BAB 19

2K 76 0
                                    

Kuala Lumpur International Airport

Kelibat seorang wanita yang sedang berjalan dengan angkuh menuju ke pintu utama KLIA 1 itu dipandang ramai. Gaya pakaian yang mewah siapa sahaja tidak mahu melihat? Terutama para lelaki. Ditambah dengan rupa paras yang cantik.

"Hai Malaysia I'm back!" ujar Nadia.

Ya dia Nadia Ainina wanita yang dicintai Rayyan sewaktu dibangku sekolah tetapi cinta mereka dihalang oleh keluarga Rayyan dan akhirnya kecundang selepas 15 tahun bermadu cinta.

Tetapi tidak kini. Tujuan dia pulang ke Malaysia hanya satu, untuk meraih  kembali kekasih hati dan mendapatkan restu bakal mertua. Itu janjinya!.

Kelibat yang dinanti sudah tiba, siapa lagi kalau bukan sahabat baik merangkap sepupunya Balqis.

"Welcome back girl" sapa Balqis.

"Thanks Qis. Nasib kau ada tolong aku harini" balas Nadia gembira.

"Ofkos kalau bukan aku siapa lagi kan?" ujar Balqis Dan mengambil beg pakaian milik Nadia untuk diletakkan dibonet kereta miliknya.

"Kau berdiri dekat situ buat apa lagi masuk la" suruh Balqis.

Nadia menurut.

"Kita pergi rumah aku dulu eh" beritahu Balqis.

Nadia mengangguk.

"Wah dah sepuluh tahun tak balik dah berbeza eh Kl" ujar Nadia.

Balqis menjeling.

"Kau agak-agak la sepuluh tahun nak sama macam dulu lagi" sindir Balqis.

Nadia ketawa.

"Pak Ngah dengan mak Ngah sihat?" soal Nadia sengaja berbasa basi.

Balqis mengangguk.

"Mak dengan ayah happy dengar kau nak balik" balas Balqis.

"Aku rindu diorang" ucap Nadia sambil melihat permandangan Kuala Lumpur.

"Nad.. Kau masih nak teruskan plan kau ke?" soal Balqis takut-takut.

"Haah".

"Tapi Rayyan kan dah bertunang, kau tak kesian ke dekat tunang dia?. Kau perempuan mesti kau faham perasan dia kan?" soal Balqis.

"Kenapa aku perlu kesian kan dia? Kau cakap aku perempuan habis tu mummy dia bukan perempuan? mesti dia lagi paham aku sayang kan Rayyan. Kenapa dia tak boleh terima aku sebagai menantu dia?!" keras balasan Nadia.

"Mungkin ada seb.."

"Sebab? Sebab dia tak suka aku Qis! Aku tak tahu apa aku buat dekat dia sampai dia sanggup pisah kan aku dan Yan!" belum sempat Balqis menghabiskan kata Nadia sudah mencelah.

"Aku cinta kan Rayyan separuh MATI Qis! Tapi mummy dia tak pernah hargai semua tu. Aku cuba berbaik dengan dia tapi apa dia balas? Dia burukkan aku lagi" lirih suara Nadia mengingatkan apa yang dilakukan Puan Sri Catrina pada hubungannya dan Rayyan.

Terdiam Balqis.

"Kalau Rayyan dah mula cintakan tunang dia kau masih nak terhegeh-hegeh nak dapat kan cinta mati kau tu?" kejam soalan Balqis.

"Ya" yakin Nadia.

"Sebab dia hanya cintakan aku. Dia hanya terpaksa cintakan perempuan tu sebab nak lindungi aku" balas Nadia angkuh.

Balqis menggelengkan kepala.

"Up to you. Aku tak mampu cakap apa - apa lagi, tapi satu je aku nak pesan kalau Rayyan dah tak sayang kan kau tolong, tolong sangat biarkan dia bahagia dengan orang yang sayang. Kau layak bahagia dengan orang yang kau sayang begitu juga dia. Kau kena ingat kalau hanya kita sebagai perempuan cintakan seorang lelaki tetapi dia tidak baik pergi sebab kalau stay hanya menyakitkan kau lagi dalam" pesan Balqis.

Nadia diam tetapi air mata masih mengalir deras.

***























"Umi" panggil aku.

Datin Suria terseyum melihat anak perempuan nya.

"Sini".

Aku duduk di atas buayan di sebelah Umi dan melentokkan kepala di bahunya.

"Umi fikir apa? Jauh betul termenung kakak tengok" soal aku.

"Umi fikir nanti Umi dah tak ada geng nak berfesyen, nak masak, nak teman Umi shopping lepas kakak kahwin nanti" ujar Datin Suria.

"Ish Umi kakak kahwin je bukannya mati" seloroh aku.

"Aip apa sebut mati, Umi tak suka" marah Datin Suria.

Aku tersengih.

"Umi la suka betul melebih. Umi ingat ni kakak kahwin ke tak ke kakak tetap anak Umi. Umi nak shopping ke nak masak ke Umi call la akak inshaallah abang Rayyan kasi kakak datang. Melainkan Umi tak sudi kakak datang lagi" balas aku.

"Pintu rumah sentiasa terbuka untuk anak manja Umi ni" gurau Datin Suria.

"Umi, kalau ditakdirkan kakak tak jadi kahwin Umi marah tak?" soal aku tiba-tiba.

"Kenapa tanya macam tu? kakak ada niat nak putuskan pertunangan ni ke?" soal Datin Suria.

Aku menggeleng.

"Mana tahu kalau Allah takdirkan hubungan kakak dengan abang Rayyan setakat bertunang sahaja kita tak tahu" entah mengapa aku terlalu takut apabila terkenangkan tentang hubungan kami. Sedangkan aku tahu hanya tinggal beberapa bulan lagi sehingga dia menjadi suami aku tetapi rasa takut itu sering menghentam dihati.

"Kakak kalau betul jodoh akak sampai bertunang sahaja Umi tak boleh nak cakap apa sebab itu apa yang Allah dah tentukan. Kita sebagai manusia berdoa la pada sang Pencipta moga dia permudahkan urusan kita. Satu sahaja Umi nak pesan kalau kita tak mampu lagi tahan dengan apa yang kerap menyakitkan baik kita lepaskan, mana tahu ia akan lebih I dah di kemudian hari" pesan Datin Suria.

Aku diam mendengar.

"Kakak sayang Umi. Janji dengan kakak tau sentiasa sayang kakak. Jangan tinggal kakak sorang-sorang Umi. Tolong jaga kakak bila kakak sakit ye" balas aku.

"Iya kakak sakit Umi jaga, Umi sakit kakak jaga deal" usik Datin Suria.

Kami ketawa.

Ya Allah bahagianya saat ini. Aku mohon jangan sedih kan syurga aku Ya Allah, jagakan dia disaat aku tiada. Aku takut, takut yang aku tidak mampu tunaikan janji aku kepada ya.

















 Aku takut, takut yang aku tidak mampu tunaikan janji aku kepada ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now