BAB 4

2.5K 108 1
                                    

Harini merupakan hari terakhir aku berada di universiti kerana hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan aku untuk sem ini.

''Babe kau balik dengan twins ke?''soal Bella

''Haah aku nak call diorang la ni entah dah on the way nak ambik aku ke belum tak tahu la''balas aku dan terus menghubungi adikku Nadeem Aiman.

Bella mengangguk dan kami terus menuju ke cafe untuk membeli minuman sementara menunggu adik aku sampai.

Sedang kami berbual sampai melepaskan perasan masing-masing kerana bakal berpisah untuk dua minggu kami ditegur oleh seseorang''.

''Em assalamualaikum, boleh saya tanya pejabat pensyarah dekat mana ya?''soal lelaki yang menyapa kami berdua.

Aku dan Bella terus memandang gelaran yang menegur itu.

''Ah pejabat pensyarah? dekat bangunan sana yang empat tingkat berkembar tu''balas Bella tanpa menunggu dengan suara yang sengaja di manjakan.

Aku yang melihat sahabat aku berkelakuan begitu ketawa kecil tapi mampu didengari dua manusia itu.Mereka memandang aku dengan hairan.

''Kenapa cik?saya ada buat lawak ke?''soal lelaki tadi hairan dengan tidak lepas memandang aku.

''Hmm''aku berdehem.

''Tak lah mana ada saya cuma nak ketawa ingat benda lawak tadi''bohong aku.

Dia mengangguk.

''So itu bangunan pensyarah ye cik?''soalnya lagi.

''Bella''balas Bella mesra.

Dia tersenyum dan sekali lagi mereka melihat ke arah aku.

Aku mengangkat kening.

''Nama cik?''soal lelaki tadi.

''Sara''ucap aku ringkas.

''Saya Syed Nasyran''ucapnya sambil tersenyum manis menunjukkan lengsung pipit di pipi

''Selamat berkenalan encik Syed''kata Bella gembira.

''Selamat berkenalan.Saya mintak diri dulu ye, terima kasih tolong saya''ucap Syed dan berlalu pergi.Sempat dia tersenyum manis kepada aku dan Bella.

''Babe''panggil Bella sambil menepuk-nepuk lenganku.

''Apa''balas aku malas, mulala dia dengan perangai gedik dia.

''Hot guy baru babe!''ujarnya riang.

Aku hanya menggelengkan kepala.

''Kenapa kau ketawa tadi eh?''soal Bella.

''Lawak tengok perangai kau tadi nak try mamat tu''balas aku dan terus ketawa melihat muka cemberut dia.

Kring..kring..

''Hello?''

''Dah sampai dah? ok akak pergi dekat depan tunggu kejap eh''aku menutup telefon dan terus mengambil barang-barang aku.

''Twins dah sampai?''soal Bella.

''Haah,aku gerak dulu eh babe bye jumpa lagi dua minggu assalamualaikm''ucap aku dan terus memeluk dirinya.

Aku terus memanggil nama adik kembar kesayangan aku selepas melihat mereka berbual di hadapan kereta menunggu aku sampai.

''Aiman, Arfan!''jerit aku.

Mereka berpaling dan tersenyum.

''Assalamualaikum kakak ku comel''ucap Arfan.

''Waalaikumsalam adik-adik ku hensem''balas aku riang.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now