Kami meneruskan aktiviti selepas mengisi perut yang lapar.
"Awak...... " panggil aku meleret-leret.
"Hmm" balas Rayyan.
"Jom naik tu" ajak aku dan menunjukkan ke arah roller coaster.
Rayyan berpaling melihat kearah tempat yang ditunjuk aku.
Membulat matanya.
"Hell no!!" marah Rayyan.
"Benda lain" arah Rayyan.
Aku dah tercebik pilihan aku ditolak mentah-mentah olehnya.
"Ish tadi awak sendiri suruh saya decide nak main apa ni saya dah decide awak tak kasi. Benci la macam ni!" mulut aku dah muncung merajuk dengannya.
Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal.
"Aaa ermm, kita main benda lain la yang extreme lagi. Ha rumah ha tu jom?" pujuk Rayyan.
"Tak nak! Sara nak yang tu. Itu yang paling extreme dekat sini" balas aku tak putus asa mengajaknya.
"Ke awak takut tinggi?" soal aku sambil menayang wajah nakal.
"Mana ada!" sangkal Rayyan.
Aku tersengih.
"Eleh takut bagi tahu je la ni tak. Awak malu eh? Takut saya ejek eh?" soal aku sambil menggoyang - goyang jaket hitam dipakainya.
"OK fine! Kau cakap aku apa? Pengecut. Eh tengok sini a bang Rayyan tunjuk dia hero" bongkak Rayyan.
"Jom" aku terus menarik bajunya menuju ke kaunter tiket.
Selepas membeli kami terus menaiki tangga untuk ke tempat duduk.
Sedang menunggu untuk roller coster itu bergerak aku menoleh ke arah Rayyan.
"Nervous ke bang" usik aku.
"Diam Sara" marah Rayyan dengan muka yang pucat lesi!.
Dan kami bergerak!.
"Woahh best gila!" jerit aku.
"Awak jerit la kurang sikit rasa gayat tu" jerit aku pada Rayyan.
Rayyan menggeleng. Dia terus menggenggam tangan aku erat, takut sangat.
"Yeay dah habis" gembira aku dapat naik. Iyala kalau ajak Bella awal-awal lagi dia reject.
"Awak OK?" soal aku pada Rayyan selepas melihat wajahnya. Risau juga aku.
"Sumpah aku tak nak naik benda alah ni lagi" janji Rayyan.
Aku ketawa.
"Maaf, tapi ini je cara nak tau kelemahan awak" usik aku.
Dia menatap aku tajam, Dan perlahan-lahan tatapan itu bertukar menjadi senyuman sinis.
"It's my time girl!" ujar Rayyan Dan terus menuju kearah rumah hantu.
"Ray no!" jerit aku.
"Yes seri" ujar Rayyan gembira.
Muka aku dah cemberut.
"Tak payah nak masam sangat muka, tadi aku dah ikut permintaan kau jadi kau ikut la aku pulak deal kan?" balas Rayyan.
Aku hanya mengangguk. Huargh nak menyesal tapi tak jadi terkenang wajah pucat dia ketika menaiki roller coster tadi.
"OK seri" pasrah aku.
Sedang aku melilaukan Mata aku ternampak satu kedai yang menjual barangan couple.
"Awak jom pergi situ" ajakku.
Rayyan menurut.
Aku melihat ada gelang pasangan Dan baju pasangan tapi ada satu yang menarik perhatian aku.
"Kak cincin couple ni berapa?" soal aku.
"RM 40 dik" balas penjual itu.
"Ray tangan" suruh aku.
Selepas menyarung muat.
"Okay kak saya ambil yang ni" balas aku dan menghulur satu keeping not RM 50.
Selepas mengambil baki kami beredar.
"Buat apa cincin banyak-banyak. Cincin tunang tu tak cukup ke?" soal Rayyan.
"Cincin tunang lain cincin ni lain. Kalau cincin tunang tanda kita bertunang kalau cincin sebagai kenangan. Mana tahu saya jauh nanti awak tatap la cincin ni buat bekal rindu" balas aku dan menatap wajahnya.
"Kenapa kau nak tinggal kan aku ke?" soal Rayyan. Entah kenapa dia merasa takut mendengar perkataan jauh dari mulut Sara.
"Kalau ya?" saja aku mahu mengujinya.
"Aku cari kau sampai lubang cacing. Dah semua persiapan siap kau nak lari banyak cantik muka" marah Rayyan.
Aku ketawa kecil.
"Saya lari? 17 tahun kot saya tunggu Ray saya ni" usik aku.
Rayyan tersenyum kecil.
"Tahu pun gatal nak lari" sindir Rayyan.
"Saya panggil awak Ray eh mula dari harini" pinta aku.
"Kenapa Ray" soal Rayyan ingin tahu.
"Sebab kalau Yan dah selalu orang panggil jadi saya panggil Ray la" balas aku gembira.
"Suka hati la budak" jawab Rayyan malas. Penat bermain tak habis lagi.
"Sara sayang Ray tau!" ujar aku tiba-tiba.
Rayyan tersentak.
"Hmm" hanya itu yang dibalas.
Aku tersenyum kelat.
"Tak apa Sara, you still have time" bisik aku sendiri.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...