Korban

59 5 0
                                    

Mereka tiba tepat jam 8.45malam.

Perjalanan mereka terlewat sedikit gara-gara mamanya mengamuk kerana papanya melimitkan perbelanjaan kad kreditnya sebanyak RM50k sahaja.

Setelah bibik Yani menyediakan makanan tengahari barulah mereka semua bertolak ke kampung.

Mereka bertiga akan berada di kampung Tanjung batu beberapa hari.

Assalammualaikum.

Waalaikumussalam sampai pun kamu ajak papa dan sorang lagi tu masuk Haris.

Ira tetamu dah sampai ni hidangkan makanan. Arah si nenek.

Tak apa nek kami dah makan tadi. Bibik Yani boleh tolong Ira di dapur. Nanti bibik Yani tumpang tidur disini ye. Saya dan papa akan tidur di rumah saya. Nenek terima kasih ye sudi tumpangkan bibik Yani.

Baik Encik. Sambil tangannya menyalami tangan nenek Faridah dan Syahirah.

Tak ada apa la Haris lagipun rumah ni memang banyak bilik. Bibik Yani duduk di bilik bawah ye selesa sikit bilik si Majid ada kipas angin dekat dengan tandas sebelah bilik nenek. Bilik atas ni nenek bagi kepada si Zul dengan yati nanti. Bilik Ira tu bilik arwah ayah dan ibunya dulu. Satu lagi bilik tu bilik Syamsul.

Boleh nenek itu pun sudah baik untuk saya. Kata bibik Yani dalam lorat Indonesia.

Mereka pun sama menikmati makan malam. Orang yang paling gembira adalah papa Haris macam-macam cerita zaman kanak-kanak dulu diceritakan olehnya kepada nenek Faridah.

Ira maaf tau cikgu dah susahkan kamu.

Tak ada apa cikgu lagi pun bibik Yani ada boleh tolong saya. Esok kak bedah dan kak Eton datang tolong nenek buat kuih muih untuk jamu kepada tetamu yang datang tolong sembelih lembu. Umi dengan Baba pun datang esok bermalam disini.

Baguslah kalau macam tu. Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke esok.

Ada, kupas kelapa nak buat kenduri akikah.

Ok set esok cikgu datang tolong.
___________________________________

Pak long Din hantar lembu nak tambat kat mana ni nenek jerit abang Majid dan abang Mahad.

Kamu letak kat pokok kelapa tepi bangsal tu Majid. Kamu jangan lupa bagi makan dan minum untuk lembu tu.

Besar ye lembu ni abang Mahad.

Kalau Haris nak tahu pak long Din ni memang tauke lembu yang terbaik lembu dia semuanya sihat dan besar.

Abang nanti tolong hantar sabut kelapa tu kami nak bakar bahulu kat belakang. Arah kak Milah isteri abang Mahad.

Baik.

Biar saya buat abang Mahad seronok pulak rasanya.

Haris ke bahagian dapur ada satu khemah kecil di sediakan untuk golongan wanita memasak dan membuat kuih bagi hidangan pada hari raya korban nanti.

Aroma kuih bahulu membuka selera. Kak milah dan kak bedah sedang sibuk membakar kuih bahulu. Wanginya..

Rempeyek kacang juga sedang elok di goreng oleh kak Eton.

Manakala nenek Faridah sedang sibuk menguli kuih menerang bersama bibik Yani.

Haris nak air? Tanya nenek Faridah.

Haris puasa nek. Sedap ye bau bahulu tu nek.

Kalau teringin pesan kat Ira suruh simpan lebih sikit. Ira dan Zul memang suka bahulu yang baru dibakar ni.

Assalammualaikum kedengaran suara memberikan salam.

Waalaikumussalam kamu yati masuklah ke dalam. Suruh Zul bawa anak-anak ke atas ada ke bawak ke belakang rumah ni.

Tak apalah mak. Kami ni patut datang awal tolong mak. Dah la kenduri si Zarif, kami pulak yang datang lewat.

Dah tak banyak pun kerja yang nak buat yati. Diorang dah tolong mak buat. Si Milah ni bukan kamu tak tahu bukan ye boleh duduk diam.

Terima kasih kak Milah.

Tak apalah yati, benda kecik aje ni. Lagipun kita semua ni bukan orang lain dah macam keluarga.

Betul tu kalau arwah kakak dengan abang ada lagi seronokan.

Kita yang hidup ni jangan lupa sedekahkan doa dan Al-Fatihah kepada arwah itu sahaja untuk balas budi mereka. Tegur ustaz Zul. Haris kamu pun ada dekat sini. Mana papa kamu.

Papa ikut imam Solleh tadi ustaz. Rupanya imam Solleh tu bekas pelajar arwah atuk saya. Satu sekolah dengan papa. Dah ada geng saya pulak kena tinggal.

Hahaha biasalah tu. Marilah kita ke depan kejap lagi orang nak pasang khemah.

Khemah di pasang di perkarangan rumah. Khemah ini digunakan untuk menjamu tetamu bagi majlis akikah anak ustaz Zul iaitu Zarif. Baru berusia tiga tahun. Anak bongsu kata cikgu Norhayati. Mana taknya umur 40 tahun masih ada anak kecil. Nasib Zarif tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Mereka semua bergotong royong memasak juadah berbuka puasa. Ada udang masak sambal petai. Kari itik, telur masin kerabu mangga dengan perut tak ketinggalan ulam dan sambal belacan.

Kak Milah isteri abang Mahad menjadi ketua memasak. Abang Majid menjadi ketua menyiapkan peralatan dan kayu api. Ustaz Zul menjadi ketua korban seperti biasa setiap kali hari raya korban.

Sedapnya kerabu ni. Bibik Yani kamu kena belajar memasak dengan nenek tahu nanti boleh masak kat rumah. Kata Dato' Harun. Asyik masak masakkan barat je. Nasib tak biru mata kamu. Usik Dato' Harun di balas ketawa semua yang ada.

Baik Dato'. Tapi saya rasa macam tak nak balik Kuala Lumpur Dato' kat sini seronok. Usik bibik Yani pula

Bibik Yani, pun nak duduk sini Haris pun duduk sini saya duduk sini jugak lah sambil ketawa semua orang.

Orang LuarWhere stories live. Discover now