Raya di bandaraya

45 4 0
                                    

Kali ini kami sekeluarga beraya di rumah papa di Kajang, Selangor. Sebelum puasa mama, papa, Achik Za dan Tuan haji Iskandar telah ke tanah suci Mekah menunaikan umrah.

Mereka akan pulang ke tanah air pada pagi hari Raya.

Segala urusan pejabat telah disusun oleh papa sebelum bertolak ke tanah suci. Jamal kini memegang jawatan sebagai pengurus di my honey chalet. Ladang pula di uruskan oleh Andak Ali. Boutique mama seratus peratus diserah hak milik kepada Juneena. Kilang pencetakan kini milik Harry.

Buluh lemang, daun pisang, daun kunyit dan daun kelapa awal-awal lagi disiapkan oleh abang Majid bila mengetahui kami akan beraya di rumah papa. Tak ketinggalan beberapa ekor ayam kampung yang dibersihkan dan disejuk beku.

Mereka sampai di rumah papa tengahari belum ada yang pulang dari tempat kerja. Si kembar sudah pandai bertatih langsung tak mahu di dukung nak berjalan sendiri. Selesai membersihkan badan dan bersolat Ira mula membantu bibik Yani menyediakan juadah berbuka puasa.

Assalammualaikum... Mak long dah sampai lah Adam dan Aizat tak bagitau kita pun kata June.

Waalaikumussalam. Apa khabar Adam, baby Aizat. Tengok tu Haziq dan Hannan tidur tak sedar kan diri.

Wanginya kat dapur tu masak apa tanya Juneena.

Kami masak ikan percik, terung sambal dan kerabu kaki ayam je mak ngah June balas Ira.

Sedapnya tak nak ajak kita ke? Kata Hani.

Lah mak buyong bila sampai? Tak perasan usik Along kebetulan masuk membawa ikan yang siap dibakar.

Adui Along dah kecur air liur Iz kata Izhan.

Dah tak lama nak buka puasa korang pergi lah bersihkan diri dulu sekejap lagi kita boleh berbuka puasa sama-sama kata Along.

Angah sampai membawa kuih dan bubur lambuk.

Sunyinya bila mama dengan papa tak adakan kata Angah.

Angah anak manja mama kata Hani.

Kau pun apa kurangnya bukan ke tadi kau video call papa. Balas Harry.

Bau apa ni sedap ye macam kuih raya? Soal Juneena yang baru turun dari tingkat atas bilik mereka.

Betul lah. Mesti Ira dengan bibik Yani buat apa-apa kat dapur tu. Jom tengok. Ajak Hani.

Ya Allah, bahulu sedap ye. Kata mereka. Nak rasa.

Sayang mana air abang? Tanya Haris sambil membawa anak-anak ke dapur. Ya Allah mengadap elok semua kat sini siap yang jaga anak korang dalam bilik tu?

Anak kita kata June dan Harry. Serentak keduanya berlari ke bilik tengok anak.

Izhan tak habis dengan asam buah plam dan Sunquick panas menu Wajib lepas terawih.

Rempeyek, biskut dahlia, samperit, tart nenas, kuih gulung dan batang buruk memang telah di tempah oleh Ira pada kak Eton. Ada jugak beberapa jenis biskut moden yang dibeli oleh Ira seperti almond London dan snow ball. Juneena membeli beberapa jenis kerepek pisang, ubi kayu dan kerepek jeragau. Hani kurang makanan manis sejak mengandung dia lebih kepada buah-buahan.

Along esok nak masak apa juadah raya kita? Tanya Hani.

Ketupat nasi, lemang, dan rendang ayam kampung tu memang wajib lah ada. Along dengan Ira plan nak buat nasi ayam dan soto je nanti open house kat kampung dah buat nasi minyak. Kata Haris.

Iz, setuju kalau buat nasi ayam pun ok. Iz rasa dah lama tak kena nasi ayam sejak puasa ni. Kita tambah sikit daging kambing bakar. Cadang Izhan.

Jadi sangat tu angah pun suka. Sokong Harry.

Ok set. Pagi esok bangun awal sikit tolong Along pasang alat bakar lemang dan anyam ketupat.

Tahun ni Hani cuti kata Hani sambil mengusap perutnya yang dah nampak sedikit membuncit.

Kau ada je nak mengelakkan. Balas Harry.

Jangan gaduh bibik Yani dengan Ira dah siapkan sarung ketupat tu. Esok kita semua isikan sahaja nasi dan rebus siap jawab bibik Yani.

Wow. Cepatnya. Alamak malu lah kita tak buat apa-apa. Jawab Juneena. Apa kata esok Juneena buat kan kek marble jelita dengan kek coklat cheese.

Boleh jugak tu.

Subuh itu mereka solat subuh berjemaah di surau yang baru papa luaskan sebelum ke tanah suci.

Izhan menjadi Imam solat.

Pagi pulak mereka pecah beberapa kumpulan yang mana kemas rumah dan memasak.

Juadah berbuka puasa nasi lemak ayam berempah dan koktel.

Sebelum solat subuh lauk pauk yang di masak semalam mula dipanaskan. Nasi ayam mula di masak. Ayam yang direbus mula digoreng. Begitu juga dengan kacang tanah dan suon. Tak ketinggalan Daun sup, daun bawang, salad, tomato dan timun.

Mereka bergilir-gilir untuk solat subuh.

Bibik Yani dan June mula menyusun juadah hari raya seperti biskut dan kerepek diatas meja tetamu dan mini kitchen ditingkat atas.

Hani pula mengupas buah-buahan seperti mangga, tembikai dan rock melon.

Ira memotong dan menyusun ayam di pinggan panjang. Kemudian dia memotong lemang dan ketupat nasi. Siap sahaja di potong bibik Yani dan June mengambil tugas menghidangkan makanan di meja makan utama.

Haris, Harry dan Izhan pun sampai dalam tujuh pagi bersama-sama papa, mama, Achik Za dan Tuan haji Iskandar.

Setibanya mereka terus berkumpul untuk bersarapan ringkas sebelum ke masjid. Makan pilihan mereka soto ayam.

Pulang dari solat hari raya sesi bersalam-salaman pun bermula. Anak cucu tak ketinggalan mengutip duit raya walaupun sudah tua bangka kata mama.

Mereka semua menjamu selera dengan nasi ayam dan daging kambing bakar. Tak ketinggalan lemang dan rendang.

Mama tau ni Masti air tangan Ira kan? Tanya mama.

Tahu tak apa. Jawab Haris

Tak jugak mama, ada jugak diorang tolong Ira masak. Balas Ira.

Hani tolong makan mama. Selamba je dia menjawab.

Kamu menganyang ketupat tak? Jangan nak mengada ye terpintal tali pusat kat tengkuk anak tu nanti leter mama.

Tak lah ma, kami tak sempat nak buat bibik dengan Ira ni buat kerja macam roket. Tahu-tahu je dah berbau wangi kat dapur tu. Balas Juneena.

Pecah ketawa mereka.

Selesai makan, datang beberapa jiran yang tak dapat pulang ke kampung berkunjung ke rumah mereka. Ada jugak staff yang tinggal di sekitar kawasan perumahan yang berdekatan berhari raya.

Selepas Zohor, Tuan haji Iskandar dan Achik Za meminta diri pulang ke rumah mereka untuk merehatkan badan. Hani dan Izhan pun balik sama.

Ira pun memberikan kuih raya yang dikirimkan khas oleh kak Eton untuk Achik Za. Dia pun membungkus lemang dan rendang ayam kampung.

Assalammualaikum....

Waalaikumussalam.. Jefri, Juwita... Datang pun puas akak tunggu kamu berdua. Mana mama dengan papa?

Orang LuarWhere stories live. Discover now