BAB 15

2.2K 75 5
                                    

Senyap sunyi bilik mesyuarat itu bagai Tanah perkuburan. Rayyan dengan muka bengis melihat ke arah laporan yang disediakan oleh pekerjanya, sangat teliti dia melihat tanpa ada siapa yang mahu menegur.

"Hm okay tak ada apa masalah, bagus Korang buat kerja. Bonus tahun ni double" ucap Rayyan dengan muka biasa.

Yang lain sudah mengucapkan rasa syukur kerana hasil kerja mereka diterima baik oleh bos.

"Kejap lagi lepas lunch kawan aku akan sampai. Dia akan kerja dekat syarikat sini, jadi jaga adab jaga Mata. Kalau aku dapat aduan apa-apa memang siap Korang. Faham?" tegas Rayyan.

Yang lain hanya mengangguk.

"Itu saja, boleh bersurai" ucap Rayyan.

Rayyan juga mengambil langkah untuk ke biliknya. Masuk sahaja kedalam bilik matanya disajikan dengan tetamu yang tak diundang.

"Hai bro wassup!" teruja Aiden melihat sahabat baiknya.

Rayyan yang terkejut terus menari senyum selepas melihat dua sahabat baik yang sedang elok duduk di sofa didalam bilik pejabatnya.

"Weyh! Korang cakap sampai pukul 12 ni baru pukul 10 pagi" soal Rayyan sambil bersalaman cara lelaki.

Aiden Dan Danish tersengih.

"Kitaorang dah sampai dari semalam lagi, saja la tak bagi tahu kau nak buat surprise" beritahu Danish.

Aiden mengangguk.

"Dah jom duduk manyak story ni kau hutang kami" ajak Aiden. Haih dia buat macam pajabat dia pulak.

"Anis buatkan coffee tiga cawan" ujar Rayyan kepada pembantunya.

"So bro apa perasaan dah jadi tunang orang ada happy?" soal Aiden.

Rayyan hanya tersenyum.

"Eh eh senyum-senyum tu dah jatuh cinta la gamaknya" usik Danish.

Mereka ketawa.

"Bolehla aku rasa aku dah boleh terima dia do. Aku rasa happy bila dengan dia sekarang, kalau dulu asyik nak marah menyampah tapi sekarang aku sentiasa nak dia happy. Apa yang aku boleh katakan aku dah mula sayang kan dia" jujur Rayyan.

Aiden Dan Danish Saling berpandangan.

"Alhamdulullah doa aku termakbul" sorak Aiden.

Danish tersenyum.

"Kenapa kau cakap macam tu" hairan Rayyan.

"Kau tahu bila kau selalu cakap pasal Sara tu muka kau bukan tak suka cuma kau ego bro. Kau sayang dia tapi kau menidakkan perasaan tu" terang Aiden.

"Bila kau cerita pasal Nadia pun tak macam tu bro. Aku boleh rasa benda tu. Bila kau cerita pasal Nadia kau lebih kepada suka Dan bukan sayang. Tapi bila kau cerita pasal si Sara Aleaya aku boleh rasa kau sayang kan dia. Kau menidakkan sebab kau rasa tak boleh go dengan dia sebab dia terhegeh-hegeh Dan sebab dia anak kenalan parents kau" terang Aiden lagi.

Tak berkelip Mata Rayyan mendengar kenyataan itu.

"Iya ke aku macam tu?" soal Rayyan.

Aiden Dan Danish mengangguk.

Tok Tok

"Tuan Rayyan air" ujar Anis.

Rayyan mengangguk.

Selesai meletakkan air Anis mengambil langkah untuk keluar dari bilik. Aiden sempat mengenyitkan Mata kepada gadis itu tapi dibalas dengan jelingan.

Rayyan Dan Danish ketawa.

"Okay sambung" suruh Rayyan.

"Kau rasa apa bila jauh dengan Sara dulu" soal Danish.

"Rasa kosong?".

"Ha! Tu la rasa sayang" ujar Aiden kuat.

Rayyan terdiam.

"Selama ni aku sayang ke dekat budak tu?" soal Rayyan sendiri.

"Dah la tak payah banyak fikir, Cuba kau rendahkan ego dan Cuba untuk sayang dan cinta kan dia. Kalau kau tak nak aku ambik" selamba Aiden berkata.

Rayyan terus membaling pen tepat ke arah lelaki itu.

Danish ketawa.

"Ni Naz bila nak sampai?" soal Danish.

Rayyan mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Halu adik-adik abang Nazdhan" ha panjang umur.

"Ma brother" jerit Aiden.

Mereka bersalaman.

"Lambat Han" soal Rayyan.

"Haah aku pun baru sampai dari tapak perkhemahan uni aku tadi" ujar Syed Dan selamba menghirup kopi milik Danish.

"Ish kau ni mintak la yang lain aku pun haus jugak!" marah Danish.

Syed hanya menghiraukan.

***























Sesampai di rumah aku terus baring diatas katil empuk milikku. Baru sahaja mahu terlelap bilik aku diterjah.

"Kakakku!" jerit Aiman Dan Arfan mereka terus meluru ke arah kakak Mereka Dan memeluknya.

"Ish apa ni rimasla" marah aku.

"Taknak kami rindu" ujar mereka serentak.

"Eee baru seminggu akak tak balik gedik betul" balas aku.

"Kau kan tak balik sejam pun aku dah rindu kak" ucap Aiman.

Aku menggulingkan Mata.

"Over".

Setelah seminit berdiam Arfan bercakap.

"Kak Man dah jatuh cinta" ujar Arfan.

Aku terus mengangkat kepala.

"Dengan siapa?" soal aku.

"Ana".

Aku diam.

"Uuu sejak bila Man?" soal aku. Jujur aku gembira saja kerana sudah lama aku perhatikan Aiman curi-curi untuk dekat dengan Riyanna sewaktu di Pulau Redang tempoh hari.

"Mana ada" nafi Aiman Dan menyelesakan pelukan pada patung doraemon dibilik itu.

"Eleh Taknak mengaku" usik Arfan.

"Diam kau" marah Aiman dan terus membaling bantal ke arah kembarnya. Maka terjadilah perang bantal di dalam bilik itu.

Aku dari mengantuk terus menyertai mereka.











Maaf kalau typo.

THE RAYYAN'S LOVE!Where stories live. Discover now