Selesai majlis tahlil arwah nenek. Hani menyerahkan sebuah buku diari milik nenek Faridah kepada Syahirah.
Hani juga membacakan wasiat nenek untuk anak cucunya. Rumah arwah peninggalan arwah tok Salleh diberikan kepada Syamsul bersyarat dia dan keluarganya tidak boleh keluar dari rumah itu.
Hasil kelapa sawit dan sayur diberikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diberikan kepada rumah kebajikan warga tua dan anak-anak yatim. Satu bahagian lagi di pecahkan kepada dua bahagian. Satu milik Syahirah dan satu bahagian lagi diberikan kepada Syamsul.
***
Sayang jauh termenung. Tegur Haris.
Abang, semua orang dah balik ke? Tanya Ira.
Sayang ok ke ni? Tanya Haris.
Abang mudah kan nenek pergi. Macam mana dengan kita nanti. Kata Syahirah.
Betul tu sayang.
Masa sebelum nenek sakit kanser usus, nenek selalu bercerita pada Ira arwah atuk, mak dan ayah datang melawat nenek. Nenek tanya datang nak jemput nenek ke? Arwah atuk cakap belum lagi. Belum sampai masanya. Atuk kata pada nenek harta yang ada tak boleh bawa bekal kita kat sana.
Sebab tu nenek belikan rantai dan cincin pada anak cucu. Ira nak tolong bayar pun nenek tak bagi.
Kata nenek duit dengan harta ni tak boleh nak bawa mati. Kata-kata nenek masih terngiang-ngiang di telinga Ira.
Subhanallah. Ya Allah kau tempatkan lah arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Jawab Haris.
Sayang ada wuduk tak ni? Anak-anak pun dah tidur. Jom kita bacakan surah yasin pada nenek, atuk, arwah ibu dan ayah Ira.
Emmm.. baik abang.
***
Sayang tolong abang kata Izhan. Masuk hari ni dah seminggu Izhan demam dan muntah-muntah.
Ya Allah abang. Sebijik macam Along masa Ira mengandung hari tu. Kata Hani.
Hani mengandung ke? Soal Izhan.
Tak tahu.
Jom pergi ke klinik.
***
Alhamdulillah dah enam minggu Hani hamil. Tersenyum Hani mengingatkan kata-kata nenek Faridah yang meminta dia berurut. Alhamdulillah membuatkan hasil.
Sayang ada rasa nak makan apa-apa tak tanya Izhan.
Tak ada. Jawab Hani.
Abang rasa nak makan kambing bakar. Jom kita pergi ke chalet my honey. Ajak Izhan.
_______________________
Malu pak Su pada Ira. Sepatutnya pak Su tak layak pun dapat satu sen pun duit arwah nenek. Pak Su dah banyak susahkan nenek. Pak Su ni anak tak guna. Kata Syamsul.
Pak Su jangan kata macam tu. Itu wasiat nenek. Nak tak nak pak Su terima sahajalah bagi menghormati permintaan terakhir arwah nenek. Pujuk Ira.
Mak Su pun dah dekat hari nak melahirkan banyak nak guna duit. Ambillah pak Su tambah keperluan bayi apa yang patut. Anak-anak Pak Su pun semakin membesar. Pujuk Haris.
Baiklah kalau kamu berdua kata begitu.
_________________________Assalammualaikum pakcik.
Waalaikumussalam anak cari siapa?
Saya datang untuk hantar cek yang diminta oleh majikan saya Tuan haji Iskandar.
Maaflah nak pakcik baru seminggu jadi tukang kebun di sini Imam Solleh tak ada dia ke hospital melawat anaknya Salwa yang baru bersalin subuh tadi. Kata Pak Nordin.
Kalau macam tu saya nak serahkan kepada siapa ye? Nanti pakcik cuba hubungi anak pakcik. Selalunya dia akan bantu gantikan Salwa dan Ira jika salah seorang dari mereka tiada. Jawab Pak Nordin.
📱Hello, Assalammualaikum nak. Kat mana? Ada orang nak serahkan cek di madrasah Solehin ayah tak tahu nak buat macam mana.
Nana : waalaikumussalam. Ye ayah. Sekejap lagi lepas ke rumah Puan Ira Nana singgah di sana. Kata si anak
Pak Nordin: ye lah. Nanti ayah mintak Encik ni tunggu sekejap.
Sekejap ye nak. Anak pakcik tu ke rumah majikan dia dulu. Jemput lah duduk. Siapa nama anak ni? Tanya pak Nordin.
Nama saya Rayyan. Saya ni PA kepada Tuan haji Iskandar. Hari tu sebelum ke Mekah Tuan haji dah siapkan cek ni. Tapi dia terlupa nak serahkan kepada Imam. Itu sebabnya saya datang untuk serahkan cek ni. Jawab Rayyan.
Dah lama ke pakcik kerja di sini? Tanya Rayyan.
Pakcik ni baru sebulan keluar dari penjara nak. Imam Solleh tak ada pembantu nak uruskan kerja-kerja di madrasah Solehin. Jadi dia pun tawarkan pakcik bekerja di sini. Jawab Pak Nordin.
Emmm, pakcik boleh saya tahu apa punca pakcik di penjara? Tanya Rayyan.
Sebenarnya pakcik dipenjara sebab mencederakan majikan pakcik. Tentu kamu terkejut kan ? Soal Pak Nordin.
Emmm, ye tapi tentu ada sebabnya. Sebenarnya majikan pakcik tu berbangsa Cina kaki botol dan ahli kongsi gelap. Pakcik bekerja untuk menjaga isterinya yang bernama Ann, Puan Ann ni dibesarkan oleh cara hidup orang melayu. Makan minum dan perbualan lebih kepada masyarakat melayu kita. Puan Ann selalu didera oleh suaminya. Anak Puan Ann bersama bekas suaminya yang pertama dijual oleh ayah Puan Ann. Sebab itu masa tu Puan Ann dibawa balik ke Malaysia.
Puan Ann?? Macam pernah dengar cerita ni.
Satu hari pakcik dan isteri pakcik disuruh membeli barang dapur oleh suami Puan Ann. Oleh kerana tak sempat nak ambil anak pakcik di sekolah pakcik pun meminta dia ke rumah majikan pakcik. Tiba-tiba Pak Nordin diam..
Pakcik ok ke ? Kalau pakcik tak selesa tak apa. Saya faham.. kata Rayyan.
Bila anak pakcik sampai di rumah itu majikan pakcik tengah memukul Puan Ann, tubuh Puan Ann dibogelkan. Majikan pakcik menyedari kehadiran anak pakcik tu lalu dia pun merentap tangannya anak pakcik terjatuh. Baju sekolah anak pakcik dikoyak oleh majikan pakcik.
Kebetulan masa tu kami pun tiba di rumah Puan Ann. Isteri pakcik yang mendengar jeritan anak kami terus berlari masuk ke dalam rumah. Dia pun mengambil pasu bunga dan memukul kepala majikan pakcik.
Pakcik yang melibatkan kejadian itu terus mengambil besi terus memukul kepala majikan pakcik sehingga dia meninggal dunia. Kejadian itu dilihat oleh jiran berhampiran kawasan kediaman Puan Ann. Pakcik dan makcik ditangkap polis.
Kami hampir dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Nasib baik menantu Puan Ann datang ketika itu. Rupa-rupanya anak Puan Ann telah diselamatkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama John. John membawa sepupunya bernama Alex membuka semula kes pakcik dan isteri. Alhamdulillah kami hanya dijatuhkan hukuman penjara, isteri pakcik selama 8 tahun dan pakcik 10 tapi disebabkan pakcik berkelakuan baik hukuman penjara pakcik di pendekkan. Anak pakcik pula dijaga oleh Puan Ann.
Ya Allah pakcik kuat ye pakcik menanggung derita ni. Kata Rayyan.
Assalammualaikum.. ayah, ooo ayah..
Waalaikumussalam Nana ayah kat belakang ni panggil Pak Nordin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Orang Luar
ContoHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.