Mammy.. panggil Nana kepada seorang wanita yang duduk di atas kerusi roda.
Nana.. mammy rindu sangat pada Nana. Macam mana dengan kerja Nana?
Alhamdulillah mammy semua ok. Balas Nana.
Hong mari kenal inilah Nana budak comel yang tolong saya lari dulu. Kalau tak saya dah lama mati. Kata mammy.
Hello, Nana.. sudah makan kah? Marilah makan sama. Jangan risau itu punya masakan Milah yang masak. Jiran sebelah rumah kamu jugak tu.
Betul tu Nana. Mari.
Baik mammy, uncle..
Jangan panggil uncle panggil daddy.
***
Nana ini ada surat dari ayah kamu Encik Nordin.
Mammy...
Buat anak ku
Alhamdulillah ayah dalam keadaan baik-baik sahaja. Ayah baru habis katam Al-Quran sekali lagi.
Nana jaga diri kamu baik-baik. Berhenti salahkan diri kamu. Apa yang ayah buat ini semua adalah tanggungjawab ayah sebagai ayah kamu.
Sekian dari ayah mu.
Ayah... Jerit Nana. Kenapa mereka zalim ayah. Mereka pisah kan kita sekeluarga.
***
Setiap hari Nana akan berlari mengelilingi kawasan homestay milik Syahirah. Walaupun dia sudah tidak menjadi bodyguard tapi minat dalam bidang keselamatan ini sentiasa mengalir dalam dirinya.
Balik dari jogging dia akan singgah ke rumah ah Hong untuk bersarapan pagi bersama Puan Angelina. Kemudian dia akan ke rumah Syahirah. Hari ini genap tiga bulan dia berada di sini. Sebentar lagi mereka akan bertolak ke kediaman Dato' Harun kerana majlis perkahwinan Hani dan Izhan.
Abang Majid akan bergilir-gilir dengan Tuan Haris memandu ke Selangor. Nana menawarkan diri untuk memandu awal-awal lagi ditolak oleh Haris.
Nenek Faridah menaiki kereta Puan Salwa dan suaminya. Ustaz Zul dan keluarga sebuah kereta, kak Milah dan keluarga sebuah kereta.
Setibanya mereka di Selangor semua mereka tinggal di chalet my honey milik keluarga Dato' Harun. Hanya Tuan Haris dan puan Ira sahaja tinggal di rumah Dato' Harun.
Sejak bekerja dengan Puan Ira, turut berpindah ke sana kerana mereka telah menyediakan rumah pekerja kereta Axia milik Puan Ira juga digunakan untuk dia bergerak ke mana-mana. Nana lebih suka menggunakan superbike miliknya jika dia perlu keluar atas urusan tertentu.
Nana temankan Hani ye.. pujuk Hani.
Tapi Nana tak biasa. Hani mintak lah tolong Puan June ke? Puan Ira ke. Nana tak biasa.
Kak June tu kan tengah mengandung 4bulan tu dah nampak sikit perut dia. Nanti kalau Ira susah pulak kalau anak-anak dia nak menyusu. Bolehlah Nana. Lagipun auntie Angelina pun dah izinkan. Nana memang mati kutu sikit bila sesuatu perkara ada kaitan dengan Puan Angelina. Sebab itu Hani sengaja memetik nama Puan Angelina.
Emmm.... Ye lah.
Terpukau Rayyan di sebelah Izhan melihat Nana berpakaian Kurung moden berwarna purple di sebelah pengantin.
Bidadari..
Selesai majlis di perkahwinan Hani, Nana meminta cuti setengah hari. Dengan menggunakan superbike milik bekas kenalan kerjanya yang masih bertugas di J&J Securiforce Sdn berhad. Nana pun pergi mengunjungi insan yang dirinduinya setiap hari itu.
Assalammualaikum mak.
Waalaikumussalam, ya Allah... Nana.
Mak, mak sihat ke?
Alhamdulillah mak sihat disini. Nana apa khabar.
Nana baik-baik sahaja mak. Nana kerja dekat kampung Tanjung batu Pahang dekat je dengan rumah mammy Angelina. Rumah staff yang Nana duduk pun sebelah rumah mammy. Mak, ayah ada hantar surat pada Nana.
Alhamdulillah. Macamana dengan keadaan ayah kamu?
Ayah baik-baik sahaja sekarang ni. Ayah baru habis katam Al-Quran lagi sekali.
Alhamdulillah. Tak henti-henti Puan Naila memuji kehadrat Ilahi.
Nana akan datang semula jemput mak nanti ye. Janji dengan Nana mak akan jaga diri mak baik-baik.
Ye lah nak.. insyaallah.
***
Alhamdulillah hukum yang dikenakan kepada ibu kini tinggal beberapa hari lagi akan tamat. Mana kala ayahnya masih berbaki 2 tahun untuk bebas dari penjara. 10 tahun mereka terpisah kerana kejahatan manusia.
Ayah dan ibunya adalah ibu bapa yang baik dan taat kepada majikan. Malangnya mereka menjadi kambing hitam bekas suami Angelina. Nasib baik dia sempat diselamatkan oleh Puan Angelina dari di rogol.
Pulang ke my honey chalet terpancar wajah ke gembiraan Nana. Doanya kini telah dimakbulkan oleh Allah. Target dia kini untuk membeli seekar tanah dan diusahakan bersama kedua ibubapanya.
Macam mana semalam Nana. Tanya Ira.
Puan.. Alhamdulillah semuanya ok. Balas gadis itu.
Syukur Alhamdulillah. Nanti bawalah mak awak tinggal je di rumah yang kami sediakan tu. Kata Ira.
Terima kasih Puan. Puan dah banyak bantu saya, malu saya rasa. Balas Nana.
Saya faham Nana saya kehilangan mak ketika dia melahirkan adik saya. Mereka berdua pergi tanpa saya sempat menikmati kasih sayang. Kemudian ayah saya pulak menyusul tinggalkan saya sendiri. Nasib baik nenek ada lagi. Dia lah tempat saya menumpang kasih. Cerita Ira.
***
Nana...
Encik Rayyan.
Sibuk nampak. Tegur Rayyan.
Ye, ada apa-apa yang boleh saya tolong.. tanya Nana.
Boleh tolong buka hati awak untuk saya? Balas Rayyan.
In your dreams..
***
Aduh Nana Napa cantik sangat nak je aku salam dengan tok kadi nikah dengan dia ni.
Sudah banyak kali Rayyan cuba untuk dekat dengan Nana tapi hampa. Max nak menolong macam tak ikhlas langsung. Nasib Izhan dan Hani memahami jiwa sang pencinta wanita ni. Idea Hani meminta Nana untuk menjadi pengapit pengantin sangat mengharukan jiwa Rayyan. Tapi Nana tetap bisu tak melayan diri ini.
___________________________
Mak, jerit Nana sebaik sahaja melihat sang ibu keluar dari pintu besi itu.
Mereka berpelukan bagai tiada esok untuk mereka.
Puan Angelina dan Tuan Hong menemani Nana menyambut kepulangan Naila.
Kakak.. panggil Puan Angelina.
Angelina.. terima kasih tolong jagakan anak akak. Balas Puan Naila.
Tak kakak. Saya yang patut terima kasih pada kakak dan abang Nordin. Kalau bukan kakak sekeluarga sudah lama saya mati. Balas Angelina.
Sudah jangan nangis kita bertolak balik sekarang. Angel tunggu kita di rumah. Dia tak dapat datang sebab dalam pantang. Balas Tuan Hong.
Sepanjang perjalanan mereka berbual macam-macam cerita.
Mak selesa ke tinggal di rumah ni? Tanya Nana.
Alhamdulillah selesa sangat Nana. Nana kenapa tak tidur lagi? Dah lewat malam ni esok nak kerja. Balas mak Naila ibunya Nana.
Nana nak tidur dengan mak.
Marilah.
Rindu mak sangat-sangat.. tubuh sang ibu dipeluknya.
Mak pun rindu Nana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Orang Luar
NouvellesHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.
