BAB 39

3.9K 120 9
                                    

Semua ahli keluarga Dato Nazri dan Tan Sri Harris berkumpul di hospital. Puan Sri Catrina sampai pengsan mendapat tahu Sara sakit, sunggu sayang wanita itu pada Sara.

Rayyan yang dari tadi tidak berhenti berdoa memohon kepada Sang Pencipta kesembuhan buat permata hatinya. Luluh hatinya bila mengetahui Sara sakit kanser dan yang paling menyakitkan dia terus menerus menyiksa perasaan wanita itu tanpa tahu wanita itu terseksa.

Dato Nazri mengambil tempat disebelah Rayyan, dia menggosok belakang Rayyan perlahan.

"Sabar Yan semua ini ujian buat kita. Siapa sangka Sara yang sentiasa tersenyum manis di hadapan orang mampu tanggung sakit sebegitu berat. Tipu lah kalau babah tak marah bila Yan buat macam tu pada anak babah tapi apa babah buat kita mampu sabar dan berdoa. Kalau dengan bertumbuk dengan Rayyan buat masalah selesai dah lama babah buat tapi itu akan merumitkan lagi masalah" ucap Dato Nazri.

Rayyan hanya menunduk.

"Maaf babah, Yan tak mampu jaga permata Yan sebaik mungkin. Yan gagal jadi lelaki yang baik buat perempuan sebaik Sara. Yan mengaku Yan ego, ego dengan perasaan sendiri sampai jadi macam ni. Sara sakit pun Yan langsung tak perasaan. Yan jahat babah" hanya ketawa hambar terhasil dari bibir Rayyan.

"Kalau diberi peluang kedua Rayyan janji takkan sakit kan Sara lagi inshaallah" pinta Rayyan.

"Semua pada Sara Yan" balas Dato Nazri.

Pintu wad dibuka.

Semua meluru ke arah dokter.

"Macam mana dokter?" soal Datin Suria.

Dokter Aini menunduk.

"Maaf, keadaan Sara sangat kritikal. Satu sahaja cara untuk selamat kan Sara adalah dengan penderma hati" beritahu Dokter Aini.

Lemah semua mendengar itu.

"Tak ada cara lain dok?" tanya Tan Sri Harris.

Dokter Aini menggeleng.

Sebelum ini Aiman ingin menderma tetapi risiko sangat tinggi jadi Dokter melarang. Kini mereka hanya menunggu organ pada mayat yang baru sahaja meninggal dunia untuk dipindahkan pada Sara jika ada rezeki.

" Tapi boleh saya jumpa anak saya dokter?" Tanya Datin Suria.

"Boleh Datin".

Puan Sri Catrina dan Datin Suria terus masuk ke dalam ruangan yang menempatkan Sara. Sayu mereka melihat tubuh yang terbaring lesu itu.

"Sara" panggil Puan Sri Catrina.

Aku melihat dan mempamirkan senyuman nipis.

"Mummy dah tahu" Tanya aku perlahan.

Puan Sri Catrina mengangguk laju.

"Ya sayang, maaf mummy lambat" terus Puan Sri Catrina mengusap pipi Sara. Sedih jiwa tuanya melihat wajah yang dulu manis dengan senyuman namun kini hanya pucat tak berdarah.

"Sara kuat ya sayang demi kami" pinta Datin Suria.

Aku menggeleng.

"Sara tak kuat... Sakit... Sakit sangat Umi.... Kakak tak mampu tahan" ucap aku. Baru kali ini aku mengakui sakit ini.

Pecah tangisan dua ibu itu mendengar suara sayu Sara yang sedang merintih kesakitan. Terus sahaja Datin Suria memeluk anak perempuannya.

"Shhh... Umi tahu kakak kuat!. Anak Umi tak mudah mengalah bukan? Sara Aleaya such a strong girl! Tak boleh mudah give up. Inshaallah everything gonna be normal again okay?" pesan Datin Suria.

"Betul cakap Umi Sara strong girl! Mana boleh mudah putus asa. Nanti sapa nak ikut mummy dengan Umi shopping lagi kan?" ucap Puan Sri Catrina memberi semangat.

Aku ketawa kecil.

"Inshaallah kalau Sara mampu" itu sahaja aku mampu ucapkan.

"That's enough dear" balas dua ibu itu serentak.

Semua lelaki diluar sudah menahan sebak mendengar perbualan diantara ketiga wanita itu. Riyanna? Sudah dibawa Aiman ke kafe untuk disoal siasat.

"Sara kuat sayang. Ray tahu Sara kuat" bisik Rayyan sambil menatap wajah Sara dari luar.

***




























"How?" Tanya Aiman.

"Ana follow abang" perlahan Riyanna menjawab.

"Ish memang tak faham bahasa ke? Dah orang cakap jangan lagi nak buat!" marah Aiman.

Tercebik Riyanna dimarahi Aiman.

"Ha nangis tu je tahu" bebel Aiman.

"Eeee kerek betul!" terus Riyanna beredar dari situ.

"Kerek ni la kau sayang tau!" laung Aiman.






















Maaf semua pendek je chapter ni sebab nak simpan untuk malam ni pulak inshaallah.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now