Assalammualaikum cik boleh saya duduk disini?
Waalaikumussalam.. maaf saya tengah tunggu suami saya jawab Syahirah.
Sebenarnya saya datang ni nak bagitau..
Sori lambat. Tegur Hani lalu duduk di sisi Syahirah.
Hai, sapa ni Ira? Soal Hani.
Entah dia tiba-tiba nak duduk sini. Katanya ada benda nak cakap.
Cik berdua kena dengar dulu apa yang nak saya sampaikan. Sebenarnya kita ni dah di permainkan oleh cikgu Haris. Kata cikgu Anis.
Di permainkan?? No, tak faham apa ni? Soal Hani.
Ini bukti yang saya ada. Cikgu Anis terus menunjukkan gambar Haris bersalam dengan Ira sebelum ke tempat kerja. Ada gambar Haris menyuap makanan ke mulut Ira.. kemudian di ikuti gambar Hani berpayung dalam hujan bersama Haris.
What the hell you doing? Soal Hani.
Tentu cik berdua marahkan saya dah agak. Tolong tinggal dia saya merayu.
Jap, Ira terus membuat satu panggilan. Abang kat mana datang sini jap bawak umi, baba dan kak Su tu sekali.
Cikgu Anis?
Cikgu yati, kenapa cikgu ada di sini.
Kamu buat apa ni?
Saya nak sedarkan perempuan ni jangan percaya pada cikgu Haris. Kata cikgu Anis.
Anis biar saya terangkan kepada kamu. Ini Syahirah anak angkat suami saya. Arwah ibunya adalah saudara susuan suami saya. Haris ni suami kepada Syahirah. Syahirah ni belajar di Bangi. Jadi mereka berdua ni suka bertukar-tukar telefon. Ini adik cikgu Haris namanya Hani.
Jadi selama ni cikgu Haris selalu whatsapp saya tu apa?
Saya yang balas whatsapp suami saya. Tapi saya tak tahu hal yang sebenar. Saya minta maaf. Kata Syahirah.
Cikgu Anis, saya sangat kecewa cara cikgu Anis buat ni. Kamu muda lagi tapi tak perlu nak memfitnah orang lain jika cinta kamu di tolak. Saya kenal sangat dengan cikgu Haris ni. Dia bila ada masalah saya adalah orang pertama yang di akan rujuk. Kata ustaz Zul.
Cikgu Anis saya mintak maaf saya memang tak ada hati pada cikgu. Saya sayang pada isteri saya cikgu. Saya nak berterus terang sebenarnya saya tak suka makan puding karamel dan kek coklat moist saya suka buah jambu batu cicah kicap gula. Keropok lekor dan karipap. Balas Haris.
Makanan yang cikgu bagi tu dah menyebabkan beberapa pelajar keracunan makanan. Jadi saya rasa baik cikgu belajar memasak. Mungkin berguna untuk rumah tangga cikgu satu hari nanti. Tambah Haris lagi.
Ya Allah malunya. Saya mintak maaf saya kena pergi dulu. Terus cikgu Anis lari meninggalkan mereka semua di situ.
______________________________Jemput masuk Puan Zakiah. Rumah kampung je kata nenek Faridah.
Rumah kampung lah cantik.
Itu pun mereka dah sampai.. kata nenek Faridah.
Assalammualaikum..
Waalaikumussalam..
Puan dan Encik Izhan dah sampai. Maaflah lambat ada masalah teknikal tadi. Sampuk Hani.
Kami baru je sampai Hani. Tak sempat nak mintak tuan rumah pokok bunga pun lagi.. gurau Puan Hajah Zakiah.
Jemput masuk kita makan lempeng dengan kari ayam kampung. Pelawa nenek Faridah.
Along, Hani nak tidur dusun boleh tak malam ni?
Nak buat apa?
Tunggu durian.
Jangan nak mengada lah awak tu perempuan.
Tapi Encik Izhan kan ada boleh jaga Hani.
Jangan nak mengada-ngada Hani tahu dik mama bising nanti. Balas Haris.
Sori Encik Izhan, Along tak bagi.
Maaflah Encik Izhan, saya bukan tak nak bagi Hani ni lain macam sikit beraninya kadangkala tu mengalahkan lelaki bila ada kat ladang dengan dusun. Karangkan pitam Encik Izhan jumpa Hani atas pokok rambutan. Usik Haris.
Ye, saya percaya kata Encik Haris tu. Balas Izhan.
Tak payahlah ber Encik-encik panggil je Along. Kata Haris.
Kalau macam tu Along pun kena panggil saya Iz sahajalah. Balas Izhan.
Kalau Iz nak ke dusun tu boleh je nanti ikut ustaz Zul dengan abang Majid buah tengah gugur ni.
Tu boleh pulak kalau Encik Izhan nak pergi dusun. Hani nak pergi tak boleh pulak. Merajuk lah kalau macam ni.
Eh, adik sapa ni kuat sangat merajuknya. Balas Haris. Kahwin lah kalau nak pergi dusun ada laki jaga.
Along.. jerit Hani.
Hani apa yang jerit-jerit ni malu sikit dekat boss kamu tu tegur mama Haris.
See, kena dah kan dengan mama. Balas Haris.
Mama Hani nak pergi dusun. Tapi Along tak bagi adu Hani.
No..
See, betul kan Along kata.
Papa..
Izhan yang melihat kejadian itu tersenyum melihat telatah Hani. Manja, tegas, jujur dan sopan walaupun adakalanya luar kita nampak dia seorang yang berkaliber menyelesaikan masalah guaman tapi disebalik imej itu tersembunyi watak anak gadis yang manja dengan keluarganya.
Papa, nak kutip buah durian kat dusun jugak malam ni. Kata Hani pada papanya.
Ok nanti kita pergi, tapi kita balik sebelum pukul 12.00 tengah malam. Kesian si Ali ni nak rehat esok kita dah nak balik.
Beres boss ku.. jawab Hani. Sambil tersenyum menang kepada Haris dan Izhan.
Pagi tadi sebenarnya Dato' Harun, datin Diana dan Tuan haji Iskandar ke rumah imam Solleh kawan lama Dato' Harun. Mereka kesana untuk melawat pusat pengajian pondok untuk warga tua. Sambil itu mereka menyampaikan sedikit sumbangan.
Haris, Ira dan Hani ke pasar untuk membeli keperluan dapur. Kebetulan pulak bertemu dengan kak Suraya isteri cikgu Zain. Sedang rancak berbual terserempak pulak dengan ustaz Zul dan cikgu Norhayati. Mereka pun sepakat untuk bersarapan bersama.
Oleh kerana banyak barang Haris pun terus meletakkan barang-barang tersebut ke kereta. Hani singgah ke kedai kuih sebelum ke meja. Syahirah pulak terus ke meja.
Tak ada hujan panas tiba-tiba cikgu Anis datang membuat onar.. jadi mereka lambat pulang ke rumah.
Izhan dan ibunya memang merancang untuk ke rumah nenek Faridah seperti yang telah dirancangkan oleh mereka semalam.
YOU ARE READING
Orang Luar
NouvellesHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.