Ramadhan

43 4 0
                                    

Sunyi terasa di hati nenek Faridah mengenangkan nasib anak dan cucunya.

Nek.

Ira tak tidur lagi ke?

Mata nenek tak boleh nak lelap Ira. Teringat pak Su kamu dengan Sofea. Macam mana dia sekarang.

Ira ada jugak mintak abang Mahad tanya-tanya kan kawan-kawan pak Su tu. Diaorang cerita mak Su dah tinggalkan pak Su. Dia pun kahwin jadi isteri kedua. Pak Su pulak buat sewa lori. Sofea tinggal dengan pak Su, sebab suami baru mak Su tak suka.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan Nenek ingat lagi masa kamu kecil-kecil dulu kamu, pak Su dengan ayah kamu akan tangkap ayam kampung buat kari. Pak Su dengan ayah kamu suka makan kari ayam kampung.

Insyaallah nek. Ira yakin pak Su akan kembali kepada kita. Keluarga kita pun akan bersama semula.
__________________________

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam..

Nenek pak Su, nenek Pak Su dah balik jerit Ira.

Ya Allah Syamsul kau balik nak. Kata nenek Faridah.

Syamsul mintak maaf mak, Syamsul banyak dosa pada mak dengan Ira. Semua sebab Syamsul bodoh mak percaya kata-kata si Ani. Syamsul jadi anak derhaka.

Mak maaf kan kamu nak. Baliklah duduk je rumah ni. Ini pun rumah kamu jugak Syamsul. Pujuk nenek Faridah.

Pak Su duduk je dengan nenek, kalau pak Su tak selesa Ira dengan suami Ira boleh duduk rumah arwah ayah. Kata Ira.

Assalammualaikum.. pak Su! tegur Haris.

       ***
Makan Syamsul ni makanan kegemaran kamu dengan abang kamu. Mak sengaja masak sebab mak rasa macam yakin kamu dengan Sofea nak balik.

Sedap mak, kari mak masak sedap macam dulu-dulu. Kalau arwah abang ada ni licin kuah ni dia letak dalam pinggan nasi dia. Cerita Syamsul.

Ira turut menangis. Haris mengusap lembut bahu isterinya.. sayang jangan macam ni tak elok untuk baby dalam perut tu. Makan jangan nagis. Pujuk Haris.

Selepas makan malam mereka semua berkumpul di ruang tamu.

Mak, Eton nak balik tidur rumah Eton malam ni boleh tak? Esok abang Majid nak bawa budak-budak ni beli barang-barang sekolah. Kata Eton sebaik sahaja menghidangkan minuman.

Emmm, ye lah. Kamu pun ada urusan kamu sendiri. Tak apalah Eton mak izin kan lagipun Syamsul dengan Ira pun ada ni.

Majid buat apa sekarang ni Eton? Lama dah tak jumpa, banyak salah aku pada dia. Luah Syamsul.

Assalammualaikum.

Waalaikumussalam, abang Majid masuk lah. Panggil Haris pada Majid.

Majid.

Syamsul.. Ya Allah, balik jugak kau. Kenapa kau buat macam tu. Sanggup kau tinggalkan mak? Kata Majid.

Aku bodoh Majid, aku bodoh percayakan Ani akhirnya aku harta dikikis, aku muflis. Aku malu dengan kau, Zul dengan mak.

Dengar kata aku, mula lah hidup baru Syamsul. Mak kau dah banyak menangis disebabkan kau. Walaupun aku dengan Eton ada di sisi dia, kami tak sama dengan kau. Kau anak kandung dia.

***

Sofea tukar sekolah rendah dekat sini sahaja lah pak Su. Lagi dekat dengan sekolah. Lagipun kalau pak Su kalau pak Su hantar barang jauh ada jugak orang yang nak tengok Sofea. Pujuk Ira.

Betul tu Syamsul. Bahaya di biar Sofea duduk kat kawasan rumah kedai tu. Belakang rumah kedai tu kawasan budak-budak dadah dan isap gam.

Baliklah tunggal sini boleh ke sekolah dengan si Lily anaknya Salwa. Kamu ingat tak Syamsul Salwa anak imam Solleh?

Salwa isteri arwah abang Zahid kan?

Ha, ingat pun kamu.

Tapi mak syam malu. Hutang PIBG, yuran sekolah tahun lepas pun tak bayar lagi.

Itu semua Pak Su jangan risau esok Haris temankan pak Su bayarkan semua yuran tu.

Terima kasih Ira, Haris.

Ira mintak diri dulu ye. Mengantuk awal sejak mengandung ni.

Ye lah Ira, Haris dah lewat malam ni esok nak bangun awal.

__________________________

Setelah seminggu berpuasa barulah mereka berkelapangan balik ke Bangi melihat rumah dan menziarahi keluarga Haris. Ini pun disebabkan Ira kena mengambil peperiksaan, menghantar assignment dan surat untuk latihan industri.

Alhamdulillah, pak Su dah kembali tinggal di rumah nenek jadi adalah kawan nenek di rumah selain kak Eton.

Rindu kat rumah ni kata Ira sebaik sahaja masuk ke dalam.

Betul tu sayang rumah ni banyak kenangan kita, cinta kita mula disini. Ingat tak masa kita tidur beralaskan kain pelikat abang.

Sampai bila-bila pun Ira tak akan lupa.

Orang LuarWhere stories live. Discover now