Nikah

60 4 0
                                    

Dengan sekali lafaz sahaja kini Syahirah sah menjadi isteri kepada Haris.

Satu majlis ringkas telah diadakan. Hanya keluarga yang terdekat dan beberapa kenalan Haris dan Syahirah sahaja yang hadir.

Pernikahan ini terpaksa menggunakan wali hakim kerana Syamsul tidak mahu memberi kerjasama.

____________________________

Ira ajak suami kamu sarapan.

Baik nek, Ira nak cedok nasi goreng ni dalam mangkuk ni dulu.

Tak apa Ira biar umi yang buat tu. Kamu tengokkan suami kamu tu...

Baik umi.

____________________

Pintu biliknya di tolak perlahan-lahan.

Assalammualaikum warahmatullah...

Kelihatan Haris baru selesai menunaikan solat subuh.

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah segala puji bagi Allah.. pada-Mu kami berserah dan kepada-Mu kami bermohon satukanlah hati kami, serikan hati kami dengan bertaqwa kepada-Mu. Limpahkanlah kami rezeki yang halal dan suci agar zuriat dan keturunan kami menjadi insan yang bertaqwa kepada-Mu.

Ya Allah aku serahkan jodoh ini ditangan-Mu, Ya Allah aku sangat berharap jodoh ini kekal ke Jannah dan dialah insan yang menjadi bidadari syurga ku.. sesungguhnya aku yakin dengan pertunjuk Mu didalam istiqarah ku. Aamiin.

Cikgu..

Ira masuklah. Kenapa berdiri kat situ je.

Emmm...

Duduk sini, panggil Haris kepada isterinya.

Ira pun masuk lalu duduk ditempat yang ditunjukkan oleh suaminya. Malam tadi dia tidak tidur di biliknya ini kerana segan. Ira meminta izin Haris untuk tidur dengan neneknya dengan alasan dia sesungut jadi dia ingin meminta nenek menyapu ubat angin padanya.

Macam mana dengan perut Ira dah ok ke? Soal Haris.

Ok sikit cikgu. Jawab Syahirah

Ira, mulai saat ini abang tak nak dengar Ira panggil abang dengan gelaran cikgu. Hubungan kita bukan seperti guru dan murid lagi.. tapi kita dah sah bergelar suami isteri. Kalau Ira tak biasa Ira mulakan dengan panggilan abang Haris pun tak apa. Jelas Haris.

Baik cikk.... Abanngg Haris.

Alhamdulillah Ira memang seorang yang senang untuk dididik.. betullah apa yang dikatakan oleh ustaz Zul dan cikgu Norhayati.

Ira abang tahu perkahwinan kita ni agak tergesa-gesa. Ira pun masih muda, abang pun tahu Ira ada cita-cita Ira sendiri. Abang tak ada masalah.

Ira tengok abang jangan tunduk je macam ni. Cakaplah kalau ada apa-apa yang terbuku di hati Ira...

Sebenarnya Ira belum sedia lagi nak berkahwin. Tapi Ira tahu apa yang kita buat ni sebenarnya untuk menjaga maruah Ira. Ira betul-betul berterima kasih pada abang sebab selamatkan Ira masa tu. Ira pun mintak maaf pasal Ira berkelakuan tak senonoh masa Ira tak sedarkan diri hari tu. Demi Allah abang Haris, Ira memang tak sedar masa tu.

Haris hanya mengukir senyuman manis. Ye, dia pun tak sangka gadis ini memcembuai bibirnya ketika dia berjaya menyelamatkan Ira keluar dari kereta milik orang-orang Ah Long.

Abang pun mintak maaf. Abang tak sepatutnya diam masa tu. Hehehe.. gelak kecil keluar dari bibir Haris. Oleh kerana kejadian itu Haris membuat keputusan untuk menikahi Syahirah. Ira, abang tak paksa Ira untuk itu. Tapi bila Ira dah sedia kita baru tunaikan kewajipan kita tu. Cuma waktu ini abang harap Ira jaga solat hubungan Ira dengan Allah. Jaga aurat dan maruah abang sebagai suami Ira. Abang pun banyak kekurangan abang harap kita sama-sama jaga hubungan kita ini. Sebaiknya kita jaga hubungan ini kerana Allah. Bukan kerana apa yang kita lalui sebelum ini tapi apa yang akan kita tempuhi bersama di masa akan datang. Andai kata satu hari nanti kita ada anak-anak abang harap Ira dapat didik mereka macam mana arwah ibu, ayah dan nenek didik Ira. Abang bukan dari keluarga yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam. Apa yang Ira nampak pada papa bukan mencerminkan 100% keluarga abang.

Maksud abang Haris?

Ira sendiri akan faham nanti. Abang harap Ira sudi terima abang seadanya..

Insyaallah abang Haris... Ira menyalami tangan suaminya. Haris tersenyum melihat telatah sang isteri. Lalu dahi sang isteri dicium lembut.. mereka saling tersenyum membalas pandangan.

Tok... Tok.. bunyi ketukan di pintu bilik mereka.

Pengantin buat apa kat dalam tu. Semua orang dah tunggu nak sarapan ni. Panggil ustaz Zul.

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang