Madan's cafe tomorrow at 10 am
Please meet me there I'm begging you for you happiness
Unknown.
Aku mengerut kening melihat mesej yang entah dari siapa untuk meminta aku bertemu pada esok hari.
"Apa yang teruk sangat mukanya kakak tengok telefon pon" tegur Dato Nazri.
"Tak ada babah" balas aku tersenyum manis.
Babah terus mengambil tempat disebelah aku.
"Kakak jangan selalu pendam sendiri ye" pesan Dato Nazri.
Aku mengangguk.
"Inshaallah babah".
Harini seawal pukul 9.30 aku sudah keluar dari rumah untuk bertemu dengan empunya nombor yang tidak dikenali semalam. Dari pagi tadi hati tidak tenang tapi aku hanya beristighfar bagi menenangkan diri.
Aku memandu sendiri harini kerana malas mahu menggunakan khidmat grab car. Mudah dan pantas.
Sampai sahaja aku terus parking dan keluar menuju masuk ke dalam Cafe Medan seperti yang dijanji semalam.
Keadaan tidak terlalu sesak kerana masih pagi dan yang lain masih di tempat kerja, hanya beberapa orang sahaja yang berada di sini untuk melepak.
"Meja 7" aku dari tadi tercari-cari meja yang bertanda tujuh yang dihantar oleh pengguna nombor itu.
Nampak sahaja meja itu aku terus menapak ke arahnya. Terlihat satu sosok tubuh wanita yang sedang duduk membelakangi aku."Assalamualaikum" tegur aku.
Wanita itu menoleh.
"Waalaikumsalam, have a sit Miss Sara" pelawa wanita itu.
Terkejut bukan kepalang lagi buat aku setelah menatap wajahnya.
"Nad.. Nadia?" bisik aku perlahan.
Nadia tersenyum manis, atau lebih tepat lagi sinis.
"Yes it's me" tenang Nadia menjawab.
"Kenapa awak nak jumpa saya" sakit hati melihat wajah wanita yang dulu cuba untuk menghapuskan aku.
"Well some discussions?" Nadia main tarik tali.
"Cit, you duduk la dulu I tak buat apa la" risau sangat Nadia tengok Sara yang dari tadi memandang jelek padanya.
Aku duduk.
"Order la.."
"No need, saya datang sini nak selesaikan apa yang awak cakap nak selesaikan bukan nak makan!" belum sempat dia menghabiskan kata aku memotong. Geram melihat reaksi selamba wanita itu.
"Up to you. Tak sabar nak tahu apa I akan cakap dekat you?" provok Nadia.
"Just straight to the point miss Nadia!" tegas aku.
Nadia tertawa kecil.
"okay, okay sabar" balas Nadia.
Dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan mewahnya.
"Judge it by yourself. Maybe after this you akan tukar fikiran?" sengaja dia tidak cerita kerana dia mahu Sara dengar sendiri semuanya.
"You sayang I Yan?" soal Nadia.
"Of course I sayang you" jujur Rayyan.
Untuk kali yang keberapa hati aku remuk lagi.
"Then why you bertunang dengan Sara kalau you sayang kan I? Ke you memang nak mempermainkan I?" Nadia menyoal tidak puas hati.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...