BAB 9

1.8K 79 0
                                    

Hari yang baru. Aku sudah berjanji pada diriku aku tidak akan mengingati perkara yang menyakitkan lagi. Cukuplah aku tersiksa tapi tidak kini lagi, aku akan pasti kan dia jatuh cinta dengan aku. Itu janjiku.

Awal pagi lagi aku bangun untuk menunaikan solat subuh, Dan aku berazam aku tak akan putus asa untuk dapat kan cinta Rayyan Eskandar.

"Assalamualaikum umiku sayang" panggil aku dengan nada yang manja.

"Waalaikumsalam puteriku yang cantik meh duduk sarapan" balas Datin Suria.

"Cantik? Celah mana Umi? Man tak nampak pun" Aiman bersuara.

"Ah kau nak cakap kakak kau tak cantik la tu. Tunggu kau nanti akak tak ada depan Mata mahu setiap hari kau nangis menyesal tak puji kakak kesayangan kau ni" ujarku.

Aiman membuat muka jelik.

"Buat drama pukul 7 pulak pagi-pagi" bebel Aiman.

Aku menjeling.

Aku terus mengambil tempat di sebelah babah yang tengah kusyuk membaca berita di telefon.

"Good morning babah. Harini babah hantar kakak balik uni kan?" soal aku dan terus mencedok mihun goreng ke dalam pinggan.

"Haah babah hantar. Kenapa nak Aiman hantar ke?" soal Dato Nazri.

Aku menggeleng.

"Tak la Tanya je sebab banyak barang akak nak bawak ni kan kakak dah start duduk rumah sewa takut babah marah pulak kereta favourite babah beat dengan barang kakak".

"Anything for my princess" Dato Nazri terus mengucup tepi kepala anak kesayangannya.

"Kakak Umi nak pesan ni duduk sana elok-elok, banyak kes pecah rumah. Nak-nak yang duduk semua anak dara risau Umi. Jangan tinggal solat".

"Baik madam Suria!" aku tersengih melihat wajah Umi yang cemberut dengan balasan aku.
***


















"Lea, kau dah letak semua barang dekat rumah kan" soal Bella.

Aku mengangguk.

"Bagus lepas ni teman aku pergi beli barang jap eh. Ada lagi beberapa barang yang aku nak letak dekat rumah tu" ujarnya lagi.

Aku hanya mengikut kerana rumah yang kami duduki itu juga merupakan rumah ahli keluarganya. Kata mereka dari tiada siapa yang duduk baik beri kepada kami jarak dengan uni pun dekat. Jadi aku dan Bella hanya menurut.

"Senior Haikal ada sekali tau Bell. Aku ada benda nak bincang untuk hari sukan nanti" ujar aku.

"Dah sejak bila kau incharge untuk kelab sukan uni ni?" hairan Bella.

"Dah setahun dah, Puan Nuha yang mintak sebab bahagian tu perlu kan wanita juga so Senior Ruhaikal ambil aku sebagai partner dia" aku terus melangkah masuk ke dalam dewan kuliah.

Dia mengangguk sahaja.

Bermula lah kelas pada hari itu selepas ketibaan Dr Syed Nazdhan.

Tiga jam kelas Dr Syed aku hanya mendengar rata-rata rakan sekuliahku menanyakan soalan. Yang tak pernah-pernah Tanya tiba jadi rajin. Hanya kerana dia Dr Syed.

"Okay itu sahaja. Saya ingatkan Kembali saya nak kamu semua bentang kerja yang saya minta siapkan dua minggu lepas pada hari Khamis ini. Mana-mana ketua kumpulan yang tak dapat cukupkan  kehadiran ahli masing-masing saya akan gagalkan terus,no excuse!" tegas Dr Syed.

Aku yang mendengar pun dah kecut perut belum tiba hari itu lagi.

" Any questions? ".

Kami menggeleng.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now