Setelah hampir tiga jam ditahan di hospital akhirnya aku dibenarkan pulang.
Di dalam kereta aku hanya mendiamkan diri di kerusi penumpang bahagian belakang. Aku menyandarkan kepala di tingkap kereta sambil merenung ke luar. Langit seperti memahami perasaan aku kini dan air hujan mulai turun membasahi bumi seolah bersorak atas kesedihan aku kini.
Akhirnya rahsia yang selama ini aku simpan bocor dengan mudah. Sepatutnya aku gembira Bella mengetahui tentang diriku tapi entah mengapa hati aku kerap memberontak marah. Mungkin aku tidak suka terlihat lemah? Hmm entahlah apa yang aku tahu sekarang bertahan selagi aku mampu.
"Babe kau okay? Nak nak makan tak kita boleh singgah mana-mana" soal Bella.
"Tak apa aku nak balik" balas aku perlahan.
Bella dan Ruhaikal berpandangan sesama sendiri. Mereka mengeluh. Sara seolah cuba untuk menjauh selepas mereka mengetahui penyakitnya.
Tadi di hospital Sara gembira juga tapi sekarang hanya diam dan termenung.
"Okay sampai" ucap Bella bagi menceriakan suasana.
"Thanks korang tolong aku, maaf menyusahkan" ucap aku dan terus mengemas barang melangkah keluar dari kereta.
Aku berdiri di hadapan cermin tingkap yang dibuka Bella dari dalam.
"Kau tak menyusahkan kami so jangan cakap kau tu menyusahkan faham?. Kalau kau menyusahkan aku tak kawan dengan kau" tegas Bella.
"Okay Miss Sabella Insyirah" jawab aku sambil tersenyum nipis.
"Thanks too Ruhaikal" mata aku beralih pada Ruhaikal. Dia hanya mengangguk Dan membalas senyuman aku.
Hilang sahaja bayang kereta Ruhaikal aku terus masuk ke dalam rumah.
"Mummy Rina?" soal aku sendiri kerana melihat kereta Mercedes hitam yang terletak elok di hadapan rumah.
Aku terus menapak masuk untuk memastikan tolahan aku benar.
Belum sempat ingin memberi salam aku sudah mendengar suara ketawa yang sangat rancak dari dalam yakinlah aku mummy Rina yang datang.
"Assalamualaikum" ucap aku.
"Waalaikumsalam" serentak penghuni di dalam menjawab.
Aku menapak masuk dan melihat Umi, babah, daddy Harris dan mummy Rina sedang duduk di ruang tamu.
"Eh dah balik sini salam mummy Rina" panggil Umi.
Aku hanya menurut.
"Dah lama mummy dengan daddy sampai?" soal aku berbasa basi.
"Tak lah lama baru setengah jam" balas Puan Sri Catrina tersenyum manis.
Aku mengangguk.
"Berdua je?" soal aku lagi.
"Yana pun ada" jawab Tan Sri Harris.
"Ouh" aku tersenyum.
"Sara dari mana?" soal Dato Nazri.
"Dari uni" takkan aku nak jawab dari hospital pulak nanti tak pasal semua yang ada depan aku jadi polis pencen.
Mereka mengangguk.
Sedang kami berbual dibawah lain pula jadi di atas.
"Cantik bilik dia" puji Riyanna.
Dia sebenarnya naik untuk menukar pakaian kerana pakaiannya sudah kotor terkena teh di bawah tadi. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, dah sampai disini tak salah dia mahu meninjau kan?.
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...