Rayyan sudah seperti orang gila dari siang hingga malam tak berhenti mencari Sara. Harini sudah genap dua minggu Sara dan keluarganya menghilang. Entah bagaimana mana Dan dimana lagi dia mahu mencari pujaan hatinya itu.
Puan Sri Catrina yang baru turun dari bilik itu sedar yang anak sulungnya itu dari tadi menatapnya tapi dia hiraukan. Biar lelaki itu rasa!.
"Bik Ijah buat kan saya kopi ya" suruh Puan Sri Catrina.
Rayyan tidak lepas memandang mummy dengan wajah lesu tapi tidak dihirau.
"Mummy..." perlahan Rayyan memanggil.
Selepas mengambil air kopi Puan Sri Catrina terus bangun menuju ke ruang tamu.
Rayyan mengikut tapi baru beberapa langkah dia sudah jatuh menyembah lantai.
"Rayyan!" jerit Bik Ijah.
Puan Sri Catrina melihat terus berlari mendapat kan anaknya.
"Ijah call Doktor Syafiq sekarang" arah Puan Sri Catrina.
Bik Ijah terus bangun dan mengambil telefon.
"Panasnya... Teruk sangat ya mummy buat Rayyan?" Puan Sri Catrina mengusap badan anaknya dan menatap wajah pucat itu dengan wajah yang risau.
"My kenapa dengan along?" soal Rayden yang baru pulang dari jogging.
"Tolong mummy angkat along" pinta Puan Sri Catrina.
Rayden menurut.
Dokter Syafiq dokter peribadi keluarga Tan Sri Harris keluar dari bilik Rayyan selepas memeriksa keadaan lelaki itu.
Puan Sri Catrina dan Tan Sri Harris mengangkat wajah mendengar bunyi pintu.
"How Syafiq?" soal Tan Sri Harris.
"Alhamdulullah Rayyan tak serious sangat cuma demam biasa sebab stress sikit" ujar Dokter Syafiq.
Pasangan itu mengucap syukur. Risau juga jika terjadi apa-apa pada Rayyan walaupon hati masih sakit Rayyan masih anak mereka.
"Belum jumpa keluarga Dato Nazri, uncle?" Tanya Dokter Syafiq.
Tan Sri Harris menggeleng.
"Dah minta Arif cari masih tak jumpa" Arif penyiasat yang diupah untuk mencari keberadaan sahabatnya. Sudah dua minggu masih tidak membuahkan hasil, sampai begitu sekali mereka menjauhkan diri selepas putuskan hubungan pertunangan ini.
Dokter Syafiq hanya tersenyum nipis. Ya dia tahu dimana keluarga Dato Nazri berada kerana diberi tahu oleh isterinya yang bekerja di hospital tempat Sara dirawat. Tetapi sudah diberi amaran awal oleh Dato Nazri supaya tidak memberitahu sesiapa termaksuklah keluarga Tan Sri Harris.
"Sabar la uncle inshaallah tak lama lagi jumpa" pesan Dokter Syafiq dan terus meminta diri selepas memberi ubat.
Bik Ijah menghantar Dokter Syafiq kepintu kerana ada hal yang Tan Sri Harris mahu berbincang bersama isteri.
"Its time honey" putus Tan Sri Harris.
"Abang la bagi tahu, saya tak kuat" terus Puan Sri Catrina beredar.
Tan Sri Harris mengeluh.
"Sara..."
"Sara... Come to me sayang... Jangan tinggal Ray... Pleasee..."
"Sara.... Don't go... Ray minta maaf..... Balik sayang, Ray janji.... Ray janji Ray tak akan ego lagi tolong..... Ray sayang Sara. Please.....".
Rayyan meracau-racau memanggil nama Sara di dalam tidur. Beginilah keadaannya tidur hanya dua atau tiga jam sehari selebihnya keluar mencari keberadaan Sara.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...