BAB 16

2.1K 89 2
                                    

Sejak pulang dari perkhemahan dada aku kerap terasa sakit Dan setelah beberapa hari aku menunda untuk ke klinik harini aku membuat keputusan untuk pergi.

"Umi kakak keluar kejap ye"beritahu aku.

" Iyalah, hati-hati bawak kereta apa-apa call umi" laung Datin Suria dari Kebun mini di belakang rumah.

Aku terus memulakan perjalanan ke klinik berdekatan. Setelah hampir 20 minit akhirnya aku sampai. Tidak terlalu ramai kerana hari ini merupakan hari bekerja.

Kring..

Aku menolak pintu klinik Dan terus ke kaunter.

"Assalamualaikum saya nak jumpa doktor" ucap aku kepada pembantu klinik.

"Cik isi borang ni dulu ye" balas wanita itu.

Aku mengangguk Dan mengisi borang yang diberikan. Setelah siap aku memulangkan Kembali kepadanya.

"Cik boleh tunggu sampai doktor panggil" ucap wanita itu tersenyum manis.

Aku membalas senyumannya.

Aku menuju ke arah kerusi yang disediakan sambil menunggu untuk berjumpa dengan doktor.

Entah mengapa aku berasa sangat gementar. Selalu datang ke klinik biasa sahaja tetapi kali ini rasa gementar itu seperti luar biasa.

Sedang aku menunggu aku melihat ke sebelah. Seorang wanita yang mungkin sedang menunggu gilirannya juga sedang duduk sambil mengusap perut kempis.

"Dah berapa lama akak mengandung?" soal aku ramah.

Wanita itu menoleh Dan tersenyum.

"Baru masuk dua minggu,saya check guna alat kehamilan, baru harini datang nak confirm betul-betul dengan dokter" balas wanita itu ceria.

Apa yang aku boleh lihat dari matanya dia sangat teruja untuk memastikan yang dia betul-betul bakal menjadi seorang ibu.

"Adik pula?" soal wanita itu.

"Tak sihat sikit kak" balas aku.

Dia mengangguk.

"Suami akak tak ikut sekali?" soal aku berhati-hati.

Dia menggeleng.

"Akak nak surprise kan dia untuk anniversary kami hujung bulan nanti" ujarnya teruja.

Aku tersenyum bahagia melihat kegembiraannya.

"Akak Risya Adina, adik?" perkenal Risya.

"Sara, Sara Aleaya" balas aku.

"Cantik, cantik seperti tuannya" puji Risya.

Aku tersengih.

"Akak pun apa kurangnya".

"Puan Risya Adina" panggil pembantu klinik.

Risya bangun tetapi dia sempat menghulur satu kertas kecil.

"Ini nombor akak, akak harap kita boleh jadi kawan" jujur Risya.

Aku mengambil.

"Inshaallah, nanti saya call akak" balas aku sambil menghadiahkan senyuman.

Risya berlalu pergi.

"Risya Adina. Manis senyuman mesti dia bahagia dengan suami dia kan. Seorang lelaki yang cinta kan dia setulus hati" bisik aku sendiri sambil merenung nombor di kertas kecil itu.

"Aku harap Rayyan cinta kan aku seperti suami Kak Risya sayang kan dia" tanpa sedar mutiara jernih jatuh seusai mengucapkan kata-kata itu.











Aku masuk ke ruangan rawatan itu selepas hampir setengah jam menunggu.

"Cik Sara Aleaya" soal doktor.

"Ya saya" balas aku

"Boleh saya tahu Cik sakit apa?".

"Sejak dua menjak ni dada saya kerap rasa sakit. Ada sampai satu tahap sakit yang teramat sangat sampai saya susah nak bernafas" terang aku.

"Saya cek sekejap ye" ucap doktor lelaki itu meminta izin.

Aku mengangguk.

Setelah selesai, doktor itu Kembali duduk.

"Cik Sara ada rasa pedih di bahagian hati tak?" soalnya lagi.

"Ada kerap jugak" balas aku.

"Emm, macam ni apa kata kita buat ujian darah untuk pasti kan penyakit apa yang Cik Sara alami. Takut juga penyakit berbahaya. Jadi sekarang saya ambil darah dulu Dan buat ujian boleh?" soal Doktor itu.

Aku hanya menurut.

Bermulalah prosedur untuk mengambil darah dibantu oleh pembantu klinik.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan takut dalam diri ini jika sesuatu yang tak diingini berlaku.

" Okay Cik Sara dah siap. Hasil ujian mungkin mengambil masa dalam satu atau dua minggu, jadi minta Cik Sara tinggal kan nombor telefon untuk kami hubungan setelah ujian keluar" terang doktor lelaki tadi.

"Baik" balas aku.

Selepas siap membuat pembayaran aku menuju ke arah kereta untuk pulang.

"Ya Allah, jauhkanlah perkara yang tidak diingini Ya Allah".

***





















" Rayyan saya suka dengan idea awak, sangat kreatif. Jadi kita boleh teruskan dengan idea ni" ucap Dato Kusyairi gembira.

Rayyan yang mendengar persetujuan itu terus menarik senyum.

"Alhamdulullah Dato, boleh kita boleh dah mula kan untuk projek ini" balas Rayyan.

"Jadi nanti saya akan minta pembantu saya hantarkan cek untuk pembinaan ini" beritahu Dato Kusyairi.

Rayyan mengangguk.

"Itu sahaja. Terima Kasih Rayyan atas kerjasama yang baik" puji Dato Kusyairi.

"Sama-sama Dato. Terima kasih juga sudi percaya kan saya" balas Rayyan dan menyambut Salam Dato Kusyairi.

Dato Kusyairi terus mengambil langkah untuk pergi meninggalkan restoran mewah itu.

"Alhamdulullah" gembira Rayyan.

Dia terus mengambil telefon dan menelefon Sara.

Tut.. Tut..

"Hello".

"Hello, Sara aku dapat projek tu!" sorak Rayyan.

Aku tersenyum.

"Iya? Alhamdulullah tak sia-sia la usaha awak selama ni. Tahniah Abang Rayyan" puji aku.

"Malam ni pukul lapan aku ambil kau" beritahu Rayyan.

Aku hairan.

"Nak buat apa?" soal aku.

"Dating" selamba Rayyan.

"Menipu" ucap aku tak percaya.

"Ish betul la, aku nak dinner dengan kau semperna aku dapat projek ni" terang Rayyan.

"Awal sambut la dengan family" tolak aku.

"Biar la kau tunang aku so kau pun dah sebahagian dari family aku apa" balas Rayyan.

"Ikut la, tapi saya ni kuat makan tau!" ingat aku kepadanya.

"Tak kesah duit aku berlambak, setakat nak belanja kau makan apa ada hal" riak Rayyan.

Aku menggulingkan Mata.

"Suka hati awak la Encik Rayyan" balas aku.

"Okay set! Kau kat rumah ibu kan? Malam ni aku ambil" Tanya Rayyan.

"Ya" jawab aku.

"Okay cantik. Tunggu aku tau, assalamualaikum " pesan Rayyan Dan terus menutup panggilan.

Aku menatap telefon.

"Apa-apa je la Rayyan".

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now