Harini jadual aku di uni agak padat kerana aku terpaksa menguruskan banyak perkara untuk hari sukan akan datang pada dua minggu lagi. Mahu tidak mahu aku terpaksa menguruskannya dengan Ruhaikal. Bella juga ada turut membantu kami bersama beberapa orang pelajar yang lain.
Sedang menyusun atur cara yang bakal berlangsung, dada aku terasa amat perit yang tidak mampu aku gambarkan.
Bella yang hairan melihat Sara memegang dada dari tadi tak berhenti terus menegur.
"Babe kau okay?" soal Bella risau.
Aku hanya diam tidak menjawab. Sakit yang teramat sangat menyukarkan aku untuk menutur kata.
Melihat tiada tanda-tanda aku mahu menjawab soalannya dia terus bangun dan berdiri di sebelah aku.
"Sara kau tak okay ni, jom aku bawak kau pergi hospital" Bella terus menyentuh bahu Sara dan menggerakkan badan sahabatnya itu untuk melihat dengan lebih dekat wajah sahabatnya.
Ruhaikal dan yang lain juga turut melihat dua sahabat itu. Ya mereka perasaan dari tadi Sara kerap lelah dan memegang dada, risau juga mereka.
"Ya Allah Sara Aleaya pucat sangat muka kau ni!" terjerit kecil Bella melihat wajah sahabatnya pucat tak berdarah.
"Aku oka.. Okay" tersekat - sekat aku menutur kata.
"Eh dah sakit macam ni pun masih degil ke? Kau nak tunggu mati dekat sini dulu baru nak cakap kau tak okay?!" marah Bella.
"Haikal tolong I" pinta Bella.
Haikal mengangguk dan terus bangun menuju ke parking kereta untuk mengambil kereta bagi membawa Sara ke hospital. Sara jika tak dipaksa tak berjalan!.
Baru sahaja aku bangun dari kerusi aku merasakan tubuh aku tidak dapat merasa kaki aku menahan tubuh untuk berdiri dan akhirnya aku rebah di situ. Perkara terakhir yang aku dengar hanyalah jeritan Bella yang memanggil nama aku.
Bella yang dari tadi tidak berhenti berjalan sambil menggigit kuku. Dia risau apa-apa terjadi pada sahabatnya. Dia takut perkara lama berulang lagi, dia tidak mahu! Dia tidak kuat melihat sahabatnya sedemikian rupa.
"Bella apa kata awak duduk dulu, Inshaallah Sara baik-baik saja" lembut Haikal menutur kata.
Bella menghiraukan. Ini bukan masa untuk dia berdiam diri! Sahabat masih dirawat di dalam tanpa dia tahu keadaannya.
"Bell..".
"Haikal I tahu niat you baik, you nak I tenang. But I'm sorry this time I takkan dengar cakap you. Sahabat I tengah sakit dekat dalam.. and I tahu keadaan dia... I risau Haikal, I sayang dia sangat... I tak nak dia sakit" air mata memainkan peranan disaat mulut mengungkapkan kata itu. Apa yang Bella tahu sekarang Sara mesti sihat.
Ruhaikal terus bangun dan berdiri di hadapan Bella.
"Bella saya tahu awak risau pasal Sara. Saya pun risau, saya dah anggap dia macam adik saya dear. Tapi apa kita boleh buat? Kita hanya mampu tunggu sampai dokter keluar untuk tahu keadaan Sara juga kan?. Awak tak nak Sara sakit tapi kalau macam ni keadaan awak Sara suka ke?. Sabar sayang everything gonna be fine" pujuk Haikal. Sebenarnya dia juga tak kuat melihat air Mata kekasih hati yang sedari tadi tak berhenti mengalir. Tak pernah seteruk ini Bella menangis.
Bella menunduk sedaya upaya menahan air mata untuk tidak jatuh lagi. Ya dia perlu kuat untuk Sara, Sara perlukan dia disaat ini. Tambahan pula Sara tak suka melihat orang lain menangis kerananya.
"Thanks bie" perlahan sahaja suaranya.
Ruhaikal tersenyum.
Klak..
YOU ARE READING
THE RAYYAN'S LOVE!
RomanceKisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang jejaka. ''Abang Ray! Sara sayang abang tau, ingat tu!''Sara Aleaya ''Kau dengan cinta monyet kau ni...