Aku hanya diam sejak dari menaiki kereta. Hati aku terlalu sakit untuk menerima kenyataan yang dia hanya terpaksa untuk menerima aku sebagai tunangnya. Jadi bagaimana pada hari pernikahan dia lari bersama kekasih hati dan tinggal kan aku sendiri?. Heh aku nampak macam desperate sangat nak mempersuamikan dia? Aku ada hati Dan perasaan!.
Sedaya upaya aku menahan tangis hanya kerana aku berada bersama dia. Jika bersendirian sudah lama banjir muka aku dengan air Mata.
Rayyan mengalih pandangan ke arah Sara. Dia hairan sejak dari rumah ibu bapanya wanita itu hanya diam. Jika tidak mulut mengalahkan burung murai, tak berhenti bercakap!.
"Kau okay?" soal Rayyan.
Aku mengangguk tanpa menoleh.
Rayyan geram soalannya hanya dibals acuh tak acuh, dia mahukan Sara Aleaya yang banyak cakap bukan Sara Aleaya yang bisu!.
Rayyan terus memberhentikan kereta di tepi jalan.
Aku hairan melihat kereta diberhentikan Dan terus menoleh ke arah Rayyan.
"Kenapa berhenti?" soal aku.
"Ada pun suara ingat dah tak tahu guna mulut untuk bercakap tadi" sindir Rayyan.
"Haih, awak nak apa ni? Nanti lambat sampai rumah sewa Bella risau pulak dah petang ni" ucap aku malas dan terus berpaling melihat ke arah jalan.
"Pandang aku Sara" suruh Rayyan.
Aku menghiraukan dia.
"Jangan buat aku ulang Sara Aleaya Nazri" tegas Rayyan.
Lambat - lambat aku menoleh.
"Apa?" dengan muka tidak berperasaan aku melihatnya.
"Kau marah aku tak jumpa kau sebulan? Dan kau marah aku langsung tak layan kau dekat meja makan tadi?" soal Rayyan lembut.
Aku menggeleng.
"Dah tu kau kenapa jadi macam ni? Aku tak suka Sara yang sekarang aku nak Sara Aleaya yang lama" ucap Rayyan seakan memaksa.
"Saya Sara Aleaya yang sama la" balas aku.
"Tak kau bukan" tegas Rayyan.
"Terpulang pada awak encik Rayyan" malas mahu berbicara lebih.
Rayyan yang geram dengan perangai Sara terus memegang bahu Sara kuat dan menoleh ke arahnya.
"Ish awak ni memang tak takut dosa eh pegang-pegang perempuan sesuka hati?" soal aku geram.
"Dengan kau je" selamba Rayyan.
Aku terse yum sinis.
"Awak tengok muka saya" suruh aku.
Rayyan menurut.
"Ada saya kisah?".
Rayyan ternganga dengan sikap selamba tunangnya.
"Sejak bila otak kau sengal ni? Terikut-ikut Aden dengan Aiman la ni" marah Rayyan Dan terus merosakkan owning tudung Sara.
"RAYYAN!" jerit aku.
Rayyan tertawa.
"Yes aku berjaya".
"Gila agaknya buat tudung saya senget boleh happy! Tak guna!!. Sini rambut awak saya kusutkan!" terus aku bangun untuk mendapat kan rambutnya.
Rayyan terus menarik kepalanya dari disentuh. Jangan buat main woi rambut kot mahu hilang kehenseman Rayyan Eskandar nanti!.
Maka bermulala pergaduhan didalam kereta di antara pasangan tunang itu.
" Yes 1 1. Kita seri ye Abang Rayyan" sindir aku.
Masam muka Rayyan melihat rambutnya sudah kusut.
" Tak pa kita seri lain kali aku pasti kan aku menang. Nanti meraung kau sebab kalah" tekad Rayyan.
Aku menjelirkan lidah.
Rayyan memulakan semula perjalanan yang tergendala tadi.
Jujur dia katakan dia bahagia. Melihat Sara tersenyum buat kan dia bahagia. Janji untuk buat kan Sara terseksa seakan hilang dari ingatan,yang dia tahu membahagiakan wanita itu adalah keutamaannya sekarang.
***
"Amboi syok ke dating dengan Cik tunang" soal Bella.
"Bolehla" balas aku.
"Hmm best la ada tunang aku ni pakwe pun tak ada" cebik Bella.
Aku tergelak.
"Jual mahal lagi".
"We haritu aku nampak Haikal keluar dengan sorang perempuan lawa doh" sahaja aku mengusiknya kerana mahu melihat reaksi Bella. Ya la lelaki tu dah setahun dok kerja tak putus asa tapi dia malah buat tak tahu. Hampeh betul.
"Biarla dia" balas Bella menahan muka Kecewa daripada dipamer.
Aku hanya mengangguk dan menahan senyum.
Sayang tapi entah la.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...