Aku meneruskan rutin harian aku seperti biasa. Sudah genap sebulan aku dan Abang Ray mengikat tali pertunangan, tiada apa yang menarik tentang hubungan kami masih seperti biasa. Aku dengan kehidupan aku sebagai pelajar Dan dia sibuk menguruskan syarikatnya.
"Saya nak semua ikut aktiviti perkhemahan yang telah disediakan oleh pihak universiti pada hujung minggu ini. Tiada bantahan sebab ini juga salah satu sumber markah untuk kamu semua" ujar Puan Mira.
Kami hanya mendengar tanpa bantahan.
Afiq mengangkat tangan untuk menanyakan soalan.
"Ya Afiq?".
"Siapa ketua pensyarah nanti Dan berapa ramai pensyarah yang ikut" soalnya.
Aku juga mengangguk setuju dengan soalannya.
"Semua pensyarah yang mengajar kamu" terang Puan Mira.
Kami mengangguk.
Kelas tamat disitu Dan kami terus keluar untuk tujuan masing-masing.
"Sara!".
Aku berpaling. Aku melihat Riyad memanggil aku dari jauh.
"Kenapa abang Yad datang kolej Sara?" soal aku.
"Mummy ajak lunch, dah alang-alang abang lalu sini mummy suruh datang ambik" ucap Riyad.
Aku mengangguk.
"Abang Ray ada?" soal aku.
Dia mengangguk Dan tersenyum.
"Rindu ke?" usiknya.
Aku tersengih.
Riyad ni sejenis yang susah untuk bergaul dengan perempuan tapi lain dengan aku, kami mula rapat sejak keluarga kami bercuti di Pulau Redang lima bulan lalu. Tapi perangai abang Riyad sama macam Arfan pendiam. Lain pula dengan Rayden Dan Aiman,kaki mengusik!.
Kami menuju ke kereta mewah milik Riyad Dan memulakan perjalanan kami ke rumah bakal ibu mertua aku.
Sesampai di rumah, aku terus mengikuti Riyad dari belakang.
"Assalamualaikum" ucap Riyad.
"Waalaikumsalam" jawab yang didalam.
Masuk sahaja ke dalam rumah aku melihat keluarga bakal mertua aku sudah siap di meja makan.
"Haih menantu mummy sini" panggil Puan Sri Catrina.
Aku hanya menurut dan mengambil tempat di sebelahnya.
"Jom makan Aden dah lapar" ajak Rayden.
Kami mengangguk.
Semasa makan aku Cuba juga curi-curi melihat tunangku. Kacak seperti selalu.
"Macam mana uni OK Sara?" soal Tan Sri Harris.
"OK daddy".
"Sabtu ni jangan lupa ada fitting baju nikah ye Yan, Sara" pesan Puan Sri Catrina.
Aku dah keras. Macam mana nak pergi aku ada camping?.
"Emm, mummy kalau tunda hari lain boleh? Sebab hari tu Sara ada peekemahan dengan pihak kolej" soal aku berhati-hati.
"La ye ke? Hmm salah mummy jugak tak bagitahu awal-awal. Tak apa la kita pergi sabtu minggu depan".
Aku tersenyum.
Selepas makan dan mengemas aku membawa diri di gazebo di luar rumah mahu mengambil angin ditambah hujan pula,boleh la sambil menunggu yang lain habis solat.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...