Sudah tiga hari kami di sini banyak aktiviti yang kami lakukan. Apa yang boleh aku katakan, aku gembira di sini tambahan pulak dengan layanan mummy Rina dan daddy Harris yang membuat kan aku tak lekang dengan senyuman setiap masa. Hubungan aku dengan Riyad Dan Rayden juga baik walaupun pada mulanya aku fikir mereka sombong tetapi tidak mereka baik.
Rayyan? Dia ada tetapi macam tak wujud sahaja bila aktiviti berkumpul. Aku pun tidak tahu apa yang ada di fikiran dia sebab aku nampak dia macam ada masalah tapi dipendam. Setiap kali Cuba untuk aku dekati dia kian menjauh. Kadang aku terfikir adakah sikap aku ini membuat kan dia benci akan aku?. Salahkah untuk mencintai? Perasan ini tak dapat aku singkirkan kerana ia selalu datang tanpa dipinta.
Sedang aku melayan perasan sendiri sambil menghayati angin laut, aku melihat pasangan suami isteri yang sangat bahagia. Kenapa aku cakap bahagia? Si isteri sentiasa tertawa dengan Karenah suami yang jika di pandangan yang lain ianya hanya perkara bodoh yang tidak dilakukan orang lain. Dari situ aku sedar, perkara apa pun yang kita lakukan walau pada pandangan yang lain hanya perkara biasa tapi di pandangan orang yang tersayang ianya luar biasa. Kerana itulah cinta.
"Princess babah buat apa sorang-sorang dekat sini?"soal Dato Nazri.
Aku tersentak.
Aku terus tersenyum melihat babah mengambil tempat di sebelah ku.
"Tak ada apa babah cuma ambik angin petang je" balas aku.
Dato Nazri mengangguk.
"Kakak ada masalah? Tak nak share dengan babah ke?" soal Dato Nazri lagi.
"Siapa je tak ada masalah kan babah, tapi buat masa sekarang Kakak maaih boleh simpan sendiri" balas aku sambil tersengih.
"OK la kalau Kakak dah cakap macam tu, babah tak boleh paksa. Tapi bila akak rasa dah penat sangat untuk simpan sendiri babah ada dengan Kakak ingat tu. Babah tak suka anak babah simpan perkara sampai boleh menyakitkan diri" Dato Nazri terus memeluk Sara.
Aku sedaya upaya menahan tangis yang bila-bila sahaja akan pecah.
"Babah kalau ditakdirkan suatu hari nanti Kakak pergi dulu dari babah dengan Umi jaga diri ya. Sebab Kakak dah tak boleh jaga babah dan Umi lagi hanya Aiman dan Arfan je ada dengan babah dan Umi" ucap aku tiba-tiba.
"Kakak kenapa cakap macam tu? Tak baik. Kakak cakap macam tu macam Kakak meminta untuk pergi dulu dari kami. Kakak cakap nak bahagia kan Umi dan babah, tapi kenapa cakap macam ni? dah tak sayang kami ke?" tegur Dato Nazri.
Aku menggeleng.
"Kakak cakap je mana la tau kan".
"Walau apa pun jadi Walau ramai mana pun sakitkan Kakak ingat babah hero Kakak. Hero yang akan sentiasa merawat sakit itu hingga sembuh" ucap Dato Nazri.
Akhirnya aku tewas. Air mata aku tumpah membasahi pipi dari perlahan menjadi semakin deras.
"Kakak pun sayang babah. Babah hero Kakak dunia akhirat tak ada yang dapat tandingi babah" aku mengetatkan lagi pelukan.
Tanpa Sara sedar air mata Dato Nazri juga mula menitis. Dia tahu, dia tahu apa yang anak perempuannya hadapi sekarang tetapi dia tidak mahu memaksa. Jadi biarlah Sara sendiri yang bercerita.
****
Pada sebelah malam kami semua berkumpul di bilik makan yang sudah ditempah memandangkan ini malam terakhir kami disini jadi daddy Harris menempah satu bilik khas buat kami berkumpul.
"Emm sekejap je rasa percutian tiga hari dua malam kita dekat Pulau Redang ini" Puan Sri Catrina.
"Betul tu" sokong Datin Suria.
Aku hanya diam sambil menikmati makan malam tanpa mencelah.
"Sebenarnya aku ada benda nak sampaikan pada korang Dan Sara"ucap Puan Sri Catrina tiba-tiba.
Aku yang mendengar nama aku terus mengangkat muka. Adik kembar aku juga begitu.
" Kami dah berpakat untuk satukan Sara dan Rayyan" beritahu Puan Sri Catrina.
Aku terkejut dan terus melihat wajah abang Rayyan. Ternyata dia juga terkejut dengan kenyataan itu.
"Mummy!".
Tidak bukan dari Rayyan tapi Riyanna.
Mummy Rina hanya biarkan jeritan itu.
"kenapa tiba-tiba" soal Dato Nazri.
"Aku rasa tak salah dan sekarang waktunya untuk kita satukan mereka berdua. Sara pun dah lama tunggu Yan jadi tak ada masalah" balas TAN Sri Harris tenang.
Semua melihat ke arah aku termasuk abang Rayyan. Tetapi pandangannya merupakan satu pandangan membunuh.
"Macam mana Sara setuju? Soal Datin Suria.
Belum sempat aku menjawab.
" Yan nak cakap dengan Sara" ucap Rayyan senada Dan terus keluar.
Aku hanya menurut.
Keluar sahaja aku melihat dia berdiri di tepi pantai Dan aku terus menuju ke arahnya.
"Ada apa abang Ray" soal aku.
"Jangan terima" balas Rayyan dingin.
"Kenapa? Ini waktu yang Sara tunggu. Waktu untuk Sara dapat kan abang Ray untuk jadi suami Sara. Itu janji Sara kan" balas aku yakin.
Dia tertawa sinis.
"Tapi ada aku setuju dengan janji kau ke?" soalnya sarkastik.
Aku kaku.
"Kau ingat kau akan bahagia dapat kahwin dengan aku?" soal Rayyan lagi.
"Ya" jawab aku.
"Aku tak cintakan kau".
"cinta boleh dipupuk. Sara yakin abang Ray akan jatuh cinta dengan Sara" balas aku yakin.
"Aku sayang Nadia Dan bukan kau! Kenapa susah sangat untuk kau terima kenyataan tu" soal Rayyan marah.
"Sebab Sara yang mampu bahagia kan abang Ray Dan bukan dia" aku terus menentang matanya.
Sekali lagi dia tertawa tetapi sangat sinis Dan seakan mengejek.
"Kenapa kau yakin sangat. Kau ingat ni aku Rayyan Eskandar takkan jatuh hati pada kau sampai kau MATI! Sebab aku benci kau sangat. Jadi tak akan pernah wujud perasan cinta tu pada diri aku untuk kau" Rayyan terus pergi selepas mengungkapkan kata itu.
Aku terkaku Dan menitiskan air Mata yang baru sahaja aku minta untuk tahan. Kerana aku tidak mahu terlihat lemah di hadapan lelaki yang aku sayang.
Aku tetap dengan keputusan aku. Aku akan bertunang dengan dia. Hanya dia RAYYAN ESKANDAR!.
Masuk sahaja ke dalam ruang makan semua melihat aku.
"Sara setuju" ucap aku dengan senyuman.
Rayyan? Masih beku aku sedar marah nya kian bertambah. Aku tidak kesah asal dia menjadi milik aku. Aku tidak kesah dikira jahat kerana sudah lama aku menaruh perasan ini.
Bukan aku tidak Cuba untuk buang tetapi aku tidak mampu. Jadi ini jalan yang aku pilih Dan aku harus jayakan sehingga ke hari pernikahan Dan aku akan buat dia jatuh cinta pada aku. Hanya aku Sara Aleaya.
Kerana Sara Aleaya untuk RAYYAN Eskandar!.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...