Max, kau datang bro? Tanya Izhan terkejut melihat anak lelaki mr. Alex turut serta beraya di rumah nenek Faridah.
Yes bro, aku nak jugak tengok kawan aku yang beku ni luahkan perasaan kat gadis idaman dia. Usik Max.
Gila kau. Dengar kat family dia malu aku nanti. Balas Izhan.
Hahaha gelak besar Max.
Max mari sini kenal sama nenek Faridah ni kawan A-ma sama Gong. Panggil Puan Angelina.
Itu A-ma aku dah panggil jom pergi nanti daddy dengan mammy aku marah. Kata Max.
Max bila sampai Malaysia? Tanya Tuan haji Iskandar.
Petang kelmarin uncle is. Patutlah Izhan dengan daddy selalu cerita seronok datang sini. Menyesal tak ikut John balik dari awal. Cerita Max.
Eh, Encik Max?
Hai Hani. Ooo cuti kat kampung tak ajak saya pun. Izhan boleh pulak awak ajak. Usik Max.
Mana ada saya ajak dia, saya culik adalah suruh dia jadi tukang kacau dodol sampai orang kejut tak sedar. Jawab Hani.
Betul ka? Kenapa tak ambil gambar kasi saya?? Ayoo rugi ma. Tak boleh kasi kenakan Izhan.
Pecah ketawa Max dan Hani. Izhan bengkak hati jadi bahan usikan Hani dan max.
***
Izhan bila lagi mahu kahwin? Max sudah ada Kelly. Kasi kahwin sama-sama buat satu majlis. Tanya Puan Sylvia mammy Max.Entah lah via, asyik kerja je. Mana nak jumpa calon. Jawab Puan Zakiah.
Calon tu dah ada, tapi Izhan belum berani lagi nak luah. Dia ada kasi hem, tapi yang perempuan tu buat tak tahu.. kata Max.
Betul ke Max? Adakah gadis itu ada disini kan Max? Tanya Puan Zakiah.
Auntie pun perasan ye? Kata Max sambil mata mereka tertumpu kepada Hani dan Izhan yang sedang bermain dengan Adam anak abang ngah Hani si Harry.
Dah lama perasaan sejak kali pertama Hani datang ke rumah auntie. Mana pernah dia bawa perempuan ke rumah dan ajak keluar kalau bukan kerana urusan kerja. Jawab Puan Zakiah.
Max ni sama saja perangai dengan gong ah Hong, suka cari kan jodoh untuk orang lain. A-ma rasa you dua orang boleh buka agensi pencari jodoh ma. Usik Puan Angelina.
Pecah ketawa mereka.
***
Subuh tadi mereka semua di kejutkan dengan berita kematian Pak Karim. Pak Karim meninggal dunia ketika sedang solat subuh di sujud terakhirnya.Jauh termenung. Tegur Hani kepada Izhan sebaik sahaja pulang dari tanah perkuburan. Izhan yang berada dibuaian tidak sedar kehadiran Hani, kerana dia leka dengan dunianya sendiri.
Hani. Duduklah. Jawab Izhan.
Aku tengok kau termenung sahaja dekat sini orang lain dah masuk nak berkemas balik KL kau masih kat sini. Kata Hani.
Aku teringat kat pak Karim. Balas Izhan.
Aku pun. Dah sampai waktu dia kembali ke sisi Allah. Kita pun akan menyusul kemudian. Balas Hani.
Hani kau dah ada teman lelaki ke? Soal Izhan.
Kau tak ada soalan lain ke? Jawab Hani.
Aku nak tahu sebab tu aku tanya balas Izhan.
Dah memang tak ada dan tak kan ada.. jawab Hani
Kenapa tak ada? Kau memilih sangat ni.. usik Izhan.
Aku hanya akan bercinta dengan suami aku sahaja. Aku nak jodoh aku pilihan papa. Sebab papa satu-satunya insan yang betul-betul faham aku. Ok lah aku nak masuk dulu nanti nenek nampak dia bising pulak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Orang Luar
Historia CortaHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.