Semua sabar menunggu di luar bilik pembedahan itu. Alhamdulullah ada keluarga si mati yang sudi menderma hati pada Sara. Selepas sahaja mengetahui tenang perkara itu dua keluarga itu tak berhenti mengucap kata syukur, dokter terus menyarankan untuk melakukan pembedahan secepat mungkin dan ini la masanya.
Sudah lebih tiga jam Sara bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan selama tiga jam itu juga Rayyan masih sabar menati kekasih hati diluar. Hanya doa yang mampu dia panjatkan untuk kesembuhan wanita yang dicintai.
Rayden berjalan merapati alongnya yang dari mula Sara memulakan pembedahan sehingga sekarang hanya diam tiada sebutir bicara pun yang keluar dari bibir merah milik Rayyan.
"Long jom turun makan kau dari semalam tak makan sebab nak teman Sara" ajak Rayden.
Rayyan menggeleng.
"Sara perlu kan aku dekat sini aku tak bila dah selesai aku tak ada dengan dia" balas Rayyan lemah.
Rayden mengeluh.
"Inshaallah tak ada apa la, Yad pun boleh jagakan sekejap" masih tidak berputus asa untuk mengajak Rayyan turun ke kafe.
"Kau nak pergi, pergi je la Aden aku tak nak!" tegas Rayyan.
Malas mahu bertekak Rayden terus melangkah pergi dari situ. Hanya Rayyan yang tinggal kerana yang lain masih ada perkara yang perlu diselesaikan.
"Stay strong Sara Ray tahu Sara kuat" bisik Rayyan sendiri.
Di dalam bilik bedah.
"Everything normal dokter" ujar nurse.
Dokter Aini mengangguk.
Semua berjalan lancar dari permulaan sehinggalah...
"Dokter tekanan darah pesakit menurun!" jerit nurse yang menjaga mesin yang di sambung pada badan Sara.
Keadaan menjadi kacau bilau. Dokter Aini menjadi kalut arteri yang berada dihagian hati tiba-tiba sahaja terkoyak dan darah terpercik di merata tempat.
" Tambah darah cepat! " arah Dokter Aini.
Nurse mengangguk.
"Darah dah habis kena keluar untuk ambil di bilik simpan dokter!" beritahu nurse.
"Cepat! Tekanan darah dah berkurang kadar oksigen pun dah menurun!" keadaan dibilik bedah itu tersangatlah kalut ditambah dengan masalah yang kian mendatang.
Terus sahaja nurse yang menjaga keluar untuk mengambil darah sampingan yang diperlukan.
Rayyan yang sedikit terlelap itu terkejut mendengar bunyi pintu dibuka dan terus bangun. Dia melihat nurse yang agak kalut keluar dan terus menuju entah kemana. Sangkanya pembedahan sudah siap dilakukan namun hampa nurse itu hanya berlalu masuk kembali kedalam ruangan pembedahan.
"YA Allah kau permudahkanlah segalanya" mulut tidak berhenti berdoa dan berselawat. Apa dia tahu hanya kesembuhan Sara menjadi keutamaan.
"Sambung kan darah cepat sebelum oksigen drop" arah dokter Aini pada nurse.
Semua disitu menjadi gementar apabila melalui saat genting seperti ini walaupon sudah pernah dirasai banyak kali tetap sahaja gementar itu terpahat di dada.
Ttttttttt.....ttttttttt
"Dokter jantung drop!" beritahu nurse.
"Difibrilator!" arah Dokter Aini.
Terus sahaja nurse mengambil dan diletakkan di tepi Dokter Aini.
"50 joule shot!" terus Dokter Aini melekapkan kedua permukan Difibrilator satu di bahagian atas jantung dan satu lagi di bahagian bawah.
Masih tiada tidak balas.
"100 joule shot" tekanan elektrik semakin kuat untuk mengembalikan denyutan jantung yang terhenti. Tetapi masih sahaja seperti tadi tiada tindah balas.
Tidak berputus asa masih diteruskan untuk memastikan keadaan pesakitnya sembuh terus sahaja dokter Aini mengunakan cas tinggi.
"200 joule shot!" sekali lagi Difibrilator ditekap pada badan Sara. Namun hampa hanya tubuh yang kejung di atas tempat pembedahan.
"Still no respond" ucap Nurse.
Terus sahaja melekapkan tangan dibahagian jantung Sara dan menekan kuat bagi mengembalikan denyutan jantung.
Ttttttttttttt..........
Dokter Aini mengangkat muka dan menoleh ke arah mesin yang berbunyi. Tetapi hanya gelengan yang dia dapat dari nurse yang menjaga.
"I'm sorry" menitis air Mata Dokter Aini.
Semua ahli keluar kembali berkumpul di hadapan wad pembedahan selepas selesai menguruskan hal masing-masing.
"Rayyan macam mana dah selesai?" Tanya Dato Nazri.
"Belum babah dah hampir lima jam tapi dokter masih tak keluar" lemah Rayyan menjawab. Hati sudah tidak sedap sejak tadi entah Mengapa dia merasa seperti ada yang tidak kena sahaja di dalam.
"Abang macam mana kalau jadi apa-apa pada anak kita bang?" soal Datin Suria takut.
"Ria inshaallah tak ada apa - apa kita doa yang baik-baik" pesan Dato Nazri.
Puan Sri Catrina sudah tidak berdaya lagi walaupon Sara bukan anak kandungnya dia menyayangi wanita itu sepenuh hati. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa sesak hatinya untuk melepaskan wanita itu untuk melakukan pembedahan pada pagi tadi. Ya dia tahu pembedahan untuk kesembuhan Sara tapi kalau tidak berjaya bagaimana?.
Arfan dan Aiman hanya diam mereka juga tidak kuat untuk melihat kakak mereka sakit lagi mereka terlalu takut kakak mereka pergi meninggalkan dunia. Hanya Sara Aleaya yang mampu memberi impak sebesar ini pada semua hanya dia mampu membuat kan Rayyan, Aiman dan semua di dalam keluarga itu menunjukkan sisi yang selama ini dipendam.
Bella dari tadi masih menangis tidak sanggup untuk lepaskan sahabatnya. Ruhaikal dari tadi menemaninya juga mengalirkan air mata apabila terkenang wajah cantik Sara itu kini hanya pucat menahan sakit. Sebelum Sara masuk ke bilik bedah sempat mereka bertemu dan saling bermaafan.
Walau apa yang jadi Sara mesti kuat!.
Klak..
Mendengar bunyi pintu semua terus menoleh dan menuju ke arah dokter Aini yang baru sahaja keluar.
"Dokter macam mana pembedahan?" Tanya Datin Suria yang sudah tidak sabar lagi.
Dokter Aini mempamerkan senyuman kelat dan menunduk.
Semua disitu sudah cuak dengan riaksi yang diberikan.
"I'm sorry Datin" pinta Dokter Aini.
T A M A T
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...