Suri hati

45 4 0
                                    

Kalau kamu nak kahwin kamu keluar duit kamu sendiri papa tak ada duit. Kata Dato' Harun.

Amboi papa anak kesayangan papa boleh pulak papa tolong beli macam-macam. Tiba masa angah satu sen pun papa tak nak tolong. Kata Harry.

Apa benda yang papa beli untuk Haris semua kamu dan Hani pun dapat, pendidikan semua anak-anak papa bagi peluang belajar sampai ke luar negara. Tapi yang berjaya cuma Haris dan Hani kamu mana kelulusan kamu ke laut semua. Dari kolej dalam negara hingga ke luar negara satu kolej pun kamu tak lulus kan. Jerkah Dato' Harun.

You Harun, dah pandai mengungkit sekarang kan? Marah datin Diana.

Mana hormat awak pada saya Diana? Sejak bila hilang hormat awak pada saya. Papa mintak maaf papa dah tak boleh nak tolong syarikat kita dah banyak kehilangan pulangan modal. Papa tak tahu dari mana masalah ni berlaku.

Pucat muka Harry bila mendengar kata-kata papanya itu.

________________________

Abang.. cantiknya. Rantai leher ni.

Selamat hari lahir sayang.

Terima kasih abang. Syahirah terus mendakap erat sang suami. Sepanjang mereka berdua tinggal di rumah ni terlalu banyak dugaannya. Kini dia faham erti sebuah perkahwinan. Tiba-tiba air matanya tak berhenti mengalir..

Sayang kenapa ni? Kenapa sayang nagis? Tanya Haris.

Abang, Ira tak nak kehilangan abang Ira.... Cintakan abang. Kata Syahirah.

Apa sayang cakap.. abang tak bermimpikan? Soal Haris lagi. Lalu Syahirah pun menggelengkan kepalanya..

Ya Allah terima kasih. Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa hamba-Mu ini.. kata Haris lantas membalas perlukan Syahirah.

Abang minta maaf sebab tak sempat nak bawak sayang makan kat luar. Tadi abang sibuk sangat kat pejabat papa. Itu sebab abang order sahaja makanan kita. Cerita Haris.

Terima kasih abang. I love you so much.. bisik Syahirah.

Haris mencium lembut dahi, Syahirah. Mata mereka mula berpaut. Sayang... Izinkan abang. Tapi kalau sayang tak sedia lagi abang tak paksa.

Ira dah sedia nak tunaikan tanggungjawab Ira sebagai isteri abang..

Ya Allah.. besar kurniaan-Mu. Ya Allah berkatilah penyatuan kami. Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim..
______________________________

Papa Haris betul-betul mintak maaf, Haris bukan tak nak tolong papa tapi Haris rasa bila papa ambil orang luar keputusan audit kewangan ini lebih tepat. Lagipun Haris pun dah nak balik mengajar. Cuti Haris pun dah nak habis. Kata Haris.

Baiklah kau begitu. Ini kawan Haris dia mengajar di Open University college education.

Dah lewat ni Haris janji nak bawa Ira jalan-jalan sebelum balik.. Haris diri dulu papa. Tangan papanya disalam sebelum beredar pulang bertemu dengan isteri tercinta.

___________________________

Assalammualaikum.. sayang. Abang dah balik. Kata Haris

Waalaikumussalam abang dah balik Ira baru siap solat zohor abang dah makan ke? Kalau belum Ira hidangkan.

Dah sayang tadi abang teman papa makan sambil siapkan kertas kerja ladang kelapa sawit kat kampung atuk. Cerita Haris. Tangannya mula melingkari pinggang Syahirah.. lembut cium di dahi turun ke bibir gelora insan bercinta. Saling bermadu kasih.

***
Awal tahun musim persekolahan akan bermula.

Sayang ambillah sepasang dua baju tu, nanti senang nak guna masuk belajar kata Haris. Dia membeli beberapa pasang baju kemeja dan seluar untuk dipakai ke sekolah.

Ira pilihlah.

Abang, Ira nak kemeja perempuan ni boleh tak sama warna dengan abang. Tanya Ira malu-malu.

Oooo.  Rupanya Ira nak pakai baju sedondon dengan pasangan. Kebetulan pada masa yang sama ada pasangan yang berpakaian seperti itu.

Boleh pilih lah. Kata Haris. Ira baru menikmati alam percintaan. Walaupun dia lebih tua tapi dia pun sebenarnya baru dengan alam percintaan.

Sementara Ira memilih pakaian mereka Haris memilih beberapa pakaian yang dia berkenan untuk dipakai oleh isterinya. Termasuk sepasang baju tidur seksi. Sambil ada senyuman nakal disitu.

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang