BAB 10

2.2K 74 2
                                    

Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Hari dimana Sara Aleaya dan Rayyan Eskandar akan disatukan menjadi tunangan.

"Nervous ke kak" soal Arfan.

"Gila tak nervous nak tunang kot" balas aku sambil ketawa.

Mereka gembiranya akhirnya kakak kesayangan mereka bertemu jodoh bersama lelaki yang dicintai sejak kecil. Bak kata orang dah jodoh tak kemana.

"kakak dah siap belum, keluarga pihak lelaki dah sampai" sampuk Datin Suria.

Aku mengangguk.

"Ini masanya Sara. Its your day" bisik aku sendiri sambil tersenyum manis.

Aku menuruni tangga perlahan-lahan sambil melihat para tetamu yang datang. Tidak ketinggalan jugak Bella dan senior Ruhaikal. Riuh mereka berdua selepas mendengar yang aku bakal bertunang, tapi Bella sempat tarik muncung kerana aku tidak mengkhabarkan awal tentang pertunangan aku pada hari ini. Aku memberitahu mereka tiga hari lepas.

"Dah turun bakal yang dirai kita hari ini" ujar Pak Ngah.

Aku terus menuju ke arah pelamin yang ditempah oleh Umi.

"Memandangkan semua dah ada boleh la kita mula" soal Dato Nazri.

Yang lain mengangguk.

Ahli keluarga Rayyan ramai yang turut serta. Iyala hari yang paling mereka tunggu-tunggu. Ramai yang restu hubungan Sara dan Rayyan.

"Berapa lama tempoh pertungan?" soal Dato Nazri.

"Lima bulan dari sekarang, macam mana?" soal Tan Sri Harris.

Babah berpaling ke arah umi Selepas mendapat anggukan dia terus bersetuju untuk menyatukan aku dan abang Ray pada lima bulan akan datang.

Selepas selesai berbincang. Puan Sri Catrina mengambil langkah menuju ke arah pelamin untuk menyarungkan cincin.

"Assalamualaikum bakal menantu mummy" sapa Puan Sri Catrina lembut sambil tersenyum manis.

Aku tersenyum.

"Waalaikumsalam mummy" balas aku sopan.

Mummy Rina menarik lembut tanganku dan menyarungkan cincin berbentuk berlian di jari manisku.

"Cantik, macam tuan dia" puji Puan Sri Catrina.

"Tengok Umi dia la" usik Umi.

Mereka tertawa.

Ah indahnya kalau sentiasa begini sehingga akhir hayat aku.

Selepas selesai sesi menyarung cincin Pak Ngah sudahi dengan bacaan doa dan para tetamu turun ke bawah khemah untuk menjamu selera. Aku sempat melihat ke arah abang Ray manis dia berbusana merah jambu yang dipilih aku dua minggu lalu. Wajahnya juga tampak tenang tak seperti selalu beku!.























"Happy nampak" tegur seseorang.

Aku berpaling Dan tersenyum manis.

"Mestilah happy kalau sedih orang ingat ni majlis arwah pulak" balas aku selamba.

Rayyan mencebik.

"Tahniah budak dah jadi tunang Mr Rayyan" sindir Rayyan.

"Tahniah jugak Mr Rayyan dah jadi tunang Sara Cantik" aku membalas kata-kata sindirannya.

Rayyan memincingkan matanya. Sakit hati kata-katanya langsung tidak dihirau oleh Sara.

"Babe!" jerit Bella. Ruhaikal yang berada di belakang hanya menggeleng.

"Tahniah dah jadi tunang orang. Helok kau, mana dapat" ucap Bella tetapi ayat seterusnya hanya dibisikkan.

Aku tertawa.

"Ada la mana boleh kongsi kau nanti kau rampas" usik aku.

Bella membuat muka jelik.

"Excuse me l, I already have someone. Segak lagi badan berketak" selamba Bella membalas.

Rayyan yang dari tadi tidak puas manatap wajah Ruhaikal. Lelaki yang dia nampak keluar bersama Sara tiga minggu lepas di Pavilion. Entah Mengapa hatinya berasa sakit melihat Sara senang bergelak tawa bersama lelaki ini tetapi tidak dengannya. Sebab itu juga dia terus menarik Sara mengikutinya pergi dengan alasan menyuruh Sara menemaninya makan tengah hari.

"Abang Ray ni Ruhaikal senior Sara" aku memperkenalkan mereka selepas melihat suasana tegang antara mereka.

Rayyan tersentak namun cepat dikawal Dan terus menghulur tangan.

"Rayyan".

"Ruhaikal".

"Macam tak boleh buat kawan je" bisik Bella.

Aku mengangguk.

"Kakak!" jerit Aiman.

"Jom tangkap gambar Man dah tak sabar nak post ig ni. Ramai awek dah tunggu post baru" ujarnya lagi Dan terus menarik aku dan Abang Ray ke pelamin.

Kami hanya mengikut.

"Aiman mana boleh pergi tak ajak kak Bell sekali" marah Bella.

Ruhaikal dan Arfan hanya tertawa.

Mereka bergambar bersama Dan ahli keluarga yang lain turut serta.

"You tak akan bahagia dengan dia Yan, sebab I kebahagiaan you" lirih suara itu.

***




























Aku duduk di atas katil sambil merenung ke arah jari jemari aku yang tersarung cincin itu.

"Alhamdulullah he's finally mine" ujar aku gembira.

"Ya Allah permudahkanlah urusan kami sehingga ke hari pernikahan".

Sedang aku tersenyum sendiri pintu bilikku dirempuh dari luar.

Masuk Aiman Dan Arfan dengan bantal di tangan.

"Akak I have nightmare" ujar Arfan dengan muka tercebik.

Aku ketawa.

"Come baby boy" panggil aku.

Mereka menurut.

"Arfan nightmare, Aiman kenapa" soal aku hairan. Sorang yang nightmare dua-dua datang dah kenapa.

"Saja malas aa tidur sorang tak pasal nightmare tu berjangkit dengan Man" balasnya selamba Dan merampas bantal pelukku.

Aku menggeleng.

Mereka memang manja dengan aku sejak kecil. Dulu jika ada yang berani membuli mereka aku marah balik budak tu haha kakak mithali kan? Tahu. Tapi kini jika aku dimarahi oleh seseorang mereka dimarahi balik oleh kembar kesayangan aku. Tapi bila mood bermanja keluar hmm Umi dan Babah pun tak dapat halang.

"Tidur la dah lewat" aku mendodoi mereka seperti bayi.

Adik kesayangan. Kasih kakak hingga ke syurga inshaallah.

KORANG BAYANGKAN DRESS SARA MACAM TU EH

KORANG BAYANGKAN DRESS SARA MACAM TU EH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now