Holidays yang di impikan tak ke mana kerana sekarang mereka tersekat di lapangan terbang antarabangsa Narita Tokyo. Gara-gara kecuaian Hani ter hilang kan pasportnya.
June buat muka merajuknya dengan si Harry bila mengetahui bahawa mama dan adiknya ikut sekali.
Baru bertunang dah nak honeymoon.
__________________________________Mereka terpaksa pergi ke kedutaan Malaysia dan membuat laporan polis
Selesai sudah semuanya barulah percutian mereka bermula. Duit yang di bawa tinggal sedikit. Hanya cukup makan sahaja.
Harry terpaksa menjaga hati tunangnya yang kuat ber shopping itu. Siapa tak sayang tunang model yang terkenal. Bodohlah dia tak merampas gadis ini daripada abangnya sendiri.
Harry la punca utama June meninggalkan Haris. Di taburkan gadis itu dengan wang ringgit. Mata siapa tak kelabu...
Hari ini Dato'Harun akan pulang ke Kuala Lumpur. Pemandunya si Rahman telah datang menjemput dia dan bibik Yani. Ketika dia datang ke kampung ini menggunakan kenderaan Haris dan pemandunya Rahman di berikan cuti setelah menghantar anak dan isterinya kelapangan terbang.
Rancangan Syamsul masih gagal untuk bertemu dengan Dato Harun gara-gara bangun lewat. Selepas makan tengahari mereka pun pulang ke rumah.
Kini tinggal Syahirah dan neneknya.
Dia kini fokus kepada peperiksaan STPM.
Alhamdulillah syukur STPM kini tamat fokus Ira kini tertumpu kepada homestay di belakang rumah arwah ayahnya itu. Isteri abang Majid kak Esah pun telah selamat melahirkan anak lelaki mereka yang diberi nama Malik.
Dengan bantuan daripada Dato'Harun dan cikgu Haris sebanyak tiga buah homestay dibina mengikut keperluan semasa. Homestay yang berkonsepkan rumah kampung lama memiliki dua buah bilik, satu bilik air dan dapur sesuai untuk mereka yang datang dari bandar. Terdapat juga tempat BBQ dan kenderaan seperti MPV bagi mereka yang suka aktiviti lasak. Satu kabin di buat khas untuk menjadi pejabat dan ruang pendaftaran. Selain itu sungai yang berada di dalam dusun mereka telah dibuka sebagai tempat beriadah.
Kejayaan tak semestinya semuanya disenangi oleh orang lain. Adatlah manusia.
Oleh kerana sambutan terhadap dusun sungai mereka sangat baik, Syamsul dengan beraninya menjadikan anak saudaranya sebagai cagaran pinjaman wang.
Padam muka kau Syahirah kau rasakan balasan sebab kau tak nak tolong aku. Aku akan malukan kau. Kata Syamsul.
YOU ARE READING
Orang Luar
Storie breviHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.