Kenapa ni diam je.. soal Haris. Pipi isteri kesayangan di usik manja. Alahai si isteri kesayangan ni sejak hubungan mereka membaik manjanya boleh buat Haris sasau kalau tak jumpa sehari.
Haris sudah kembali bertugas sebagai pendidik. Subjek matematik dan prinsip akaun menjadi matapelajaran yang diajar setiap kali sesi persekolahan.
Abang, manja sang isteri memanggil suami tercinta.
Ye sayang balas Haris. Kenapa lemah semacam je ni? Sayang tak sihat ke? Ke dah ada baby kat dalam ni? Sambil tangan mengusap lembut perut sang isteri.
Abang ni... Kesitu pulak dia. Malu lah nanti nenek dengar macam mana? Jawab Ira.
Ok sekarang sayang cakap kenapa. Nanti abang cakap sayang merajuk pulak. Kata Haris lagi.
Janji dulu dengan Ira abang tak kan marah.. kata Ira.
Abang tak marah, tapi abang nak tengok jugak soalan yang sayang tanya tu kena pada keadaan atau tidak. Kalau kena pada keadaan dan tempat buat apa abang nak marah. Jawab Haris.
Abang, Ira tak nak sambung belajar boleh tak? Soal Syahirah.
Sayang, abang tak setuju kalau berkenaan dengan masa depan sayang. Keputusan STPM sayang pun cemerlang. Jangan risau abang boleh urus perniagaan sayang kat sini. Lagipun Salwa anak haji Solleh tu pun dah kita lantik jadi pengurus homestay d'dusun ayah. Kata Haris tegas.
Keputusan STPM baru sahaja dikeluarkan. Alhamdulillah keputusan yang di terima oleh Syahirah sangat memuaskan. Dia adalah salah seorang pelajar yang dianugerahkan pelajar cemerlang STPM. Tak terkecuali dengan Badrul dan Badariah anak pak Badar kawan baik Syahirah. Boleh dikatakan kebanyakan guru di sekolah Ira ini mengetahui yang Ira adalah isteri kepada cikgu Haris.
No, sayang kena sambung belajar. Kata Haris tegas. Walau apa pun alasan sayang. Abang tetap dengan keputusan abang.
Abang... Tangis Ira semakin menjadi-jadi.
Abang tak nak dengar alasan lagi. Haris terus membaringkan tubuhnya lalu membelakangi Ira. Memang ke biasanya mereka berdua akan tidur sambil berpelukan. Kerana Ira seorang yang sangat manja dan suka meletakkan kepalanya di dada Haris.
Ira tak sanggup nak berpisah dengan abang.. dalam tangis sendu Ira menyatakan apa yang dirasainya.
Ya Allah.. abang minta maaf abang terkasar dengan sayang. Pujuk Haris.
Tidurlah sayang.. dahi Ira dicium lembut.. tak sampai hati sebenarnya melihat Ira menangis hakikatnya dia pun tak nak berpisah dengan Ira. Tapi janji yang telah dibuat semasa awal pernikahan dahulu harus di kota. Dia akan membenarkan Ira melanjutkan pelajaran setinggi mana Ira ingini.__________________________
Assalammualaikum Haris. Bahu Haris disentuh lembut oleh ustaz Zul.
Waalaikumussalam. Ustaz jemput duduk. Jap saya panggil Pak Badar.. Pak Badar nak order.
Ye cikgu nak order minum apa. Tanya Pak Badar kepada ustaz Zul. Haris seperti biasa nescafe suam.
Bagi teh tarik kurang manis satu Pak Badar.. kata untuk Zul.
Ok, makan cikgu dengan ustaz?
Keropok lekor RM 2 dan karipap pusing jawab Haris.
Sekejap ye cikgu.
Ok, pak Badar setelah pak Badar berlalu pergi. Ustaz Zul pun bertanya kepada Haris. Teruk muka kamu sekarang ni Haris kenapa ni?
Ira, ustaz dia tak nak sambung belajar.
Dah agak, benda ni mesti terjadi lagi. Patutlah jauh kamu termenung. Dulu masa lepas SPM dia dapat tawaran ke universiti Malaya. Macam ni jugak puas dipujuk akhirnya masuk tingkatan enam. Cerita ustaz Zul.
Kali ni apa pulak alasan dia? soal ustaz Zul.
Dia tak sanggup nak berpisah..
Kamu pun apa kurangnya kan tak rela nak berpisah dengan Ira. Merah muka Haris bila diusik oleh ustaz Zul.
Sapa tak sayang bini ustaz. Pecah ketawa mereka.
Ini minuman ustaz, teh tarik kurang manis. Keropok lekor dan karipap pusing. Kata pak Badar.
Terima kasih pak Badar.
Sebolehnya saya memang nak dia habiskan pengajian dia ustaz. Tak kisahlah dalam bidang apa-apapun. Tapi dia akan menolak mentah-mentah jika dia kena duduk di asrama dan tak boleh keluar bila-bila masa. Ira risau nenek pun dah tak kuat. Kalau dia ada boleh jagakan kata Haris.
Betul jugak kata Ira tu. Tapi kalau kita nak dia sambung pengajian kita masukkan dia ke kolej swasta. Lagipun kamu dengan dia senang nak jumpa perlepas rindu. Hahaha... Kata ustaz Zul.
Open University college berdekatan dengan rumah saya di Bangi Selangor ustaz saya pun selalu balik kesana melawat papa.
Kan dah nampak jalan tu. Lepas kita sama-sama pujuk si Ira tu. Kalau kat sana nenek pun boleh tinggal di sana temankan Ira. Jawab Haris.
___________________________
Akhirnya Ira bersetuju untuk melanjutkan pengajian.
Abang kata Ira nak peluk abang boleh.
Boleh sayang. Tapi sebelum tu Ira kena pejam mata. Abang ada sesuatu nak bagi dekat sayang.
Apa dia? Soal Ira.
Nah bukalah.
Kunci kereta.
Ye abang tak yakin nak bagi sayang bawa motor kat kawasan ni lagipun dengan kereta lebih selesa dan selamat. Kereta Axia je yang abang mampu sayang.. kata Haris menguji hati Syahirah.
Abang, Ira tak kisah semua tu. Pada Ira semua pemberian abang adalah satu yang istimewa.
Thanks sayang. Bibir nakal Ira sudah pandai menggoda suaminya.
***
Abang kalau sayang rindu macam mana?
Kan kita dah bincang hari tu...
Emmmm... Abang ni.
Sayang sekejap je kita berpisah macam ni. Nanti cuti abang datang ni. Abang janji...
***
Abang...Kenapa nagis ni?
Ada orang kacau.
Abang gerak balik sana lepas sekolah ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Orang Luar
ContoHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.