleh gila aku bagini kalau sentiasa dikawal, rasa seperti kahwin dengan mafia pulak asyik dijaga pergerakkan acewahh.

"Arfan boleh duduk diam jangan nak kehulur kehilir macam mak anak sepuluh. Rimas tahu tak?!" marah aku.

Arfan tersengih.

"Kita jaga la kakak kesayangan ni kalau tak jaga dia suka lari!" usik Arfan.

Aku menjeling.

"Akak ni nak lari mana? Takat turun dari bilik pun dah semput apatah lagi nak lari jangan harap la. Baru nak lepas pintu tu Ar dah boleh tangkap" balas aku.

"Tahu tak apa" pesan Arfan.

"Aiman mana?" soal aku kerana dari pagi tidak nampak kelibatnya.

"Entah dating kot" mudah saja Arfan menjawab.

"Ha fitnah-fitnah, kalau tak tahu jangan fitnah tak pasal dapat dosa" marah Aiman yang baru pulang dari kedai.

"Aku tak fitnah goblok! Tak dengar ke ada 'kot' dekat belakang?" itu la orang suruh korek telinga tak nak.

Aku ketawa kecil melihat pergaduhan manja antara dua beradik itu.

Aiman meletakkan plastic Big Apple, Mcdonald dan tealive dihadapan aku.

"Apa ni?" Tanya aku.

"Ouh tayar bas sekolah kak" sindir Aiman. Dah terang ada nama makanan takkan sejak sakit ni dah buta kot.

Aku baling bantal kearahnya.

"Akak tahu la gila yang kau beli banyak ni sapa nak makan? Saka kau" ha nak lawan dengan otai memang kena bantai la!.

"Haih kakak ku sayang, awak cuba tengok badan awak yang sepapan tu dah la tak cantik muka pucat isi tak ada sebab tu la saya sebagai adik yang mithali lagi baik ini keluar membeli makan buat kakak saya yang dulu cantik sikit sekarang hodoh nak mampus" kutuk Aiman tanpa berlapik. Ha kan Aiman lama dah kembali, jadi hati-hati sebab kalau tak macam tu la jadi ya.

Aku dan Arfan sudah ternganga mendengar Aiman yang mengutuk tanpa berlapik itu. Dasar adik goblok!.

"Heh belagak, kau dulu papan juga nasib la aku yang insafkan suruh pergi gym kalau tak mana ada perempuan nak lelaki kurus macam tu" bidas aku.

"Tah, dasar goblok" sokong Arfan dan membuat high five dengan aku.

"Diam la kau Ar dasar kembar lupa kembar!" muncung mulut Aiman kembar sendiri tidak menyokongnya.

Kuat aku dan Arfan mengetawakan dia.

***

























Anis dan Aiden saling duduk bertentangan di kedai makan itu hanya diam tidak bersuara. Masing-masing gementar mahu memulakan bicara.

"Ermm saya.." Anis masih tergagap-gagap mahu memberitahu.

Aiden masih sabar menanti keputusan yang bakal diutarakan oleh Anis.

"Saya.. Saya setuju" terus Anis tertunduk malu selepas memberitahu hasrat yang sudah lama terbuku dihati.

Bersinar mata Aiden mendengar Jawapan yang sudah lama ditunggu. Akhirnya! Akhirnya dia dapat Anis Misyana! Pujaan hati yang sudah lama dia inginkan!. Mama esok masuk minang.

"Betul tak tipu?" Tanya Aiden.

Anis mengangguk.

"Alhamdulullah" Aiden mengucap syukur.

"Hujung minggu rombongan minang sampai" mudah sahaja Aiden memberitahu.

"Cepatnya?" Tanya Anis pula.

"Nak kahwin awak mana boleh lambat-lambat nanti ada yang ketiga ganggu" Aiden sudah tersengih nakal.

"Eee gatal" Anis membaling tisu di tangan. Arghh mak, abah ada orang nak minang adik!.

"Dengan bakal zaujah saya je" usik Aiden.

Mereka ketawa kecil.














Maaf semua chapter ini hanya pendek esok kita sambung pulak. Thank you!!.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now